Triniti merupakan antara doktrin penting di dalam Kristianiti. Namun, ia juga dilihat sebagai doktrin yang terlalu kompleks. Akibatnya, Kristianiti selalu diserang melalui doktrin ini, terutamanya oleh Muslim.
Yang menyedihkan, ramai orang Kristian sendiri tidak tahu tentang Triniti.
Akhirnya, si Kristian sering kehilangan kata-kata apabila berhadapan dengan persoalan-persoalan yang mempersoalkan doktrin Triniti.
Perkara ini patut berubah. Kita, orang Kristian, sepatutnya lebih bersedia dan tahu tentang doktrin ini. Di dalam post ini, saya akan memperkatakan khusus tentang bagaimana menghadapi persoalan tentang doktrin Triniti jika disoal oleh Muslim.
Sebelum itu, perkara berikut perlu kita akui: Doktrin Triniti tidak mudah
Pengakuan ini pasti akan dilihat sebagai kelemahan oleh Muslim, namun, kita perlu mengakuinya kerana ia benar. Doktrin ini tidak dapat dijelaskan dengan ringkas. Ia memerlukan pemahaman dan penggalian Alkitab yang dalam.
Namun, satu perkara perlu kita tekankan apabila isu 'tidak mudah' ini ditimbulkan, iaitu, Sesuatu yang 'tidak mudah' tidak bererti ia 'tidak benar'. Muslim sering membuat kesimpulan bahawa Triniti 'tidak benar' kerana ia 'tidak mudah'. Kita perlu menjelaskan kepada mereka bahawa kesimpulan tersebut tidak munasabah. Kita boleh menggunakan kepercayaan mereka sendiri untuk menjelaskannya. Contohnya:
- Muslim melihat Tuhan sebagai tidak dapat dijelaskan melalui kata-kata manusia kerana manusia tidak dapat memahami kebesaran Tuhan.
- Ini bererti Tuhan terlalu kompleks untuk difahami manusia.
- Maka, jika kita menggunakan logik yang sama ketika mereka menilai doktrin Triniti, iaitu 'tidak benar' kerana 'tidak mudah', adakah ini bererti Tuhan juga 'tidak benar' kerana 'tidak mudah'?
Namun, jika mereka tetap mengatakan doktrin Triniti tidak benar kerana ia 'tidak mudah', kita dan mereka tidak akan dapat meneruskan sebarang dialog yang bermakna. Adalah lebih baik kita berhenti.
Kita perlu mencari suatu dasar yang dipersetujui bersama
Dasar yang dipersetujui bersama ini perlu ada. Dan dalam memperkatakan tentang Triniti, kita perlu bersetuju bahawa:

- Perkataan 'Triniti' itu sendiri tidak ada di dalam Alkitab.
- Ini bererti kita perlu merujuk kepada Alkitab untuk mengetahui sama ada doktrin Triniti diajarkan atau tidak.
Persetujuan ini perlu kerana Muslim selalunya mengatakan perkataan 'Triniti' tidak ada di dalam Alkitab. Dan bagi mereka, itu menunjukkan doktrin Triniti tidak benar. Masalah di sini ialah, jika sesuatu perkataan itu tidak ada, tidak bererti konsep sesuatu itu tidak wujud. Kita boleh menjelaskan kepada mereka menggunakan pemahaman mereka sendiri tentang Tauhid.
Satu hal yang kurang diketahui oleh Muslim sendiri ialah, perkataan 'Tauhid' itu sendiri sebenarnya tidak ada di dalam Al-Quran. Mungkin jika kita merujuk kepada terjemahan Bahasa Melayu bagi Al-Quran, kita akan menemui perkataan 'Tauhid'. Namun, di dalam bahasa asal Al-Quran, perkataan 'Tauhid' tidak wujud.
Maka, adakah seseorang Muslim akan menolak 'Tauhid' kerana perkataan tersebut tidak ada di dalam Al-Quran? Sudah tentu tidak. Begitu juga dengan doktrin Triniti. Adalah tidak wajar doktrin Triniti ditolak hanya kerana perkataan 'Triniti' tidak ada di dalam Alkitab.
Ini akan menyedarkan pihak Muslim bahawa mereka perlu merujuk Al-Quran untuk mencari konsep Tauhid tersebut. Dengan itu, kita mempunyai suatu persamaan iaitu
- Namun, jika Allah dan Al-Quran wujud bersama, tidakkah itu bercanggah dengan konsep Tauhid di mana dikatakan hanya Allah satu-satunya dan tidak ada yang lain?
Seperti yang dikatakan sebelum ini, kebanyakkan mereka hanya mengulang apa yang didengar atau dibaca mereka. Maka, hal ini mungkin akan mengejutkan mereka dan ada yang mungkin akan menolaknya atau menuduh kita berbohong. Jika kita dituduh sedemikian, biarkan mereka dan minta mereka menyelidikinya sendiri untuk mengesahkan kebenaran tersebut.
Apabila mereka menyedari hal ini, mereka terpaksa menghadapi persoalan yang sama di mana konsep Tauhid itu sendiri sebenarnya adalah kompleks. Bagaimana Allah itu Esa jika ada suatu kewujudan lain yang juga kekal seperti-Nya (iaitu kalimahNya: Al-Quran) wujud bersama dengan-Nya?
Seterusnya...
Pada tahap ini, jika mereka kekal mengatakan Triniti tidak logik atau tidak munasabah, walaupun mereka telah didedahkan kepada masalah yang sama di dalam konsep Tauhid yang dianuti mereka, jelas mereka tidak konsisten. Kerana apa yang mereka tuduhkan ke atas kita, sebenarnya mempunyai kesan yang jauh lebih besar jika diaplikasikan ke atas kepercayaan mereka sendiri.
Konsep Triniti memang ada dan tidak bercanggah dengan Alkitab. Mereka pula terpaksa menghadapi dilema kerana dengan mengakui Al-Quran adalah kekal, mereka mengakui Tuhan mempunyai 'teman yang setara dengan-Nya' sekaligus mempersoalkan Tauhid itu sendiri.
Ini akan menyedarkan pihak Muslim bahawa mereka perlu merujuk Al-Quran untuk mencari konsep Tauhid tersebut. Dengan itu, kita mempunyai suatu persamaan iaitu
- Perkataan 'Tauhid' itu sendiri tidak ada di dalam Al-Quran.
- Ini bererti kita perlu merujuk kepada Al-Quran untuk mengetahui sama ada konsep Tauhid diajarkan atau tidak.
Jika pihak Muslim tadi dapat menerima persamaan ini, kita akan dapat meneruskan dialog yang bermakna. Namun, jika mereka dapat menerima hal ini hanya untuk konsep Tauhid tetapi menolak hal tersebut untuk doktrin Triniti, itu menunjukkan mereka tidak konsisten dan tujuan mereka bertanya tentang Triniti hanyalah untuk menjerat kita.
Namun, pada peringkat ini, selalunya mereka akan menimbulkan dakwaan lain iaitu 'Alkitab telah diubah'. Ia ditimbulkan untuk mengelak dari bersetuju bahawa doktrin Triniti diajarkan di dalam Alkitab. Memandangkan ia adalah topik yang berbeza, mungkin saya akan memperkatakannya di post yang lain.
Triniti terlalu kompleks, Tauhid lebih mudah?
Hujah ini sering diberikan oleh Muslim apabila memperkatakan tentang Triniti. Dan selalunya si pemberi hujah itu sendiri hanya mengulang semula apa yang telah dibaca atau didengarnya. Saya mengatakan demikian kerana jika mereka merujuk semula kepada Al-Quran, konsep Tauhid tidaklah semudah yang disangkakan.
- Menurut perspektif Islam berfahaman al-Sunnah Wal Jamaah (yang mana merupakan fahaman majoriti Muslim di Malaysia), Al-Quran adalah kalimah Allah yang tidak berawal, kekal selamanya dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud. (sumber)
- Al-Quran sendiri memberikan ayat yang menunjukkan Allah dan perkataan-Nya adalah dua kewujudan yang berbeza.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. (Al-A'raf 158)- Maka, secara munasabahnya, ini bererti Allah dan Al-Quran wujud bersama sebagai dua zat yang tidak berawal, kekal selamanya dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud.
- Namun, jika Allah dan Al-Quran wujud bersama, tidakkah itu bercanggah dengan konsep Tauhid di mana dikatakan hanya Allah satu-satunya dan tidak ada yang lain?
Seperti yang dikatakan sebelum ini, kebanyakkan mereka hanya mengulang apa yang didengar atau dibaca mereka. Maka, hal ini mungkin akan mengejutkan mereka dan ada yang mungkin akan menolaknya atau menuduh kita berbohong. Jika kita dituduh sedemikian, biarkan mereka dan minta mereka menyelidikinya sendiri untuk mengesahkan kebenaran tersebut.
Apabila mereka menyedari hal ini, mereka terpaksa menghadapi persoalan yang sama di mana konsep Tauhid itu sendiri sebenarnya adalah kompleks. Bagaimana Allah itu Esa jika ada suatu kewujudan lain yang juga kekal seperti-Nya (iaitu kalimahNya: Al-Quran) wujud bersama dengan-Nya?
Seterusnya...
Pada tahap ini, jika mereka kekal mengatakan Triniti tidak logik atau tidak munasabah, walaupun mereka telah didedahkan kepada masalah yang sama di dalam konsep Tauhid yang dianuti mereka, jelas mereka tidak konsisten. Kerana apa yang mereka tuduhkan ke atas kita, sebenarnya mempunyai kesan yang jauh lebih besar jika diaplikasikan ke atas kepercayaan mereka sendiri.
Konsep Triniti memang ada dan tidak bercanggah dengan Alkitab. Mereka pula terpaksa menghadapi dilema kerana dengan mengakui Al-Quran adalah kekal, mereka mengakui Tuhan mempunyai 'teman yang setara dengan-Nya' sekaligus mempersoalkan Tauhid itu sendiri.
Ulasan
Ayat ni menyuruh kita percaya kepada nabi muhammad yg membawa ajaran allah itu esa...kalimah2 2 adalah kitab2 Allah yg berisi firman2 allah dan bukanny tuhan...jgnlah di putar belitkan ayat ni...kami islam percaya allah itu esa dan nabi muhammad itu hanyalah pesuruh allah...jika perlukan sesuatu dari allah,, berdoa n yakin terus pada allah,,tak perlu guna org tengah..org2 tengah camnilah yg akan menyesatkan manusia demi kepentingannya..seperti gereja...
Anda berkata,
"Ayat ni menyuruh kita percaya kepada nabi muhammad yg membawa ajaran allah itu esa...kalimah2 2 adalah kitab2 Allah yg berisi firman2 allah dan bukanny tuhan...jgnlah di putar belitkan ayat ni"
- Jika anda membaca dengan teliti post di atas, di mana saya telah mengatakan "kalimah2 kitab2 Allah adalah Tuhan"?
Anda berkata,
"kami islam percaya allah itu esa dan nabi muhammad itu hanyalah pesuruh allah...jika perlukan sesuatu dari allah,, berdoa n yakin terus pada allah,,tak perlu guna org tengah..org2 tengah camnilah yg akan menyesatkan manusia demi kepentingannya..seperti gereja..."
- Dari mana anda mendengar bahawa Kristian memerlukan orang tengah untuk berdoa kepada Tuhan? Adakah dakwaan anda ini diajarkan di dalam Alkitab/Bible? Atau anda sekadar mendengar dan mengulang dakwaan orang lain?
- Mungkin ada baiknya anda menyelidikinya terlebih dahulu sebelum menuduhkannya seolah-olah ia adalah kepercayaan Kristian.
- Maka, secara munasabahnya, ini bererti Allah dan Al-Quran wujud bersama sebagai dua zat yang tidak berawal, kekal selamanya dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud.
- Namun, jika Allah dan Al-Quran wujud bersama, tidakkah itu bercanggah dengan konsep Tauhid di mana dikatakan hanya Allah satu-satunya dan tidak ada yang lain?
- Dari mana anda mendengar bahawa Kristian memerlukan orang tengah untuk berdoa kepada Tuhan? Adakah dakwaan anda ini diajarkan di dalam Alkitab/Bible? Atau anda sekadar mendengar dan mengulang dakwaan orang lain?
- Mungkin ada baiknya anda menyelidikinya terlebih dahulu sebelum menuduhkannya seolah-olah ia adalah kepercayaan Kristian.
maaf sekiranya sya tersilap..jika begitu ketua tertinggi gereja-paus??@ketua2 gereja di negara2 tidaklah berkuasa untuk mengampunkan dosa2 pengikut2ny..mungkin ni cuma tuduhan yg saya percayai..maaf sekiranya ianya tidak benar...
Maksud anda, anda menolak kenyataan bahawa "Allah dan Al-Quran wujud bersama sebagai dua zat yang tidak berawal, kekal selamanya dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud"?
Tapi, bukankah hal ini diajarkan di dalam kepercayaan anda sendiri? Melainkan anda seorang Syiah, kerana Syiah percaya Al-Quran dicipta, iaitu mempunyai permulaan.
Namun, saya percaya anda seorang pengikut fahaman Sunnah, yang percaya Al-Quran tidak berawal, kekal, dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud.
Anda menulis:
"jika begitu ketua tertinggi gereja-paus??@ketua2 gereja di negara2 tidaklah berkuasa untuk mengampunkan dosa2 pengikut2ny..mungkin ni cuma tuduhan yg saya percayai..maaf sekiranya ianya tidak benar..."
- Ya, tidak ada seorang pun yang berkuasa mengampunkan dosa kecuali Tuhan, dan hal ini diajarkan di dalam Alkitab.
- Dan terima kasih kerana anda mengakui kesilapan ini. Saya sangat menghargainya.
Tapi, bukankah hal ini diajarkan di dalam kepercayaan anda sendiri? Melainkan anda seorang Syiah, kerana Syiah percaya Al-Quran dicipta, iaitu mempunyai permulaan.
Namun, saya percaya anda seorang pengikut fahaman Sunnah, yang percaya Al-Quran tidak berawal, kekal, dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud..
saudara tiwas,,
sunni @ syiah???,,,islam cuma 1...berserah bulat2 pada Allah yg 1...cukuplah pada saya cuma ada 1 tuhan iaitu allah yg telah mencipta manusia dan menganugerahkan manusia dgn akal fikiran serta membimbing manusia dgn akal dan firman2nya...berserahlah kita kepada Nya dgn sebenar2 penyerahan..akuilah kebenaran kerana dalam 1 tiada 2 @ tiga..
Tapi, bukankah hal ini diajarkan di dalam kepercayaan anda sendiri? Melainkan anda seorang Syiah, kerana Syiah percaya Al-Quran dicipta, iaitu mempunyai permulaan.
Namun, saya percaya anda seorang pengikut fahaman Sunnah, yang percaya Al-Quran tidak berawal, kekal, dan telah wujud sebelum segala sesuatu wujud..
saudara tiwas,,
sunni @ syiah???,,,islam cuma 1...berserah bulat2 pada Allah yg 1...cukuplah pada saya cuma ada 1 tuhan iaitu allah yg telah mencipta manusia dan menganugerahkan manusia dgn akal fikiran serta membimbing manusia melalui firman2nya...berserahlah kita kepada Nya dgn sebenar2 penyerahan..akuilah kebenaran kerana dalam 1 tiada 2 @ tiga..(sedikit pembetulan)
Anda berkata:
"cukuplah pada saya cuma ada 1 tuhan iaitu allah yg telah mencipta manusia dan menganugerahkan manusia dgn akal fikiran serta membimbing manusia melalui firman2nya"
Mungkin, anda perlu lebih menyelidiki hal ini kerana anda nampaknya seperti tidak tahu dan tidak dapat memberikan respon kepada persoalan yang timbul dari hal ini (tentang Al-Quran yang tidak diciptakan dan kekal sama seperti Tuhan yang juga tidak diciptakan dan kekal).
Anda berkata "cukuplah pada saya", seolah-olah anda percaya begitu sahaja tanpa menyelidiki apa yang anda percaya. Namun, anda juga berkata "allah yg telah mencipta manusia dan menganugerahkan manusia dgn akal fikiran".
Maka, untuk apakah "akal fikiran" yang dianugerahkan Tuhan untuk kita ini jika tidak kita gunakan untuk menyelidiki apa yang kita percayai?
Saya percaya anda boleh merenungkan hal ini menggunakan akal fikiran yang telah Tuhan anugerahkan untuk kita.
Tuhan memberkati.