Perkataan Apokripa bermaksud tersembunyi. Istilah ini digunakan secara umum untuk merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh orang Yahudi sekitar tahun 300 hingga tahun 100 sebelum masihi. Lebih spesifik, istilah ini digunakan untuk merujuk 7 kitab tambahan yang diterima oleh gereja Katolik sebagai diilhamkan oleh Tuhan.
Senarai keseluruhan kitab-kitab apokripa ini adalah berikut: 1 Ezra, 2 Ezra, Tobit, Yudit, tambahan kitab Ester, Kebijaksanaan Salomo, Sirakh (juga dinamakan Eklesiastikus), Barukh, tambahan Surat Yeremia, Nyanyian Tiga Anak Suci, Susana, Patung Dewa Baal dan Naga, tambahan kitab Daniel, Doa Manasye, dan 1 & 2 Makabe.
Kitab yang diterima dan dianggap sebagai diilhamkan Tuhan dan dimasukkan ke dalam Alkitab Katolik adalah Tobit, Yudit, 1 dan 2 Makabe, Kebijaksanaan Salomo, Sirakh, dan Barukh.
Pihak Yahudi tidak pernah menerima kitab-kitab ini sebagai diilhamkan Tuhan. Tidak ada sebarang catatan rekod di mana Yesus atau para Rasul memetik ayat dari kitab-kitab apokripa ini. Kitab Septuagint (LXX) memasukkan kitab-kitab ini, bukan sebagai Firman, tetapi sebagai sebahagian daripada terjemahan keseluruhan manuskrip bahasa Ibrani.
(Sumber)
Ulasan