Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Anak Allah

Frasa "Anak Allah" adalah gelaran ke atas Yesus. Ia menunjukkan keTuhanan-Nya (Yoh 5:18) kerana gelaran ini setara dengan Tuhan. Di dalam Perjanjian Lama, gelaran ini diberikan secara kiasan kepada Bangsa Israel (Kel 4:22). Di dalam Perjanjian Baru, ia digunakan ke atas Kristus (Lukas 1:35). 

Gelaran ini mempunyai banyak aspek, contohnya: gelaran ini menunjukkan Dia perlu dihormati setara dengan Bapa (Yoh 5:22-23). Di mana Dia perlu disembah (Mat 2:2, 11; 14:33; Yoh 9:35-38; Ibr 1:6); dipanggil sebagai Tuhan (Yoh 20:28; Kol 2:9; Ibr 1:8); dan berdoa kepada-Nya (Kis 7:55-60; 1 Kor 1:1-2).

Ulasan