Langkau ke kandungan utama

11.Perceraian - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Perceraian
Argumen SM
Kristianiti melarang keras perceraian (Mat 5:32) yang mana adalah tidak praktikal. Judaisma pula membenarkan perceraian walaupun tanpa sebarang sebab (Ul 24:1-4). (Beliau kemudian memetik pelbagai pendapat dari Talmud.) Islam mengambil jalan tengah mengenai perceraian berbanding Kristian dan Judaisma. Perceraian dibenarkan, tetapi semua usaha untuk perdamaian perlu dilakukan terlebih dahulu (S. 4:19, S. 4:34-35, S. 4:128). Islam memberikan hak talak (cerai) kepada suami tetapi beliau tidak boleh mengambil semula sebarang hadiah perkahwinan yang telah diberikan kepada isterinya. Seorang isteri boleh menceraikan suaminya (khula) jika dia mengembalikan hadiah perkahwinannya kepada suaminya. Isteri juga boleh mendakwa suaminya melalui mahkamah untuk bercerai atas sebab-sebab kukuh seperti kekejaman suami, ditinggalkan tanpa sebab, suami tidak berupaya memberi nafkah batin dsb.

Respon kami
Adalah dipersetujui bahawa Kristus menuntut standard yang sangat tinggi ke atas pengikut-pengikut-Nya. Walaupun begitu, Dia tidak membiarkan kita sendirian dalam menghadapi situasi yang rumit, tetapi telah memberikan Roh Kudus untuk menjadi penghibur dan pembimbing kita dan mengerjakan perubahan tersebut di dalam kehidupan kita yang membolehkan kita mencapai sasaran tersebut. Sudah tentu, ramai orang Kristian yang gagal. Namun itu tidak bererti kita mahu Tuhan merendahkan standard-Nya dan menerima keadaan kita yang berdosa begitu sahaja. Sebaliknya, kita ingin diubah supaya kita dapat mencapai sasaran tersebut, iaitu sebuah sasaran yang realistik/praktikal jika Tuhan itu benar-benar Maha Besar seperti yang dikatakan-Nya sendiri, dan mampu menolong pengikut-pengikut-Nya melalui Roh-Nya. Memandangkan Islam tidak memiliki Roh Tuhan di dalam perkara ini, maka, adalah difahami mengapa mereka beranggapan mereka tidak mampu mengelak dari dosa di dalam perkara ini.

Sebagai respon kepada idealisme Kristianiti, SM memberikan pragmatisme Islam. Namun kita berasa keliru dengan kurangnya kesama rataan di dalam penjelasannya. Wanita perlu membayar untuk mendapat perceraian sedangkan lelaki hanya mempunyai penolakan sehala (memandangkan lelaki tidak mempunyai apa-apa hak ke atas hadiah perkahwinan tersebut semasa masih bersama (lihat 10. Harta Isteri), mereka tidak kehilangan apa-apa jika isteri mengekalkan hadiah perkahwinan tersebut).

Paling membimbangkan, wanita yang perlu mencari perdamaian dengan suaminya (S 4:128), sementara si suami dinasihatkan untuk menasihati, memulaukan, dan memukul si isteri serta memanggil ahli keluarga hanya sebagai jalan terakhir (S 4:34-35). Bagaimana mungkin hal ini dapat diterima menjadi jalan tengah seperti yang dicadangkan oleh SM?

Tidak seperti di dalam Alkitab, perkahwinan tidak diberikan status yang tinggi di dalam Al-Quran, walaupun ia merupakan pusat kepada kehidupan dan perundangan Islam, sehinggakan kehidupan bujang atau "Rahbaniyyah" (hubungan suami isteri) bukanlah pilihan, seperti yang digambarkan di dalam S. 57:27. Di ayat tersebut dikatakan "Rahbaniyyah" adalah ciptaan pengamalnya, bukan daripada Tuhan. Perkahwinan dilihat sebagai kontrak (S. 2:237) di dalam Islam, tetapi di dalam Alkitab perkahwinan dilihat seperti gambaran perhubungan dan kasih Kristus kepada umat-Nya, iaitu 'gereja', yang mana mempunyai implikasi spiritual yang tidak ditemui di dalam Islam. Perayaan terhadap perkahwinan dinyatakan di dalam kitab Kidung Agung, (kitab yang tidak digemari oleh Muslim kerana gambaran jujur kitab tersebut terhadap hubungan romantik di antara lelaki dan wanita). Di kitab ini kita melihat lelaki dan wanita menyatakan kasih yang penuh ghairah antara satu sama lain. Mungkin kerana perkahwinan di dalam Al-Quran tidak menggambarkan hubungan peribadi dengan Tuhan, yang didasarkan melalui kasih Tuhan kepada orang-orang percaya, kitab yang dinyatakan (Kidung Agung) tidak dapat difahami oleh mereka.

Seterusnya...
12. Ibu
atau

Ulasan