Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Fakta segera - Antikristus

Antikristus adalah seseorang yang menentang Tuhan. Istilah ini digunakan untuk menggambarkan roh yang memberontak terhadap Tuhan, "..roh antikristus.." ( 1 Yoh 4:3 ) dan seseorang yang akan muncul pada masa akan datang dan dikenali sebagai manusia durhaka ( 2 Tes 2:3 ). Dia akan menentang Kristus ( 2 Tes 2:4 ). Digambarkan sebagai "binatang" dan akan muncul sebelum kedatangan kedua Kristus untuk berperang melawan Kristus dan umat-Nya ( Wahyu 13:4-8 ). Namun, dia akan dikalahkan oleh Kristus dan dibuang ke dalam 'lautan api' ( Wahyu 19:20; 20:10 ). ( sumber ) Rujukan tambahan: Quick Notes Bible Dictionary - Antikristus - Anti Kristus

Fakta segera - Injil

Injil adalah berita baik bahawa kita memperolehi pengampunan dosa melalui Yesus. Lebih spesifik, Injil dijelaskan oleh Rasul Paulus di dalam 1 Korintus 15:1-4, " 1 Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu.  2 Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita Baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu sia-sia.  3 Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab.  4 Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula. " ( terjemahan Alkitab B.M ) Injil datang daripada Tuhan ( Gal 1:10-12 ), Injil adalah kuasa penyelamatan Tuhan ( R

Fakta segera - Kanon

'Kanon' adalah istilah lain untuk merujuk kepada kitab-kitab Kristian. Kanon mengandungi 39 buah kitab Perjanjian Lama dan 27 buah kitab Perjanjian Baru, menjadikan 66 buah kitab di dalam Alkitab Protestan.  Semasa persidangan Trent, gereja Katolik Roma telah menambah kitab-kitab Apokripa ke dalam kanon Alkitab mereka, menjadikan jumlah kitab di dalam Alkitab Katolik Roma sebanyak 73 buah. Kanon telah ditutup, bererti tidak ada lagi wahyu yang menjadi sebahagian daripada Alkitab. ( sumber ) Rujukan tambahan - Kanon - Apa itu kanon Alkitab?

Fakta segera - Roh Kudus

Roh Kudus adalah Peribadi ketiga di dalam Triniti. Dia adalah Tuhan sepenuhnya. Dia dipanggil sebagai Tuhan ( Kis 5:3-4 ), mempunyai kehendak ( 1 Kor 12:11 ), boleh berbicara ( Kis 8:29; 13:2 ), dan mengetahui segala perkara ( Yoh 14:17 ). Dia bukan suatu "kuasa aktif" seperti yang diajarkan oleh Saksi Yehovah. Roh Kudus hidup dan adalah Tuhan sepenuhnya. Dia dipanggil sebagai Roh Tuhan ( Kej 1:2 ), Roh Kudus ( Mzm 51:11 ), Penolong ( Yoh 14:16, 26 ), dan Roh Kekal ( Ibr 9:14 ). Dia tahu segala perkara ( 1 Kor 2:10-11 ), Mahakuasa ( Lukas 1:35 ), dan ada di mana-mana ( Mzm 139:7-13 ). ( sumber ) Bacaan lanjut: - Roh Kudus - Roh Kudus adalah Tuhan - Roh Kudus adalah Peribadi - Roh Kudus yang mendiami - Pertanyaan-pertanyaan tentang Roh Kudus

Fakta segera - Anak Allah

Frasa "Anak Allah" adalah gelaran ke atas Yesus. Ia menunjukkan keTuhanan-Nya ( Yoh 5:18 ) kerana gelaran ini setara dengan Tuhan. Di dalam Perjanjian Lama, gelaran ini diberikan secara kiasan kepada Bangsa Israel ( Kel 4:22 ). Di dalam Perjanjian Baru, ia digunakan ke atas Kristus ( Lukas 1:35 ).  Gelaran ini mempunyai banyak aspek, contohnya: gelaran ini menunjukkan Dia perlu dihormati setara dengan Bapa ( Yoh 5:22-23 ). Di mana Dia perlu disembah ( Mat 2:2, 11; 14:33; Yoh 9:35-38; Ibr 1:6 ); dipanggil sebagai Tuhan ( Yoh 20:28; Kol 2:9; Ibr 1:8 ); dan berdoa kepada-Nya ( Kis 7:55-60; 1 Kor 1:1-2 ). ( Sumber )

Fakta segera - Allah Bapa

Di dalam doktrin Kristian tentang Triniti, terdapat Allah Bapa, Allah Anak, dan Allah Roh Kudus. Bapa dipanggil sebagai Peribadi pertama di dalam Triniti. Bapa yang telah mengutus Anak ( Yoh 4:34 ), yang memberikan orang yang dipilih kepada Anak ( Yoh 6:37 ), yang menarik orang kepada Anak ( Yoh 6:44 ), dan yang tidak dapat dilihat ( Yoh 6:46; 1 Tim 6:16 ). Kita dibaptis dalam konsep Triniti, dalam nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus ( Mat 28:19 ). Bapa dikatakan ada di syurga ( Markus 11:25 ). Doa ditujukan kepada Bapa ( Lukas 10:21; Yoh 17:1-12 ). ( sumber )

Fakta segera - Kristian

Perkataan Kristian berasal dari perkataan Greek, christianos  yang mana terbit dari perkataan christos  atau Kristus, yang bermaksud "dia yang diurapi". Maka, Kristian adalah seorang yang menjadi pengikut Kristus. Kali pertama perkataan "Kristian" digunakan di dalam Alkitab adalah pada Kisah Para Rasul 11:26, " Di Antiokhia, untuk kali pertama pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian. " Perkataan ini kemudian ditemui hanya dua kali lagi di dalam Alkitab iaitu di dalam Kisah Para Rasul 26:28 dan 1 Petrus 4:16 . Namun, adalah penting untuk diketahui, hanya Kristus yang sebenar menjadikan seseorang itu Kristian, bukan versi Mormon (yang mengatakan Yesus adalah saudara kepada si iblis), atau versi Saksi Yehovah (yang mengatakan Yesus adalah ketua malaikat bernama Mikhail), juga bukan versi New Age  (yang mengatakan Yesus adalah manusia yang menjadi sebati dengan kesedaran ilahi Kristus), dll. Kristus yang sebenar adalah Tuhan yang menjadi

Fakta segera - Inkarnasi

Inkarnasi bererti menjadi manusia. Inkarnasi Yesus adalah apabila sifat kemanusiaan (Yesus dalam keadaan manusia) ditambahkan ke dalam sifat Tuhan iaitu Peribadi kedua Triniti. Ia adalah ketika Tuhan menjadi manusia ( Yoh 1:1, 14; Flp 2:5-8 ). Ia adalah tindakan sukarela Yesus untuk merendahkan diri-Nya supaya Dia boleh mati untuk menebus kita dari dosa kita ( 1 Ptr 3:18 ). Maka, Yesus mempunyai dua sifat: Ilahi dan manusiawi. Hal ini dinamakan sebagai Kesatuan Hipostatik. Doktrin tersebut adalah sangat penting bagi Kristian. Melaluinya, kita dapat memahami sifat sebenar Tuhan, penebusan, pengampunan, kasih karunia, dll. Hanya Tuhan yang dapat membayar harga dosa. Oleh itu, Tuhan menjadi manusia ( Yoh 1:1, 14 ) untuk mati bagi dosa-dosa kita ( 1 Ptr 2:24 ) yang dipanggil sebagai penebusan. Melalui Yesus, dosa-dosa kita diampunkan. Memandangkan kita diselamatkan melalui kasih karunia dengan iman ( Ef 2:8-9 ), maka adalah penting untuk objek iman kita tepat. Doktrin inkarnasi memb

Fakta segera - Kesatuan Hipostatik

Ini adalah penyatuan kepada dua sifat (keTuhanan dan kemanusiaan) di dalam diri Yesus. Yesus adalah Tuhan yang menjadi manusia ( Yoh 1:1, 14; 10:30-38; 20:28; Flp 2:5-8; Ibr 1:8 ). Dia sepenuhnya Tuhan dan sepenuhnya manusia ( Kol 2:9 ); maka, Dia mempunyai dua sifat : Tuhan dan manusia. Dia bukanlah separuh Tuhan, separuh manusia. Dia 100% Tuhan dan 100% manusia. Dia tidak pernah kehilangan keTuhanan-Nya. Dia kekal wujud sebagai Tuhan ketika Dia menjadi manusia dan menambahkan sifat kemanusiaan kepada diri-Nya ( Flp 2:5-11 ). Maka, terdapat "suatu kesatuan di antara kemanusiaan sepenuhnya dan keTuhanan sepenuhnya di dalam satu peribadi". Di syurga sekarang ini, ada Yesus, dengan tubuh, yang menjadi Pengantara di antara kita dan Allah Bapa ( 1 Tim 2:5 ). (Untuk maklumat berkaitan dengan Yesus dan kedua-dua sifatNya, lihat inkarnasi , dan salah faham tentang sifat-Nya yang dinamakan sebagai Eutychianism, Monophycitism, dan Nestorianism.) Yesus sebagai Tuhan Yesus

Fakta segera - Apokripa

Perkataan Apokripa bermaksud tersembunyi . Istilah ini digunakan secara umum untuk merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh orang Yahudi sekitar tahun 300 hingga tahun 100 sebelum masihi. Lebih spesifik, istilah ini digunakan untuk merujuk 7 kitab tambahan yang diterima oleh gereja Katolik sebagai diilhamkan oleh Tuhan. Senarai keseluruhan kitab-kitab apokripa ini adalah berikut: 1 Ezra, 2 Ezra, Tobit, Yudit, tambahan kitab Ester, Kebijaksanaan Salomo, Sirakh (juga dinamakan Eklesiastikus), Barukh, tambahan Surat Yeremia, Nyanyian Tiga Anak Suci, Susana, Patung Dewa Baal dan Naga, tambahan kitab Daniel, Doa Manasye, dan 1 & 2 Makabe. Kitab yang diterima dan dianggap sebagai diilhamkan Tuhan dan dimasukkan ke dalam Alkitab Katolik adalah Tobit, Yudit, 1 dan 2 Makabe, Kebijaksanaan Salomo, Sirakh, dan Barukh. Pihak Yahudi tidak pernah menerima kitab-kitab ini sebagai diilhamkan Tuhan. Tidak ada sebarang catatan rekod di mana Yesus atau para Rasul memetik ayat dari

Sifat Tuhan: Argumen Muslim, Kristian Menjawab - 3

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Argumen Muslim: Jika Perjanjian Lama ada mengajar tentang kesatuan di dalam Tuhan, mengapa orang-orang Yahudi yang telah menyelidiki tentang semua ini tidak pernah sampai kepada kesimpulan bahawa Tuhan adalah Triniti? Kristian Menjawab:

Sifat Tuhan: Argumen Muslim, Kristian Menjawab - 2

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Argumen Muslim: Perjanjian Baru bercanggah dengan Perjanjian Lama, memandangkan di dalam Perjanjian Lama tidak ada disebut tentang Peribadi Tuhan yang lebih dari satu. Kristian Menjawab:

Dialog bertulis Kristian-Muslim: Triniti

Ini merupakan post khusus untuk sebuah dialog di antara saya (Tiwas) dan juga  Srsaza . untuk memperkatakan topik berikut: Topik yang akan diperkatakan adalah:  Triniti . - Srsaza  Anda yang berminat akan mempertahankan posisi: " Konsep Triniti tiada di dalam Alkitab ". - Saya akan mempertahankan posisi: " Konsep Triniti ada di dalam Alkitab ". Perhatian! - Ruangan komen hanya terbuka untuk saya dan  Srsaza . - Jika ada orang lain selain saya atau  Srsaza  mencelah dan memberikan komen di dalam post ini, saya akan memadam komen tersebut walaupun komen yang diberikan mungkin bernas dan panjang. - Maka, saya memohon kerjasama anda (pembaca) dalam hal ini. - Setelah sesi dialog ini selesai, saya akan memaparkan semula hujah-hujah yang diberikan di dalam sebuah post baru. - Di dalam post baru ini, barulah ruangan komen dibuka untuk semua. Format Dialog ini adalah seperti berikut: 1. Hujah Pembukaan. - Saya dan  Srsaza  akan memberikan

Sifat Tuhan: Argumen Muslim, Kristian Menjawab -1

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Argumen Muslim: Kristian percaya bahawa Tuhan adalah Triniti. Namun, kita tidak menemui Triniti diajarkan di dalam Alkitab. Kesaksian jelas Alkitabiah adalah Tuhan itu Esa, bukan lebih dari satu (contoh: Ulangan 4:35, 39; 6:4; Mazmur 86:10; Yesaya 43:10; 44:6, 8; 45:5-6, 18, 21-22; 46:9). Kristian Menjawab:

Paul Copan: tentang bagaimana membezakan pengalaman keagamaan yang benar dan palsu

Paul Copan Poin-poin berikut boleh dijadikan sebagai rujukan. Pengalaman yang benar-benar daripada Tuhan tidak akan menjadi dasar kepada suatu perbuatan yang tidak bermoral atau gaya hidup yang merosakkan diri sendiri : Guru dari India, Bhagwan Shree Rajneesh mendakwa bahawa hubungan seksual yang diizinkan membawa pencerahan rohani. Tidak, hal itu bukan daripada Tuhan, yang mana adalah baik dan layak untuk disembah. Kesan jangka panjang pengalaman yang dialami adalah baik untuk peribadi yang mengalaminya . Pengalaman keagamaan yang benar, walaupun pada mulanya menyusahkan, tidak sepatutnya membawa kepada ketidakstabilan atau gangguan mental, tetapi kesempurnaan yang lebih baik . Kesan yang timbul adalah baik untuk orang lain . Adakah pengalaman (keagamaan) seseorang itu membentuk suatu roh yang penuh kasih dan sedia berkorban--atau mementingkan diri sendiri dan sikap suka menyendiri? Jika pengalaman "keagamaan" tersebut bersifat tidak konsisten atau menyangka