Injil adalah berita baik bahawa kita memperolehi pengampunan dosa melalui Yesus. Lebih spesifik, Injil dijelaskan oleh Rasul Paulus di dalam 1 Korintus 15:1-4, "1Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu. 2Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita Baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu sia-sia. 3Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. 4Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula." (terjemahan Alkitab B.M)
Injil datang daripada Tuhan (Gal 1:10-12), Injil adalah kuasa penyelamatan Tuhan (Roma 1:16), suatu rahsia (Efesus 6:19), sumber pengharapan (Kol 1:23), iman (Kis 15:9), hidup (2 Kor 4:14), dan damai (Efesus 6:15).
Maka, keselamatan ada di dalam Injil. Dengan kata lain, apabila kita percaya kepada apa yang telah Kristus lakukan di dalam dunia (iaitu hidup dengan sempurna), menanggung dosa-dosa kita melalui tubuh-Nya di kayu salib (1 Petrus 2:24), dan mati bersama-sama dengan dosa-dosa tersebut untuk membayar harga penebusan kita (Kis 20:28; Kol 2:14) menurut hukum Taurat, maka kita akan diselamatkan daripada penghakiman Tuhan yang Mahaadil. Kita dilayakkan di hadapan Tuhan melalui pengorbanan Yesus di kayu salib.
(sumber)
Rujukan tambahan
Ulasan