Langkau ke kandungan utama

Nabi Muhammad di dalam Yesaya 29:12?

Antara ayat Alkitab yang sering dipetik oleh Muslim untuk membuktikan Nabi Muhammad ada di sebut di dalam Alkitab adalah Yesaya 29:12.

Muslim mendasarkan ayat dari surah Al-A'raf 157 berikut:
Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Lihat bahagian yang digariskan. Dikatakan nama Nabi Muhammad ada tertulis di dalam Taurat dan Injil. Yesaya 29:12 pula mengandungi frasa "orang yang tidak tahu membaca" yang mana di dalam Bahasa Arab dipanggil sebagi Ummi.
Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada orang yang tidak tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata bahawa dia tidak tahu membaca.
Maka, Muslim menyimpulkan individu yang dikatakan di dalam Yesaya 29:12 tersebut adalah Nabi Muhammad kerana dikatakan Nabi Muhammad adalah Nabi yang Ummi (tidak tahu membaca).

Terdapat 2 masalah besar untuk hujah ini.

Pertama
Jika kita membaca semula surah Al-A'raf 157 tersebut, dikatakan nama Nabi yang Ummi tersebut (iaitu Nabi Muhammad) tertulis di dalam Taurat dan Injil.

Masalahnya, kitab Yesaya bukanlah sebahagian daripada Taurat. Perlu diketahui, orang Yahudi membahagikan kitab mereka, iaitu Tanakh, kepada 3 bahagian. Taurat, Nevi'im (para nabi) dan Ketuvim (catatan-catatan). Kitab Yesaya bukan tergolong di dalam bahagian Taurat tetapi di dalam bahagian Nevi'im.[1]

Maka, hujah yang kononnya nama Nabi Muhammad terdapat di dalam kitab Yesaya sebenarnya tidak relevan kerana ia tidak menggenapi apa yang dikatakan di dalam surah Al-A'raf 157 yang mana mengatakan nama Nabi Muhammad terdapat di dalam Taurat dan Injil.

(Hal ini juga sama dengan dakwaan bahawa nama "Muhammad" terdapat di dalam Kidung Agung 5:16 kerana Kidung Agung bukanlah sebahagian daripada Taurat. Kidung Agung termasuk di dalam bahagian Ketuvim.)

Kedua
Mungkin pihak Muslim akan mengatakan "yang pasti, Nabi Muhammad ada di perkatakan di dalam Yesaya 29:12."

Masalahnya, konteks keseluruhan Yesaya 29 adalah mengenai Tuhan menghukum bangsa Israel. Anda dialu-alukan untuk membaca dan menilainya sendiri.

"Orang yang tidak tahu membaca" yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut sebenarnya adalah para nabi bangsa Israel yang mana mata pengetahun mereka ditutup oleh Tuhan. Perhatikan Yesaya 29:10-12,
10 TUHAN telah membuat kamu mengantuk supaya kamu tidur nyenyak. Para nabi sepatutnya menjadi mata rakyat tetapi Allah telah menutup mata para nabi.
11 Makna tiap-tiap penglihatan akan tersembunyi daripada kamu seperti naskhah gulungan yang bermeterai. Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada seorang yang tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata tidak mungkin kerana naskhah itu bermeterai.
12 Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada orang yang tidak tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata bahawa dia tidak tahu membaca.
Jika Muslim mahu menggunakan ayat Yesaya 29:12 untuk menyokong dakwaan mereka, mereka juga sepatutnya memasukkan konteks keseluruhan Yesaya fasal 29 tersebut. Malah, dalam ayat 13 dan 14 memperkatakan hukuman kepada bangsa Israel, termasuk orang yang tidak tahu membaca tersebut (iaitu pada nabi),
13 Tuhan berfirman, "Bangsa ini mengaku menyembah Aku, tetapi kata-kata mereka kosong, dan hati mereka jauh daripada-Ku. Agama mereka hanya peraturan dan adat manusia yang dihafazkan.
14 Oleh itu Aku akan mengejutkan mereka dengan pukulan demi pukulan yang tidak disangka-sangka. Mereka yang bijak akan terbukti bodoh. Segala kepandaian mereka akan menjadi sia-sia."
Lebih teruk lagi, dikatakan mereka akan dibinasakan oleh Tuhan,
20 Itulah kesudahan mereka yang menindas orang serta menghina Allah. Tiap-tiap orang berdosa akan dibinasakan.
Refleksi
Sangat menghairankan apabila kontkes yang begitu jelas di dalam Yesaya 29 tidak diperhatikan malah diputar belit. Kadang kala saya terfikir, jika konteks yang begitu jelas pun diputar belitkan, apa gunanya penjelasan diberikan kerana sangat ketara mereka yang menggunakan hujah ini tidak berminat kepada kemunasabahan dan kebenaran selain idealogi mereka sendiri.

Namun, apa salahnya mencuba. Jika mereka tidak menerimanya, itu adalah pilihan mereka sendiri. Yang pasti, pilihan telah diberikan.

Ulasan

INDONESIA-MAN berkata…
Permisi sekedar menambahkan bila anda memperkenankan :
Pada quran,perkataan Nabi yg tak bisa membaca adalah interpretasi dari kata an-nabiyyal-ummi.Anehnya hanya di ayat ini saja "ummi" ditafsir "tak bs baca" sedang di semua ayat lainnya, kata ini ditafsirkan sebagai "tak memiliki pengetahuan kitab" contoh pada surah 3:20

Jdi sebenarnya arti aslinya adalah tak memiliki pengetahuan Kitab!
Unknown berkata…
Hai Indonesia-Man,
Terima kasih dengan info ini. Maka lebih jelas bahawa Yesaya 29:12 memang bukan memperkatakan tentang Nabi Muhammad.
Tanpa Nama berkata…
Nubuat di dalam Yesaya 42 menceritakan tentang Ahmad, 'Hamba Allah' yang akan berperang dan mebawa keadilan pada agama Allah. Dia juga akan membebaskan Arabia dari amalan penyembahan berhala. Gurun, desa-desa dan kota-kota Arabia akan memuliakan dan memuji Allah. Ini adalah apa yang terjadi sehingga ke hari ini. Seluruh Arabia memuji dan mengagungkan Allah setiap hari.

Dan seterusnya kita membaca Yesaya 42:18 - 25; perihal Bani Israel akan tetap tuli dan buta karena mereka mengabaikan perintah Allah yang dibawa oleh 'Hamba Allah' ini.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Dalam Yesaya 42:1, ianya bukanlah kebetulan jika kita melihat pada penulisan אתמך (Atmc) אחמד (Ahmd). Dan kalimat sebelum אתמך (Atmc), adalah עבדי (Abedi ~ Hamba Ku). Nubuat ini tidak lain merujuk pada Ahmad, Abedallah (Ahmad, Hamba Allah).

Istimewanya penulisan אתמך (Atmc), ia satu kalimat yang meperihalkan nubuat akan datangnya Hamba Allah serta ditulis sekali sahaja dalam Alkitab. [Apakah pena yang menulis salah menyalin atau ianya kesalahan yang disengaja?]

Bani Israel telah menerima nubuat kedatangan Ahmad namun malang, hanya sedikit yang menerima.
Unknown berkata…
Hai tanpa nama (17 Jun 2013 2:54 PTG),

Anda mendakwa Yesaya 42 menceritakan tentang Ahmad, masalahnya, di mana ayat Yesaya 42 yang mengatakan demikian?

Jika kita membaca keseluruhan Yesaya 42, kita tidak menemui apa-apa gambaran tentang 'Hamba Allah' yang akan berperang dan mebawa keadilan pada agama Allah. Yesaya 42 juga tidak menyebut apa-apa tentang membebaskan Arabia dari amalan penyembahan berhala.
Anda boleh membaca seluruh Yesaya 42 di sini.

Apa yang anda lakukan adalah memasukkan pemahaman anda sendiri ke dalam ayat tersebut, juga dikenali sebagai "eisegesis". Maka, selagi anda belum memberikan bukti kepada dakwaan anda ini, apa yang anda katakan hanyalah sekadar dakwaan anda sahaja.

Kemudian, anda cuba mengatakan Yesaya 42:1 mengandungi perkataan אחמד (Ahmd)? Berikut saya berikan keseluruhan ayat Yesaya 42:1 dalam bahasa Ibrani, dan cuba anda tunjukkan di manakan perkataan אחמד (Ahmd) tersebut.

איצוי םיוגל טפשׂמ וילע יחור יתתנ ישׂפנ התצר יריחב וב ךמתא ידבע ןה

Tidak ada. Yang ada hanyalah perkataan אתמך (Atmc, atau sebutan sebenarnya taw-mak), lihat yang ditebalkan. Apa yang anda lakukan adalah menukar huruf "ך" pada perkataan "אתמך" kepada huruf "ד" dan menjadikannya "אחמד". Tidakkah itu suatu tindakan yang kurang jujur daripada anda?

Perlu diketahui, perkataan אתמך dan אחמד adalah berbeza dan mempunyai maksud yang juga berbeza.

Maka, maaf, Yesaya 42:1 tidak memperkatakan tentang Nabi Muhammad.

Lagipun, seperti poin pertama di dalam post ini, Kitab Yesaya bukanlah tergolong di dalam kitab Taurat, sedangkan ayat dari surah Ar-A'raf 157 mengatakan nama Muhammad adalah di dalam Taurat dan Injil. Maka, syarat yang dituliskan di dalam Al-Quran sendiri menidakkan dakwaan bahawa kononnya nama Nabi Muhammad ada disebut di dalam kitab Yesaya.
Tanpa Nama berkata…
faham man
berapakalikah tiwas sujud pada Allah setiap hari,Apakah Allah
tidak memandang akan kesujudan hambanya terhadapnya tanda syukur hamba tadi terhadapnya ,apakah tanda tiwas syukur pd Allah dgn nikmat yg diberi selain
menegakkan benang yg basah,saya
hanya beriman dgn kitab Allah yang terkini dan sempurna,contoh
buku sekolah rendah adalah zaman didikan,
zaman sekolah menengah utk chek tujuan atau go.
zaman u ijazah n master alam matang dan sempurna,,,sebaiknya beginilah cara befikir...baiklah, Allah telah mencabar manusia utk datangkan satu surah atau satu ayat yg menyamai dalam Al quran,silalah tewas sahut cabarannya tanpa menipu atau copy...jika anda dpihak yg benar
adakah lagi kitab yg popular selepas alquran..jika ada dari siapa chek mate....
Tanpa Nama berkata…
hello tiwas renungkan senario ini andai tiwas seorang ayah
anda ada 3 orang anak.
anak 1
hanya bersalam tanda hormat
anak2
salam dan cium tangan
anak 3
bersalam cium tangan dan berlutut
di hadapanmu
mana yang paling taat padamu n menyentuh hatimu dan mana yg lojiknya paling mencintaimu sebagai Ayah
bagi saya ,,Allah mahukan hamba yg terbaik semasa beribadat terhadapnya ...5 waktu kira taklah berat kalau cinta sudah ada...renungkanlah nanti depan Allah kita akan katakan aku telah sujud padamu berbanding umat2 yang lain maka kasihanilah kami.ampunilah kami umat Muhammad
Unknown berkata…
Hai tanpa nama (25 Jun 2013 5:15 PTG),

Anda bertanya,
"berapakalikah tiwas sujud pada Allah setiap hari"

- Sujud secara fizikal? Maaf, saya tidak menyembah Tuhan seperti cara anda menyembah Tuhan. Kerana Yesus sendiri berkata:
"Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian. Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran." (Yoh 4:23-24)

Anda mendakwa:
"Apakah Allah tidak memandang akan kesujudan hambanya terhadapnya tanda syukur hamba tadi terhadapnya"

- Allah bukan sekadar melihat kepada perbuatan keagamaan, tetapi ke dalam hati kita.
- Saya berikan perumpamaan ini yang diberikan oleh Yesus sendiri:

"9 Dan kepada beberapa orang yang menganggap dirinya benar dan memandang rendah semua orang lain, Yesus mengatakan perumpamaan ini:
10 "Ada dua orang pergi ke Bait Allah untuk berdoa; yang seorang adalah Farisi dan yang lain pemungut cukai.
11 Orang Farisi itu berdiri dan berdoa dalam hatinya begini: Ya Allah, aku mengucap syukur kepada-Mu, karena aku tidak sama seperti semua orang lain, bukan perampok, bukan orang lalim, bukan pezinah dan bukan juga seperti pemungut cukai ini;
12 aku berpuasa dua kali seminggu, aku memberikan sepersepuluh dari segala penghasilanku.
13 Tetapi pemungut cukai itu berdiri jauh-jauh, bahkan ia tidak berani menengadah ke langit, melainkan ia memukul diri dan berkata: Ya Allah, kasihanilah aku orang berdosa ini.
14 Aku berkata kepadamu: Orang ini pulang ke rumahnya sebagai orang yang dibenarkan Allah dan orang lain itu tidak. Sebab barangsiapa meninggikan diri, ia akan direndahkan dan barangsiapa merendahkan diri, ia akan ditinggikan." (Lukas 18:9-14)

Anda menuduh:
"apakah tanda tiwas syukur pd Allah dgn nikmat yg diberi selain menegakkan benang yg basah"

- Saya bersyukur dengan memberitakan kasih karunia yang telah saya terima ini kepada orang lain. Kerana kasih karunia ini terlalu indah untuk tidak dikongsikan.
- Apakah kasih karunia tersebut? Keselamatan kekal melalui Tuhan Yesus Kristus.
- Bagaimana menerima kasih karunia tersebut? Dengan menerima dan beriman kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat.

Anda berkata:
"baiklah, Allah telah mencabar manusia utk datangkan satu surah atau satu ayat yg menyamai dalam Al quran,silalah tewas sahut cabarannya tanpa menipu atau copy..."

- Cabaran ini telah berkali-kali dipenuhi, cuma, anda pasti tidak akan menerimanya.
- Lagi pun, apa yang dapat dibuktikan melalui cabaran ini? Menyamai dalam erti kata apa? Maksud? Keunikkan? Keindahan bahasa?
- Cabaran ini terlalu subjektif. Apa kata anda berikan kriteria2 yang perlu dipenuhi untuk menyahut cabaran ini. Jika tidak, ia sekadar cabaran kosong yang tidak bermakna.
- Katakan saya mengatakan,
"berikan satu pasal atau ayat yang menyamai Alkitab, dan jika anda tidak dapat memberikannya, ini membuktikan Alkitab itu benar."
- Adakah anda akan melihat ia satu cabaran yang munasabah?

- Kebenaran sepatutnya dinilai berdasarkan sejauh mana ia dapat menghadapi kritikan dan ujian. Bukan berdasarkan penilaian yang subjektif.

Anda berkata:
"jika anda dpihak yg benar
adakah lagi kitab yg popular selepas alquran..jika ada dari siapa chek mate....
"

- Mungkin anda tidak tahu, sebenarnya kitab paling popular sepanjang zaman adalah Alkitab. Dan ini adalah fakta.
- Namun, adakah kepopularan ini membuktikan kebenaran Alkitab? sudah tentu tidak. Kita perlu menyelidiki isi kandungannya, sama ada isi kandungannya tahan uji atau tidak.
- Dan Alkitab telah diuji, diselidiki, dikritik, berabad-abad lamanya, namun ia kekal wujud dan dipercayai kebenarannya.
- Pernahkah hal yang sama (iaitu penyelidikan, kritikan, ujian) dilakukan ke atas isi kandungan Al-Quran? Ironiknya, mana-mana pihak yang cuba berbuat demikian berhadapan dengan ancaman bunuh dari Muslim sendiri. Apa yang ditakutkan jika Muslim percaya Al-Quran itu benar?
Unknown berkata…
Tanpa nama (25 Jun 2013 5:30 PTG),

Tentang ritual semasa sembahyang, bukan itu yang dilihat Tuhan. Hanya kerana seorang anak mencium tangan dan berlutut di hadapan ayahnya, tidak bererti anak itu benar-benar mengasihi ayahnya.

Saya berikan perumpamaan berikut untuk menggambarkan betapa Tuhan sangat mengasihi kita, sebagai anak-anaknya.
- Seorang lelaki telah melakukan kesalahan dan dia dibicarakan di mahkamah.
- Hakim mendapati dia bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara. Namun, jika dia dapat membayar denda kepada kesalahannya, dia akan dibebaskan dan tidak perlu dipenjarakan.
- Namun, lelaki itu tidak mampu membayar denda tersebut.
- Tiba-tiba, setelah Hakim itu memberikan hukuman tersebut, dia turun dari kerusinya, membuka jubah kehakimannya, pergi ke tempat lelaki tersebut, dan membayar denda bagi pihaknya.
- Mengapa? Kerana Hakim tersebut adalah ayah kepada lelaki tadi.
- Hakim ini berkuasa untuk melepaskan anaknya tanpa dihukum (walaupun bersalah), namun oleh kerana dia Hakim yang adil, dia tidak berbuat demikian.
- Tetapi, oleh kerana Hakim ini juga sangat mengasihi anaknya, dia telah turun dari kedudukannya sebagai hakim, melepaskan sementara kuasanya sebagai hakim dan menjadi setaraf dengan anaknya, lalu membayar denda bagi pihak anaknya, agar anaknya tidak dihukum.

Demikian juga apa yang telah Tuhan lakukan untuk kita.
- Seperti lelaki itu, kita telah berdosa dan layak dihukum ke dalam neraka.
- Seperti Hakim itu, Tuhan yang Maha Adil akan menghukum kita kerana dosa kita.
- Seperti Hakim itu, Tuhan juga telah menyelamatkan kita kerana kasih-Nya sangat besar kepada kita.
- Seperti Hakim itu, Tuhan, melalui Peribadi Yesus Kristus, telah mengosongkan diri-Nya, menjadi seperti kita, dan membayar hukuman yang sepatutnya kita terima.

Apa respon kita kepada perbuatan Tuhan ini? Sama ada kita menerimanya, atau menolaknya. Apa respon anda?
Tanpa Nama berkata…
Nubuat di dalam Yesaya 42 menceritakan tentang Ahmad, ‘Hamba Allah’ yang akan berperang dan mebawa keadilan pada agama Allah. Dia juga akan membebaskan Arabia dari amalan penyembahan berhala. Gurun, desa-desa dan kota-kota Arabia akan memuliakan dan memuji Allah. Ini adalah apa yang terjadi sehingga ke hari ini. Seluruh Arabia memuji dan mengagungkan Allah, menyanyikan kalimat Allah setiap hari.

Yesaya 42:10-12 menubuatkan penghuni2 yang tinggal di Tanah Arab akan menyebarkan Nyanyian Baru dan memberitakan pujian Tuhan ke merata tempat sekalipun ujung bumi. Hal ini terbukti apabila umat Islam diseluruh dunia tidak putus memuji Tuhan setiap masa seperti yang dinyatakan dalam Yesaya 42:10.

Sesungguhnya umat Arab telah menyampaikan Nyanyian Baru sejak kurun ke-7 masihi lagi sehingga ke hari ini ke serata tempat. Dan bukan bangsa Roman yang dinubuatkan untuk menyampaikan Pujian Tuhan.
Tanpa Nama berkata…
***Lagipun, seperti poin pertama di dalam post ini, Kitab Yesaya bukanlah tergolong di dalam kitab Taurat,

mungkin dari pemahaman bangsa2 Roman sedemikian. Tapi tidak dari pemahaman umat Bani Israel yang terdahulu.Apabila mereka menyebuyt Taurat, ia boleh juga merujuk pada lembaran-lembaran firman Tuhan yang lain
Unknown berkata…
sesungguh kamu masih gagal paham bro tentang ayat yesaya 29 baca keseluruhannya

dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat membaca." 29:13 Dan Tuhan telah berfirman: "Oleh karena bangsa s ini datang mendekat dengan mulutnya dan memuliakan Aku dengan bibirnya, t padahal hatinya menjauh dari pada-Ku 3 , u dan ibadahnya kepada-Ku hanyalah perintah manusia v yang dihafalkan,29:14 maka sebab itu, sesungguhnya, Aku akan melakukan pula hal-hal yang ajaib kepada bangsa ini, keajaiban yang menakjubkan; w hikmat orang-orangnya yang berhikmat x akan hilang, dan kearifan orang-orangnya yang arif akan bersembunyi. y " 29:15 Celakalah orang yang menyembunyikan z dalam-dalam rancangannya terhadap TUHAN, yang pekerjaan-pekerjaannya terjadi dalam gelap sambil berkata: "Siapakah yang melihat kita a dan siapakah yang mengenal b kita?" 29:16 Betapa kamu memutarbalikkan segala sesuatu! Apakah tanah liat c dapat dianggap sama seperti tukang periuk, sehingga apa yang dibuat dapat berkata tentang yang membuatnya: d "Bukan dia yang membuat aku"; dan apa yang dibentuk berkata tentang yang membentuknya: e "Ia tidak tahu apa apa
YESAYA ( Injil dan Al-Qur'an).

29:11 Maka bagimu penglihatan dari semuanya itu seperti isi sebuah kitab yang termeterai, apabila itu diberikan kepada orang yang tahu membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat, sebab kitab itu termeterai";
29:12 dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat membaca."

Ayat-ayat di atas berbicara tentang penyampaian Kitab Suci dari Tuhan.
Ayat 11 tampaknya menunjuk pada Yesus, sebab menurut versi Islam, Yesus menerima Injil hanya dalam satu kali turun saja.
Sementara ayat 12 dengan jelas bernubuat tentang Muhammad, dimana ketika berada di Gua Hira, Muhammad menerima wahyu pertama kalinya berupa Al-Qur'an Surat Al-'Alaq (96):1-5, yang diabadikan oleh Al-Hadits riwayat Bukhari berikut ini:

[HR. BUKHARI. Malaikat itu mendekapku (Muhammad) sampai aku sulit bernapas. Kemudian, ia melepaskanku dan berkata, "Bacalah!" Kujawab, "Aku tak dapat membaca." Ia mendekapku lagi hingga aku pun merasa tersesak. Ia melepasku dan berkata, "Bacalah!" dan kembali kujawab, "Aku tak dapat membaca!" Lalu, ketiga kalinya, ia mendekapku seperti sebelumnya, kemudian melepaskanku dan berkata: "(baca QS. 96:1-5)"].
MUHAMMAD DALAM PERJANJIAN LAMA
Sesungguhnya, hampir seluruh nubuat Perjanjian Lama menunjuk pada Nabi Muhammad. Namun, oleh karena telah terjadi perombakan besar-besaran di dalam tubuh Perjanjian Lama, maka kita hanya bisa mengenali Muhammad melalui Nebayot, Kedar, Tema, dan lembah Baka.

"Nebayot", "Kedar", dan "Tema" sangatlah penting, karena mereka adalah anak keturunan dari Nabi ISMAIL (Kejadian 25:13-15) dan memberi petunjuk terhadap kelompok masyarakat bangsa Arab. Sementara "BAKA" menjadi penting, karena ia memberi petunjuk adanya perjalanan Nabi Ismail ke Mekah.
Ada 6 kata kunci dalam mengidentifikasi MUHAMMAD dalam Perjanjian Lama, yaitu:
● Nebayot,
● Kedar,
● Tema,
● Arab/Arabia,
● Baka, dan
● Paran.
Sepandai2nya tupai melompat, pasti akan jatuh juga. Sepandai2nya Ahli Kitab (Yahudi dan Kristen) menyembunyikan kebenaran, pasti ketahuan juga jejaknya.Kira2 inilah ungkapan yang paling tepat dalam mengungkap sosok Nabi Muhammad di dalam Perjanjian Lama.

[Al-Qur'an 2:146. Orang-orang yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.]

[Al-Qur'an 6:91. Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya di kala mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia". Katakanlah: "Siapakah yang menurunkan kitab (Taurat) yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu perlihatkan (sebagiannya) dan kamu sembunyikan sebagian besarnya, padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapak-bapak kamu tidak mengetahui (nya)?" Katakanlah: "Allah-lah (yang menurunkannya)", kemudian (sesudah kamu menyampaikan Al Qur'an kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.]

[Al-Qur'an 2:75. Apakah kamu masih mengharapkan mereka (Ahli Kitab) akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?]

[Al-Qur'an 2:78-79. Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Alkitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Alkitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan.]

Wallahu a'lam
Nubuat YESAYA 42:1-25
("Inilah Anak-Ku yang Kukasihi kepada-Nyalah Aku berkenan" yang dikutip oleh 4 pengarang injil kanonik sebagai inspirasi karangan mereka ketika "membaptis" Yesus, lihat ayat 1).

Yesaya 42:1-25 di atas adalah satu kesatuan ayat yang tak terpisahkan,karena ia meramalkan kedatangan seorang Nabi yang bukan Yesus!. Justru ayat2 di atas membuka tabir kebohongan peristiwa pembaptisan Yesus oleh Yohanes Pembaptis sebagaimana dimaksud Matius 3:15-17; 12:16-21, Markus 1:9-11, Lukas 3:21-22, dan Yohanes 1:32-34.

Perlu dicatat, bahwa Yesaya 42:1 di atas menjelaskan tentang konsep "hamba" yang telah dipilih oleh Tuhan untuk seluruh alam semesta, dan secara tegas Al-Qur'an berbicara mengenai hal tersebut:

[Al-Qur'an 25:1. Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al Qur'an) kepada hamba-Nya (Muhammad), agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,]
--------------
Dalam Yes.42 ayat 10 di atas terdapat frasa "nyanyian baru" yang berarti syariat baru. Yesus datang BUKAN untuk membawa syariat baru, melainkan hanya untuk menggenapi syariat Taurat dan kitab2 para nabi (Matius 5:17-20).

Sedangkan Muhammad datang untuk membawa syariat baru bagi semesta alam. Dengan tegas Al-Qur'an menyatakan:

[Al-Qur'an 21:107. Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.]

[Al-Qur'an 38:86-87. Katakanlah (hai Muhammad): "Aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan. Al Qur'an ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam.]
-------------------------
Dalam Yes.42 ayat 11 terdapat frasa "didiami Kedar".
Sebagaimana sudah dijelaskan di atas, bahwa Bani Kedar adalah orang2 Arab keturunan Nabi Ismail di Mekah. Kemudian juga terdapat frasa "Bukit Batu".. Mekah juga secara geologis terkenal dengan gunung2 batunya. Sedangkan Yesus adalah keturunan Ishak, adik Ismail, dengan "memaksakan" garis keturunannya melalui jalur Yusuf,bapak tiri Yesus, oleh karena Yesus lahir dari perawan suci Maria. (Matius 1:1-18 dan Lukas 3:23-38).
Lebih jauh, ayat ini memberi isyarat adanya ibadah haji yang mengagungkan Nama Allah dengan bertahmid dan bertalbiah.
Dalam Yes.42 ayat 13 terdapat frasa "Tuhan keluar berperang seperti pahlawan". Ayat ini jelas2 mengindikasikan kedatangan Muhammad, yang senantiasa dakwahnya diiringi dengan peperangan fisik. Perang yang terkenal dan dahsyat ialah Perang Badar.
..Sementara Yesus digambarkan Alkitab sebagai sosok yang lemah dan tidak pernah berperang atau memimpin peperangan secara fisik. Bahkan "Yesus" mati disesah umatnya sendiri di tiang salib.
--------------
Dalam Yes.42 ayat 17 terdapat frasa "Orang-orang yang percaya kepada patung pahatan akan berpaling ke belakang".Sebelum Muhammad resmi menjadi Nabi, orang2 Arab pada waktu itu adalah penyembah berhala, bahkan mereka meletakkan berhala2nya di sekeliling Ka'bah hingga mencapai 365 buah. --> Sedangkan Umat Israel ketika Yesus diutus, bukanlah penyembah berhala dari patung2 buatan manusia, oleh karena mereka sudah mengenal Taurat dan kitab-kitab para nabi.
-----------
Dalam Yes.42 ayat 18 terdapat kata2 ungkapan "buta" dan "tuli". Kata "buta" merupakan ungkapan Tuhan yang dapat diartikan sebagai "tidak dapat membaca dan menulis", sedangkan kata "tuli" dapat diartikan sebagai "tidak pernah mendengar satu kitab pun sebelumnya". Umat Muhammad ketika beliau diutus adalah umat yang buta huruf. Dalam tradisi Islam dikenal sebagai Zaman Jahiliyah (zaman kebodohan). Ini berbeda dengan umat Israel yang sudah pandai merubah2 Taurat dan kitab2 para nabi.
Tentang kaum buta huruf ini, diabadikan di dalam Al-Qur'an:
[Al-Qur'an 62:2. ~"Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,]
--------
Dalam Yes.42.ayat 19 digambarkan bahwa "hamba yang dipilih Tuhan" itu adalah seorang hamba yang "buta dan tuli", artinya bahwa "hamba yang dipilih Tuhan" itu adalah seorang hamba yang "tidak dapat membaca dan menulis" dan "belum pernah mengenal satu kitab pun sebelumnya".

Al-Qur'an dengan gamblang mengabadikannya:
[Al-Qur'an 7:157. - (Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang tidak dapat membaca dan menulis, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur'an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.]

[Al-Qur'an 42:52. ~"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu (Muhammad) tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.]
----------------
Sedangkan Yes.42 ayat 20 di atas menggambarkan sifat orang2 kafir baik pada masa kerasulan Muhammad maupun sesudahnya yang tidak mau tahu dan tidak mau mengerti agama Islam. Hal ini dijelaskan juga dalam Al-Qur'an:

[Al-Qur'an 2:18. ~"Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)].

Wallahu a'lam
Unknown berkata…
Tidak lengkap seorang yg beragama islam yg tidak mengimani yesus as.yesus atau isa nabi yg paling mulia tanpa mengurangi keimananan kepada nabi lain.karena yesus nabi yg tak pernah mati seperti yg diyakiniorang kristen.kami umat muslim menunggu ke kedatangan yesus.di akhir jaman.
Unknown berkata…
Yg membuat pernyataan di atas,tidak salah lagi,salah satu contoh domba dungu peliharaan pak ulus.
C Ko berkata…
1. Menurut saya, itu adalah sebuah nubuat yg sangat detail dan akurat tentang si penyesat. Dalam ayat 8 jelas menunjukkan siapa yg dimaksud, yaitu org dan kaum/bangsa yg menentang dan memerangi Gunung Sion. Jadi sdh sangat jelas..
2. Merujuk ke Injil Matius dan Markus dimana Yesus mengatakan bahwa nubuat ini sesuai dgn para ahli Taurat dan org parisi, itu tidak merujuk kepada suku atau bangsa, melainkan kepada org² yg merasa sebagai para ahli dan pelaku hukum Taurat. Siapa yg mengaku menjalankan aturan² hukum Taurat scr jasmani? Berpuasa, tdk mkn yg haram, sunat secara lahir dll..?? Lihat juga perbedaan org parisi dan org saduki. Org parisi cenderung merupakan kalangan yg dekat kpd org² di kalangan bawah..
3. Dijelaskan dlm Yesaya 29:13 bhwa, kaum yg mendekat dan memuliakan Allah hanya dgn mulut dan bibir, yg artinya hanya secara jasmani, bukan dgn hati, karena hati mereka jauh. Sangat jelas siapa yg selalu memuliakan Allah yg pasti dgn mulut dan itu terdengar dmn², namun hatinya entahlah, (saya tidak ingin menilai soal hati, karena hanya Allah yg tau) Tp secara mulut dan bibir, jelas...
Dan ibadahnya merupakan perintah buatan manusia yg merupakan hafalan..
Siapa yg suka menghafalkan..
Jafi menurut saya jelas, Allah telah menubuqtkan tentang nabi palsu ribuqn tahun lalu, dgn sangat akurat dan detail (Yesaya 29:12) dgn ciri² apa yg dilakukannya..
Jadi... 👌👌👌😉😉😉
Unknown berkata…
Logika penyesat saja sudah jelas.. Yesus mengajar keesaan tuhan.. Bersunat puasa... Semua digugurkan oleh penyesat
Unknown berkata…
Jelas sudah siapa golongan yg menyesatkan itu,ternyata adalh orang orang yg menyembunyikan kebenaran Krn keangkuhan mereka pada agama.mereka selalu menjelekkan orang lain dgn berbagai cara,merendahkan yg bukan dr golongan mereka.malah ada sebagian kecil orang Indonesia yang ikut ikutan dlm golongan mereka padahal sebagian kecil ini bukan dari golongan Israel.
Unknown berkata…
Nabi palsu semua mati mengganaskan
Unknown berkata…
Contoh paulus dipenggal nero
Muhammad meninggal dipangkuan iatrinya sampai sekarang siziarahi ribuan orang...
Kristen kan hanya ngaku ngaku kitabnya berakar dari taurot musa, tapi setiap perdebatan antara Yudaism vs Kristen, yudaism malah menganggap pencuri taurot,
Nama tuhan yudaism Hasem, nama yesus tidak ada sama sekali, yudaism tidak kenal trinitas.
Klins berkata…
Nah, lebih baik kamu buka cakrawala berpikirmu untuk mendapat kesimpulan lebih benar. Cari tahu, bicara kepada orang Yahudi langsung atau kepada orang Israel yg Kristen, jadi dungumu akan berkurang
Unknown berkata…
Ini menunjukkan kebodohan umat islam, dalam yesaya bukan tentang muhammad yg tidak bisa membaca dan menulis tapi tentang hukuman Allah terhadap suku Yehuda kala itu.
wahyu tri martanto berkata…
Apapun itu yahudi israel mengakui kalau islam memiliki Tuhan yg sama dgn mereka yaitu agama monotheism agama yg menyembah hanya Allah saja dan kata merka .dan tidak mungkin Nabi Muhamad yg ummi bisa tau Tuhan yg sama dgn org Yahudi dan membenarkan kitab2 yg telah lalu. Org2 Yahudi pun sebenarnya tahu kedatangan Nabi Muhamad di kota Madinah makanya mereka bnyak bermukim di Madinah menunggu kedatangannya tp setelah Nabi Muhamad dtang malah mereka tidak mengakuinya hanya krn Muhamad keturunan Nabi Ismael yg seorang anak dari mantan budak Hajar..
Benny berkata…
Padahal memang sejak awal penyebar kristen memang mengingkari Al Kitab, sehingga tiap Al Kitab berubah ubah menurut mereka masing-masing !!
Sudah jelas itu dikatakan dalam Al Kitab Injil tentang datangnya Nabi terakhir, bahkan dikutip juga pertemuan Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW
Kasihan umat Kristen yang tidak memahami ini sampai sekarang. Nantinya saat Nabi Isa AS turun kembali untuk mengingatkan umatnya(Kristen)
Mengapa pada saat Muhamad akan mati di meminta kertas dan alat tulis utk menulis ? Berarti Muhamad tidak buta huruf . Bahkan Muhamad tidak pernah mengatakan namaku ada dalam Taurat tidak ada ,
Nama Muhamad yg asli adalah Qathem - Muhamad bukan nama yg diberikan Tuhan kepadanya.
Hamba Allah berkata…
Tiada tuhan selain Allah...
Allah tidak seperti makhluknya.. kerana Allah tidak perlu disembah sebagai makhluk.. Allah itu esa dan peribadi Allah tidak sama dgn makhluknya... Tidak sama ciptaan makhluknya dan tiada daya makhluknya menggambarkan Allah..
Allah sudah berfirman.. penciptaan Yesus itu sama dgn penciptaan Adam.. tiada lebihnya sebagai makhluk..
Mukjizat diberikan Yesus cukup bagi pembuktian sekadar rasul.. tidak lebihnya taraf dengan Allah.. kerana tiada yang layak sebagai tuhan selain Allah..
FL berkata…
Tuhan Yesus tidak diciptakan. Dia adalah Alpha dan Omega. Dia adalah Firman Allah. Dia adalah Allah. Tidak ada yg namanya penciptaan Yesus.
FL berkata…
Tentu tidak terima. Nabi-nabi hanya datang dari bani israel karena keselamatan datang dari bangsa Israel
FL berkata…
Jelas jelas semua itu terlalu maksa
FL berkata…
Rasul Paulus mati membela iman, tidak spt nabi siapa itu yg matinya menggenaskan