Pernahkan anda mendengar istilah "God the Mother" atau "Tuhan Ibu"?
Baru-baru ini saya telah dikunjungi oleh beberapa orang dari World Mission Society Church of God yang mendakwa kewujudan "God the Mother" atau "Tuhan Ibu" ini di dalam Alkitab.
Mereka cuba meyakinkan pendengar mereka bahawa Tuhan itu terdiri daripada "Bapa" dan "Ibu" serta menggunakan ayat-ayat Alkitab untuk menyokong hujah mereka. Yang menyedihkan, mereka memetik ayat-ayat Alkitab tersebut di luar konteks. Antara ayat-ayat yang dipetik adalah:
Kej 1:26-27, Gal 4:26, Why 21:9; 22:17
Menurut mereka Tuhan dipanggil sebagai "Bapa" kerana wujud Tuhan "Ibu". Secara ringkas, alasan mereka adalah seperti berikut:
Namun, jika anda berminat untuk menyelidiki lebih lanjut, berikut adalah beberapa pautan tentang gereja cult ini. Saya membahagikannya kepada laman pro dan kontra.
Pro
- Laman Rasmi WMSCOG
- Laman Rasmi ke-2 WMSCOG
- Prove Ahnsahnghong
Kontra
- Let Us Reason
- Examining WMSCOG
- Encountering the cult of Ahnsahnghong
- Apologetic Index: WMSCOG
Jika anda pernah didatangi oleh ahli gereja cult ini atau bekas ahli gereja cult ini atau masih menjadi ahli gereja cult ini, apa kata anda kongsikan pengalaman/pendapat anda di ruang komen post ini.

"Bapa" bermaksud lelaki yang mempunyai anak. Namun, sebenarnya si ibu yang melahirkan anak tersebut. Maka, jika ada bapa, ini bererti dia (si Bapa) mesti mempunyai anak yang memanggilnya sebagai "bapa" dan mesti ada seorang ibu yang melahirkan anak tersebut.
Yesus mengajar kita bahawa Tuhan adalah Bapa kita yang di syurga. Kita, yang percaya kepada Tuhan, adalah anak-anak Tuhan.
Jika Tuhan Bapa dan anak-anak-Nya wujud, siapa lagi yang perlu wujud?
Oleh kerana Alkitab memanggil kita anak-anak Tuhan, kita perlu mengenal bukan sahaja Tuhan Bapa tetapi juga Tuhan Ibu.Sebenarnya agak jelas apa yang mereka ajarkan adalah jauh bertentangan dengan kepercayaan Kristianiti.
Namun, jika anda berminat untuk menyelidiki lebih lanjut, berikut adalah beberapa pautan tentang gereja cult ini. Saya membahagikannya kepada laman pro dan kontra.
Pro
- Laman Rasmi WMSCOG
- Laman Rasmi ke-2 WMSCOG
- Prove Ahnsahnghong
Kontra
- Let Us Reason
- Examining WMSCOG
- Encountering the cult of Ahnsahnghong
- Apologetic Index: WMSCOG
Jika anda pernah didatangi oleh ahli gereja cult ini atau bekas ahli gereja cult ini atau masih menjadi ahli gereja cult ini, apa kata anda kongsikan pengalaman/pendapat anda di ruang komen post ini.
Ulasan
Peendusta adalah pendusta
Uang adalah yang
Imm 23 1-44 adalah Imamat 23:1-44
God bless you.
Maaf, sangat sedih untuk saya katakan, bahawa apa yang anda tuliskan ini benar2 menyimpang dari apa yang diajarkan di dalam Alkitab.
1. Tidak ada "Tuhan Ibu" di dalam Alkitab.
2. Tuhan tidak mempunyai "jantina" atau "pasangan".
3. Tahukan anda para rasul mengadakan ibadah pada Hari Ahad, iaitu hari pertama setiap minggu sebagai kebiasaan dalam memperingati hari kebangkitan Tuhan Yesus? Cuba baca Kisah para Rasul 20:7 dan 1 Korintus 16:1-2.
- Maka, adakah mereka juga telah "menggantikan" ibadat Sabat dengan Ahad?
- Perlu diketahui, kita hari ini hidup di bawah kasih karunia iaitu melalui Yesus Kristus, bukan lagi melalui Taurat Perjanjian Lama.
- Yesus telah menggenapi Taurat bagi pihak kita.
4. "Jalan keselamatan" atau "Injil" yang anda beritakan ini jauh berbeza dengan apa yang diberitakan oleh Yesus dan murid-murid-Nya.
- Hal ini sangat serius. Sehingga dituliskan di dalam Alkitab (Galatia 1:6-9),
"6 Aku heran, bahwa kamu begitu lekas berbalik dari pada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu injil lain,
7 yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus.
8 Tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari sorga yang memberitakan kepada kamu suatu injil yang berbeda dengan Injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia.
9 Seperti yang telah kami katakan dahulu, sekarang kukatakan sekali lagi: jikalau ada orang yang memberitakan kepadamu suatu injil, yang berbeda dengan apa yang telah kamu terima, terkutuklah dia."
- Injil yang lain ini sangat merbahaya sehingga amaran tentangnya diulang dua kali, malah dengan keras.
Saya sungguh berharap dan berdoa agar anda berbalik semula kepada Injil yang benar, iaitu keselamatan hanya melalui Yesus Kristus. Bukan melalui ibadah, bukan melalui Taurat, bukan melalui usaha.