Langkau ke kandungan utama

10.Harta isteri - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Harta Isteri
Argumen SM
Ketiga-tiga agama mempunyai kepercayaan yang kuat mengenai kepentingan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga dan ketiga-tiganya percaya akan peranan suami sebagai pemimpin keluarga. Tetapi di dalam tradisi Judaeo-Kristian, suami memiliki isterinya seperti dia memiliki hamba. (Untuk hal ini, SM tidak memberikan sebarang bukti dari Alkitab, sebaliknya memetik perbuatan-perbuatan orang Yahudi dan orang Kristian pada suatu zaman tertentu. Dia lebih menekankan tentang perbuatan memberikan mas kawin kepada perempuan, yang menurutnya adalah tanda penindasan)

Sebaliknya, Al-Quran, tidak mengajarkan pemberian mas kawin dari pihak perempuan, tetapi pihak lelaki yang perlu memberikan hadiah perkahwinan. Hadiah ini adalah milik pengantin perempuan; pengantin lelaki mahu pun keluarga pengantin perempuan tidak berhak ke atasnya. Pengantin perempuan tetap memiliki hadiah perkahwinannya walaupun diceraikan. Harta dan pendapatan isteri adalah di bawah kawalannya sepenuhnya dan untuk kegunaannya sahaja memandangkan menyara isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab suami. Seorang wanita Islam yang telah berkahwin mengekalkan kebebasannya dari segi undang-undang dan mengekalkan nama keluarganya

Respon kami
Ketiadaan sebarang rujukan Alkitab untuk argumen ini sebenarnya menjadikan ia tidak layak untuk diberikan sebarang pertimbangan serius. Sifat prejudis SM terhadap mas kawin oleh pihak perempuan mengingatkan prejudis orang-orang Eropah pada kurun ke-19 terhadap 'pembelian isteri' (menurut pemikiran mereka terhadap hadiah perkahwinan), dan menunjukkan kurangnya sensitiviti atau pemahaman sesuatu budaya. Argumennya juga bercanggah dengan status wanita yang diberikan di dalam Al-Quran, contohnya, surah 26:166, yang mengatakan wanita diciptakan untuk suami mereka. Pemilikan gundik adalah perbuatan yang diberikan kepada lelaki menurut Al-Quran (lihat surah 2), hamba-hamba adalah diberikan untuk lelaki (lihat surah 2-4), yang mana semua ini bukan sahaja mempergunakan wanita, malah meletakan posisi mereka  sebagai 'dimiliki' oleh tuan mereka atau memenuhi kehendak seksual.

Adalah mengejutkan SM tidak mempedulikan penjelasan terhadap skop aktiviti wanita di dalam Amsal 31, yang mana dengan jelas menunjukkan bahawa seorang wanita bangsa Israel bebas mendirikan perniagaan serta menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk dirinya sendiri dan untuk anak-anaknya menurut kehendaknya, atau contoh tentang Priskila, di dalam Perjanjian Baru, yang mana adalah seorang 'pembuat khemah'.

SM juga tidak mengendahkan perintah di dalam Al-Quran yang jelas memberikan lelaki kuasa untuk melakukan perbuatan-perbuatan tertentu ke atas wanita, surah 4:34 menyatakan 'lelaki dilebihkan atas perempuan'. Surah 2:231-232; 65:2, mengatakan perceraian adalah pilihan hanya untuk lelaki, 'apabila kamu menceraikan isteri-isteri', maka seorang wanita itu boleh mengekalkan mas kahwinnya, atau 'mahar'. Namun, jika wanita yang memilih untuk bercerai, dia boleh 'menebus' dirinya dengan melepaskan 'mahar'nya, yang mana akan mengakibatkannya menjadi papa kedana. Ini akan mengakibatkan wanita kehilangan kebebasan untuk memilih dalam hal ini. Wanita juga jarang disebut di dalam Al-Quran sebagai pihak yang mempunyai kuasa autonomi; sebaliknya mereka dikaitkan dengan lelaki seperti suami, ayah, atau saudara lelaki, yang menunjukkan mereka tidak memiliki status untuk diri mereka sendiri.

Semasa meneliti argumen SM, ayat Alkitab berikut terlintas di fikiran, iaitu Matius 7:3-6, di mana Yesus berkata, "Mengapakah kamu perhatikan selumbar di dalam mata saudaramu, sedangkan kayu balak di dalam matamu tidak kamu perhatikan?"

seterusnya...
atau

Ulasan