Langkau ke kandungan utama

Paul Copan: tentang bagaimana membezakan pengalaman keagamaan yang benar dan palsu

Paul Copan
Poin-poin berikut boleh dijadikan sebagai rujukan.

  • Pengalaman yang benar-benar daripada Tuhan tidak akan menjadi dasar kepada suatu perbuatan yang tidak bermoral atau gaya hidup yang merosakkan diri sendiri: Guru dari India, Bhagwan Shree Rajneesh mendakwa bahawa hubungan seksual yang diizinkan membawa pencerahan rohani. Tidak, hal itu bukan daripada Tuhan, yang mana adalah baik dan layak untuk disembah.
  • Kesan jangka panjang pengalaman yang dialami adalah baik untuk peribadi yang mengalaminya. Pengalaman keagamaan yang benar, walaupun pada mulanya menyusahkan, tidak sepatutnya membawa kepada ketidakstabilan atau gangguan mental, tetapi kesempurnaan yang lebih baik.
  • Kesan yang timbul adalah baik untuk orang lain. Adakah pengalaman (keagamaan) seseorang itu membentuk suatu roh yang penuh kasih dan sedia berkorban--atau mementingkan diri sendiri dan sikap suka menyendiri?
  • Jika pengalaman "keagamaan" tersebut bersifat tidak konsisten atau menyangkal diri sendiri (seperti penganut Buddha yang mengalami ketiadaan diri sendiri), maka objek keagamaan tersebut tidak wujud.
  • Jika kepercayaan Kristian adalah benar, maka pengalaman keagamaan yang dialami, jika difahami dengan baik, akan sepadan dengan Kitab Suci.

Dipetik dan diterjemahkan dari buku When God Goes To Starbucks, m/s 70.

Ulasan