Di dalam doktrin Kristian tentang Triniti, terdapat Allah Bapa, Allah Anak, dan Allah Roh Kudus. Bapa dipanggil sebagai Peribadi pertama di dalam Triniti. Bapa yang telah mengutus Anak (Yoh 4:34), yang memberikan orang yang dipilih kepada Anak (Yoh 6:37), yang menarik orang kepada Anak (Yoh 6:44), dan yang tidak dapat dilihat (Yoh 6:46; 1 Tim 6:16).
Kita dibaptis dalam konsep Triniti, dalam nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus (Mat 28:19). Bapa dikatakan ada di syurga (Markus 11:25). Doa ditujukan kepada Bapa (Lukas 10:21; Yoh 17:1-12).
Ulasan