Artikel ini diterjemahkan dari laman web Apologetic.org dan boleh dibaca di sini.
Pendekatan Fakta-fakta minimal
Pendekatan fakta minimal adalah kaedah membuktikan kebangkitan Kristus dengan hanya menggunakan fakta sejarah yang minimal. Fakta minimal adalah fakta yang memenuhi dua kriteria berikut:- Ia disokong dengan bukti yang baik.
- 95%-100% ahli sarjana (termasuk yang skeptikal) menerimanya.
Semasa artikel ini ditulis, Gary Habermas telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk meneliti lebih 2400 sumber dalam bahasa Perancis, Inggeris dan Jerman. Nilai 95%-100% bukan dibuat-buat atau anggaran kasar, tetapi dihitung dan dikira satu demi satu daripada 2400 sumber akademik sarjana tersebut. Dalam kata lain, 95%-100% sarjana benar-benar bersetuju dengan fakta-fakta minimal ini.
Tujuannya adalah untuk membina kes tanpa perlu memberikan argumentasi berdasarkan ineransi Alkitab. Lagipun, adalah tidak bijak untuk menganggap mereka yang tidak percaya akan menerima Alkitab sebagai diinspirasikan atau benar. Walaupun masih ada lebih banyak bukti, pendekatan fakta minimal menggunakan apa yang hanya diterima termasuk oleh ahli sarjana yang skeptikal, maka ia mengelakkan argumentasi tentang kesahihan bukti itu sendiri tetapi ke arah membentuk kesimpulan paling sesuai untuk menjelaskan data yang sudah dipersetujui tersebut. Data minimal yang dipersetujui bersama ini adalah:
[2] Penyaliban dirujuk sebagai digantung pada pokok, seperti di dalam Luk 23:39 dan Gal 3:13.
Murid-muridNya mendakwa Yesus menampakkan diriNya kepada mereka
Paulus merekodkan, bukan sekadar pengalaman peribadinya (akan dijelaskan), para rasul yang lain bersetuju dengan pengajarannya bahawa Kristus bangkit, seterusnya memperlihatkan diriNya kepada mereka semua.
Tradisi lisan mengikat peristiwa kebangkitan dan penampakkan kepada gereja awal. Catatan dokumen perlu dibuat dan disalin dengan tangan, yang mana ia kerja yang membosankan dan hanya akan dapat mencapai sedikit orang (memandangkan kebanyakkan orang tidak tahu membaca), maka tradisi lisan diturunkan untuk mengajar orang lain. Apabila tradisi lisan direkodkan, ia membuktikan bahawa tradisi lisan tersebut telah pun wujud sebelum ia dicatatkan. Ingat hal ini.
Salah satu jenis tradisi lisan adalah pernyataan iman. Pernyataan iman diturunkan dengan cara yang senang untuk mengingat maklumat penting yang terdapat di dalamnya. Salah satu pernyataan iman terpenting dan terawal Kristian ada direkodkan di dalam surat Paulus yang ditulis sekitar tahun 55 A.D:

- Yesus mati melalui penyaliban.
- Pengikut-pengikut Yesus percaya Dia telah bangkit dan menampakkan diriNya kepada mereka.
- Paulus si penindas berubah secara mendadak.
- Yakobus, saudara Yesus yang tidak percaya, berubah secara mendadak.
- Kubur tersebut kosong.[1]
Alkitab boleh diperiksa dan diteliti sama seperti mana-mana dokumen sejarah yang lain, dan dakwaannya boleh dinilai. Beberapa bahagian di dalam Alkitab boleh dirujuk berdasarkan sejarah yang diterima oleh hampir semua sarjana, tanpa sebarang dakwaan ineransi atau inspirasi.
Yesus mati melalui penyaliban
Peristiwa penyaliban ini dicatatkan di dalam keempat-empat kitab Injil. Sumber bukan Kristian juga melaporkan fakta ini.
Apabila Pilatus mendengar dakwaan terhadapNya oleh pemimpin-pemimpin di kalangan kita, telah menjatuhkan hukuman salib ke atasNya...
Josephus, Antiquities 18.64 (,49)
Nero dengan sengaja telah menuduhkan kesalahan itu [iaitu membakar kota Rom] lalu melakukan penyeksaan yang sangat berat terhadap sebuah kumpulan yang dibenci kerana kepercayaan mereka, dipanggil sebagai Kristian oleh orang ramai. Kristus, iaitu asal kepada nama kumpulan ini, telah mengalami hukuman yang sangat berat semasa pemerintahan Tiberius di tangan salah seorang dari prakurator kami, Pontius Pilatus.
Tacitus, Annals 15.44 (,49)
Anda tahu, orang-orang Kristian itu, menyembah seorang lelaki sehingga hari ini--peribadi terhormat yang telah memperkenalkan upacara aneh mereka, dan telah disalibkan oleh kerana hal tersebut.
Lucian of Samosata, The Death of Peregrine 11-13 (,49)
Atau [apa faedahnya bagi] Yahudi dengan membunuh Raja mereka yang Bijaksana, walaupun melihat pada waktu itu kerajaan mereka sendiri telah diambil daripada mereka?
Mara Bar-Serapion, letter to son from prison (,49)
Menjelang Paskah, Yeshu telah digantung [2].Malah sarjana yang sangat kritikal dari kumpulan Jesus Seminar mengatakan:
Talmud, Sanhedrin 43a (,49)
Peristiwa Dia disalibkan adalah sejarah yang sangat pasti.[1] Kubur yang kosong tidak memenuhi kriteria kedua untuk dipanggil sebagai "fakta minimal" (iaitu hampir semua ahli sarjana menerimanya). Namun, Gary Habermas mendapati sekitar 75% ahli sarjana menerima kubur yang kosong (Habermas and Licona, The Case for the Resurrection of Jesus, p70). Atas sebab ini, kubur yang kosong akan dimasukkan ke dalam perbincangan ini, namun saya tidak akan berargumentasi dengan skeptik yang memilih untuk membuang bukti ini dan hanya mahu memeriksa fakta minimal yang muktamad.
John Dominic Crossan, Jesus: A Revolutionary Biography, 145 (lihat juga 154, 196, 201) (,49)
[2] Penyaliban dirujuk sebagai digantung pada pokok, seperti di dalam Luk 23:39 dan Gal 3:13.
Murid-muridNya mendakwa Yesus menampakkan diriNya kepada mereka
Paulus merekodkan, bukan sekadar pengalaman peribadinya (akan dijelaskan), para rasul yang lain bersetuju dengan pengajarannya bahawa Kristus bangkit, seterusnya memperlihatkan diriNya kepada mereka semua.
Tradisi lisan mengikat peristiwa kebangkitan dan penampakkan kepada gereja awal. Catatan dokumen perlu dibuat dan disalin dengan tangan, yang mana ia kerja yang membosankan dan hanya akan dapat mencapai sedikit orang (memandangkan kebanyakkan orang tidak tahu membaca), maka tradisi lisan diturunkan untuk mengajar orang lain. Apabila tradisi lisan direkodkan, ia membuktikan bahawa tradisi lisan tersebut telah pun wujud sebelum ia dicatatkan. Ingat hal ini.
Salah satu jenis tradisi lisan adalah pernyataan iman. Pernyataan iman diturunkan dengan cara yang senang untuk mengingat maklumat penting yang terdapat di dalamnya. Salah satu pernyataan iman terpenting dan terawal Kristian ada direkodkan di dalam surat Paulus yang ditulis sekitar tahun 55 A.D:
3 Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. 4 Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula. 5 Setelah itu Dia menampakkan diri kepada Petrus, dan kemudian kepada dua belas orang rasul.
1 Kor 15:3-5
Frasa "Apa yang aku sampaikan kepada kamu...apa yang sudah aku terima" adalah cara untuk mengetahui tradisi lisan. Memandangkan orang-orang Kristian yang pertama adalah Yahudi, maka adalah dalam jangkaan kita jika pernyataan iman tersebut disampaikan dalam bahasa utama mereka iaitu Aramaic. Penggunaan empat kali perkataan Greek hoti ("bahawa") biasa ditemui di dalam penceritaan dalam bahasa Aramaic, dan nama Cephas adalah nama Aramaic "Petrus". Teks ini menggunakan parallelism. Dan yang terakhir, teks ini menggunakan istilah yang tidak biasa digunakan oleh Paulus, menunjukkan yang ia memang berasal dari orang lain, seperti yang diakui oleh Paulus (Habermas dan Licona, 259-260). Kebanyakan sarjana percaya Paulus menerima pernyataan iman tersebut daripada Petrus dan Yakobus tidak lebih dari 3 tahun selepas pertaubatannya, meletakkan asal pernyataan iman ini tidak lebih dari 5 tahun selepas peristiwa kematian Kristus.
Satu lagi jenis tradisi lisan adalah ringkasan khotbah. Kebanyakan sarjana percaya khotbah-khotbah yang direkodkan di dalam kitab Kisah Para Rasul adalah ringkasan dari khotbah yang telah disampaikan. Mereka juga percaya, bahawa khotbah-khotbah ini dikhotbahkan semasa kehidupan para rasul, dikaitkan dengan para rasul, dan menyokong apa yang diajarkan oleh para rasul tersebut. Kepercayaan para rasul bahawa Kristus telah bangkit dan menampakkan diriNya kepada mereka telah direkodkan di dalam keempat kitab Injil dan kitab Kisah Para Rasul. Malah, sarjana yang kritikal juga bersetuju bahawa penulisan-penulisan ini telah selesai pada penghujung abad pertama, memberikan tarikh kepada catatan-catatan ini tidak lebih dari 70 tahun selepas kematian Kristus.
Testimoni daripada bapa-bapa gereja awal juga bersetuju bahawa para rasul mendakwa telah melihat sendiri Kristus yang telah bangkit. Dalam banyak kes, bapa-bapa gereja awal ini kenal dengan para rasul tersebut, atau kenal seseorang yang rapat dengan mereka. Di dalam Filipi 4:3, Paulus merujuk kepada seorang Kristian yang bernama Clement. Ini mungkin Clement, bishop di Rom. Sekitar tahun 95 A.D, Clement menulis surat kepada gereja di Korintus.
Para muridNya sangat percaya bahawa Kristus telah menampakkan diriNya kepada mereka sehingga mereka berubah serta merta dari penakut yang lari menyelamat diri kepada, dan orang yang meragui Kristus, menjadi orang yang sepenuhnya percaya kepada Kristus, sanggup hidup, menderita dan mati kerana Injil dari Kristus yang mereka percayai telah menampakkan diriNya kepada mereka selepas kematianNya.
Paulus si penindas menjadi percaya secara mendadak
Paulus adalah seorang yang berkuasa dan penindas gereja awal yang dikenali ramai. Namun, dia tiba-tiba memeluk kepercayaan Kristianiti. Malah, dalam masa 3 tahun selepas pertaubatannya, mereka yang belum pernah bertemu dengan Paulus juga telah mendengar tentang pertaubatan yang luar biasa ini.
Yakobus, saudara Yesus yang skeptikal, menjadi percaya secara mendadak
Josephus menyebut "saudara Yesus yang dipanggil Kristus, namanya ialah Yakobus" (Antiquities 20:200). Para skeptik sering mempertikaikan penulisan Josephus bahawa ia telah dibuktikan sebagai bersifat tidak benar. Walaupun beberapa dari penulisannya (terutamanya Testimonium Flavianum) telah ditunjukkan sebagai teks yang telah diubah, penulisan khususnya hal ini dianggap sebagai asli oleh hampir semua sarjana, maka, ia dimasukkan ke dalam senarai fakta minimal. Namun, masih ada banyak bukti lain, dari sumber sekuler dan Kristian, yang memberitahu kita tentang Yakobus, saudara Kristus.
Kubur tersebut kosong
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, fakta ini tidak termasuk di dalam "fakta minimal", kerana bukan "hampir semua" sarjana bersetuju dengannya. Namun, majoriti sarjana bersetuju (kira-kira 75%) dan ia disokong dengan bukti yang baik.
Pengesahan daripada musuh
Kubur yang kosong itu juga diakui oleh musuh-musuh Kristianiti. Matius merekodkan bahawa pihak Yahudi membayar beberapa orang untuk mengatakan bahawa para murid telah mencuri mayat tersebut (Mat 28:12-13). Justin Martyr dan Tertullian juga merekodkan perkara yang sama. Jika kubur tersebut tidak kosong, hal tersebut tidak perlu dilakukan. Namun, dalam usaha mereka untuk menidakkan kebangkitan, musuh Kristianiti ini sebenarnya cuba menjelaskan kubur yang kosong.
Lokasinya di Yerusalem
Yerusalem adalah tempat di mana Yesus dihukum secara terbuka melalui penyaliban Rom. Ia adalah tempat Dia dikuburkan, dan tempat di mana kebangkitanNya pertama kali diisytiharkan. Jika kebangkitan tersebut adalah palsu, sudah tentu akan ada bukti tentangnya -- mungkin, mayat akan ditunjukkan, dan ia akan direkodkan. Gereja awal bermula secara mendadak di Yerusalem. Jika ada yang mahu mengatahui sama ada Yesus telah bangkit atau tidak, dia hanya perlu melawat kubur tersebut yang mana dikatakan sebagai kosong. Namun, tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan terdapat sebab untuk meragui kebangkitan Yesus.
Yang pertama menyaksikan kubur yang kosong tersebut adalah wanita, seperti yang direkodkan di dalam keempat-empat kitab Injil (hanya dua kitab yang menyebut tentang lelaki). Jika kebangkitan tersebut hanyalah penipuan, adalah tidak mungkin testimoni yang dibuat-buat itu akan memasukkan wanita, dan pastinya mereka bukan sebagai saksi utama kepada kubur yang kosong kerana wanita dipandang rendah oleh budaya pada zaman tersebut.
Kesimpulan
Fakta-fakta minimal, seperti yang diterima oleh hampir semua sarjana, adalah fakta dan bukti berikut:

Clement dipilih menjadi bishop. Lelaki ini, telah melihat sendiri para rasul yang diberkati, dan telah berbicara dengan mereka, dia boleh dikatakan masih memiliki pengajaran daripada para rasul, dan melihat tradisi mereka dengan matanya sendiri. Dia juga tidak berseorangan, kerana ramai yang lain dan masih hidup ketika ini juga telah menerima pengajaran daripada para rasul. Pada zaman kehidupan Clement ini, banyak fitnah telah timbul ke atas saudara-saudara di Korintus, gereja di Rom menghantar surat yang berkuasa kepada mereka di Korintus.
Irenaeus, Against Heresies, 3.3.3 ~ 185 A.D (,54)
Demikianlah caranya gereja-gereja apostolik meneruskan daftarnya: Seperti gereja di Smyrna, yang merekodkan bahawa Polycarp diletakkan di sana oleh Yohanes; seperti gereja di Rom, yang mana Clement ditahbiskan dengan cara yang sama oleh Petrus.
Tertullian, The Prescription Againste Heretics, 32 (,54)
Oleh itu, dengan menerima arahan dan keyakinan penuh yang disebabkan oleh kebangkitan Tuhan kita Yesus Kristus serta percaya kepada Firman Tuhan, mereka menurut kepastian yang diberikan Roh Kudus, memberitakan khabar baik bahawa kerajaan Tuhan hampir tiba.Clement kenal para rasul tersebut, terutamanya Petrus, dan dia berada di posisi yang sangat baik untuk menurunkan pengajaran mereka. Dia memberitahu kita bahawa para rasul memang percaya kepada kebangkitan.
First Clement, 42:3 (,54)
Tetapi Polycarp bukan sahaja menerima pengajaran daripada para rasul, dan berbicara dengan mereka yang telah melihat Kristus, tetapi juga dilantik menjadi bishop gereja di Smyrna, yang mana juga telah saya temui ketika saya masih muda, kerana dia hidup (di dunia) agak lama, dan, apabila telah sangat tua, telah mati di dalam iman dengan penuh kemuliaan, meninggalkan hidup ini, dengan sentiasa mengajar perkara yang telah dipelajarinya daripada para rasul.
Iranaeus, Against Heresies, 3.3.4 (,54)
Ketika saya masih muda, saya telah melihat anda bersama dengan Polycarp, ketika anda mempunyai status yang tinggi di dalam mahkamah imperial dan mahu mengambil hatinya. Saya lebih mengingati peristiwa yang berlaku ketika itu berbanding apa yang baru terjadi ketika ini...sehingga saya dapat menggambarkan tempat di mana Polycarp yang diberkati itu duduk dan berbicara, kedatangan dan pemergiannya, sifatnya, sifat luarannya, percakapannya dengan orang ramai, dan bagaimana dia melaporkan perbincangannya dengan Yohanes dan yang lain yang mana telah melihat Tuhan. Dia mengulang semula perkataan mereka, apa yang mereka laporkan tentang Tuhan serta mukjizat dan pengajaranNya -- perkara yang didengar terus oleh Polycarp daripada mereka yang telah menyaksikan Firman yang hidup dan dilaporkan sepadan dengan Kitab Suci.Maka, Polycarp, dilantik oleh rasul Yohanes (menurut Tertullian), juga mengesahkan kepercayaan para rasul terhadap kebangkitan.
Irenaeus, To Florinus, (,54-55)
Para muridNya sangat percaya bahawa Kristus telah menampakkan diriNya kepada mereka sehingga mereka berubah serta merta dari penakut yang lari menyelamat diri kepada, dan orang yang meragui Kristus, menjadi orang yang sepenuhnya percaya kepada Kristus, sanggup hidup, menderita dan mati kerana Injil dari Kristus yang mereka percayai telah menampakkan diriNya kepada mereka selepas kematianNya.
Paulus si penindas menjadi percaya secara mendadak
Paulus adalah seorang yang berkuasa dan penindas gereja awal yang dikenali ramai. Namun, dia tiba-tiba memeluk kepercayaan Kristianiti. Malah, dalam masa 3 tahun selepas pertaubatannya, mereka yang belum pernah bertemu dengan Paulus juga telah mendengar tentang pertaubatan yang luar biasa ini.
22 Pada masa itu anggota jemaah Kristian di negeri Yudea tidak begitu mengenal aku. 23 Mereka hanya mendengar orang berkata, "Orang yang dahulu menganiaya kami, sekarang mengkhabarkan kepercayaan yang dahulu mahu dimusnahkannya."Paulus bertaubat bukan dari seorang pemerhati berkecuali, tetapi musuh kepada Kristus. Lebih dari itu, pertaubatannya bukan disebabkan oleh sahabat-sahabatnya yang cuba meyakinkannya tentang Kristianiti, tetapi melalui apa yang dipercayainya sebagai pertemuan secara peribadi dengan Kristus yang telah bangkit.
Gal 1:22-23
Yakobus, saudara Yesus yang skeptikal, menjadi percaya secara mendadak
Josephus menyebut "saudara Yesus yang dipanggil Kristus, namanya ialah Yakobus" (Antiquities 20:200). Para skeptik sering mempertikaikan penulisan Josephus bahawa ia telah dibuktikan sebagai bersifat tidak benar. Walaupun beberapa dari penulisannya (terutamanya Testimonium Flavianum) telah ditunjukkan sebagai teks yang telah diubah, penulisan khususnya hal ini dianggap sebagai asli oleh hampir semua sarjana, maka, ia dimasukkan ke dalam senarai fakta minimal. Namun, masih ada banyak bukti lain, dari sumber sekuler dan Kristian, yang memberitahu kita tentang Yakobus, saudara Kristus.
Yakobus, saudara Tuhan kita, meneruskan pentadbiran Gereja bersama-sama dengan para rasul. Dia telah digelar sebagai Adil oleh semua orang sejak zaman kehidupan Penyelamat kita hingga saat ini; kerana terdapat ramai orang dengan nama Yakobus. Dia adalah suci dari rahim ibunya; dan dia tidak minum wain atau minuman keras, juga tidak memakan daging. Dia tidak mencukur kepalanya; dia tidak mengurapi dirinya sendiri dengan minyak, dan dia tidak menggunakan tempat mandi [awam]. Hanya dia yang dibenarkan untuk memasuki tempat yang suci, kerana dia tidak memakai pakaian dari bulu tetapi linen. Dia sering masuk ke dalam rumah ibadat seorang diri, dan selalu didapati sedang berlutut memohon pengampunan untuk orang lain, sehingga kulit lututnya menjadi keras seperti kulit unta, akibat sering berlutut semasa menyembah Tuhan, dan memohon pengampunan untuk orang lain. Kerana kesaksamaannya dia digelar Adil, dan Oblias, dalam bahasa Greek yang bermaksud, "Benteng orang ramai" dan "Keadilan", sesuai dengan apa yang telah dinyatakan oleh para nabi tentangnya.Yakobus adalah seorang Yahudi yang alim, tidak percaya kepada Kristus, sama seperti saudara-saudara Yesus yang lain. Dia termasuk di dalam senarai pernyataan iman kuno yang dicatatkan pada 1 Korintus 15:2-7 sebagai telah menyaksikan Kristus yang sudah bangkit, dan selepas peristiwa kebangkitan tersebut Yakobus telah menjadi seorang pemimpin gereja di Yerusalem. Dia sangat yakin dengan pengalamannya sehingga dia sanggup mati kerana imannya, dan fakta ini diakui oleh penulis sejarah sekuler seperti Josephus, Clement, and Hegesippus (melalui Eusebius). Reginal Fuller menulis di dalam buku The Formation of the Resurrection Narrative bahawa, walaupun kita tidak mempunyai rekod sejarah tentang bagaimana Yakobus bertemu dengan Kristus yang telah bangkit, "kita patut mencipta satu" untuk menjelaskan pertaubatannya dan bagaimana dia mendapat posisi tersebut di gereja Yerusalem.
Hegesippus (,67-68)
Kubur tersebut kosong
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, fakta ini tidak termasuk di dalam "fakta minimal", kerana bukan "hampir semua" sarjana bersetuju dengannya. Namun, majoriti sarjana bersetuju (kira-kira 75%) dan ia disokong dengan bukti yang baik.
Pengesahan daripada musuh
Kubur yang kosong itu juga diakui oleh musuh-musuh Kristianiti. Matius merekodkan bahawa pihak Yahudi membayar beberapa orang untuk mengatakan bahawa para murid telah mencuri mayat tersebut (Mat 28:12-13). Justin Martyr dan Tertullian juga merekodkan perkara yang sama. Jika kubur tersebut tidak kosong, hal tersebut tidak perlu dilakukan. Namun, dalam usaha mereka untuk menidakkan kebangkitan, musuh Kristianiti ini sebenarnya cuba menjelaskan kubur yang kosong.
Lokasinya di Yerusalem
Yerusalem adalah tempat di mana Yesus dihukum secara terbuka melalui penyaliban Rom. Ia adalah tempat Dia dikuburkan, dan tempat di mana kebangkitanNya pertama kali diisytiharkan. Jika kebangkitan tersebut adalah palsu, sudah tentu akan ada bukti tentangnya -- mungkin, mayat akan ditunjukkan, dan ia akan direkodkan. Gereja awal bermula secara mendadak di Yerusalem. Jika ada yang mahu mengatahui sama ada Yesus telah bangkit atau tidak, dia hanya perlu melawat kubur tersebut yang mana dikatakan sebagai kosong. Namun, tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan terdapat sebab untuk meragui kebangkitan Yesus.
Fakta bahawa perkumpulan Kristian, yang mana terbentuk atas dasar kepercayaan bahawa Yesus telah bangkit, wujud dan berkembang di kota yang mana juga adalah tempat Dia dihukum dan dikuburkan adalah bukti yang sangat kukuh kepada ketepatan sejarah untuk kubur yang kosong tersebut.
Adalah mustahil untuk murid-muridNya mengisytiharkan kebangkitan tersebut di Yerusalem jika kubur tersebut tidak kosong.Kesaksian daripada wanita
William Lane Craig
Yang pertama menyaksikan kubur yang kosong tersebut adalah wanita, seperti yang direkodkan di dalam keempat-empat kitab Injil (hanya dua kitab yang menyebut tentang lelaki). Jika kebangkitan tersebut hanyalah penipuan, adalah tidak mungkin testimoni yang dibuat-buat itu akan memasukkan wanita, dan pastinya mereka bukan sebagai saksi utama kepada kubur yang kosong kerana wanita dipandang rendah oleh budaya pada zaman tersebut.
Lebih baik perkataan-perkataan hukum itu dibakar daripada diberikan kepada wanita
Talmud, Sotah 19a (,72)
Dunia tidak dapat hidup tanpa lelaki dan wanita--berbahagialah mereka yang mempunyai anak lelaki dan malanglah mereka yang mempunyai anak perempuan.
Talmud, Kiddushin 82b (,72)
Sebarang bukti [yang diberikan] wanita adalah tidak sah [untuk diberikan], mereka juga tidak sah untuk memberikannya. Ia sama seperti mengatakan seorang yang merupakan perompak adalah layak untuk memberikan bukti yang sama dengan wanita.
Talmud, Rosh Hashannah 1.8 (,72)
Tapi jangan biarkan kesaksian wanita diterima, atas sebab sikap sambil lewa dan kelancangan jantina mereka, atau membiarkan hamba memberikan kesaksian atas sebab kehinaan jiwa mereka; kerana besar kemungkinan mereka tidak akan bercakap benar, kerana mengharapkan keuntungan atau takut dijatuhkan hukuman.Malah murid-muridNya juga tidak percaya kepada wanita-wanita tersebut:
Josephus, Antiquities 4.8.15 (,72)
Tetapi rasul-rasul itu menyangka wanita-wanita itu mengatakan yang bukan-bukan. Mereka tidak percaya akan cerita itu.Perhatikan, penulis Kristian iaitu Lukas sendiri tidak cuba menjadikan para muridNya kelihatan bagus, seperti yang akan dilakukannya jika peristiwa kebangkitan hanyalah penipuan. Dia dengan setia merekodkan bahawa para murid Yesus juga pada mulanya tidak percaya terhadap kebangkitan tersebut. Dia juga tidak menggunakan Joseph dari Arimatea atau individu terhormat yang lain untuk menjadikan penceritaannya kelihatn lebih meyakinkan. Tidak ada sebab untuk mereka-reka cerita yang melibatkan wanita sebagai saksi. Sebaliknya, kesaksian daripada wanita ini menunjukkan ia adalah peristiwa sejarah yang benar.
Lukas 24:11
Kesimpulan
Fakta-fakta minimal, seperti yang diterima oleh hampir semua sarjana, adalah fakta dan bukti berikut:
- Yesus mati disalibkan
- Josephus
- Tacitus
- Lucian
- Mara Bar-Serapion
- Talmud - Murid-murid Yesus percaya Dia telah bangkit dan menampakkan diriNya kepada mereka
- Laporan Paulus
- Tradisi lisan (pernyataan iman dan ringkasan khotbah)
- Tradisi bertulis (Dari Alkitab dan tulisan di luar Alkitab)
- Kesanggupna untuk hidup, menderita, dan mati demi keyakinan mereka bahawa Kristus telah bangkit. - Paulus si penindas bertaubat secara mendadak
- Catatan pertaubatannya
- Penderitaan dan kematiannya (dicatatkan di dalam sumber Kristian dan juga bukan Kristian) - Yakobus, saudara Yesus yang skeptikal, bertaubat secara mendadak
- Pertaubatannya (kitab Injil, pernyataan iman awal, Paulus, dan kitab Kisah Para Rasul)
- Kematiannya (Josephus, Clement, dan Hegesippus melalui Eusebius) - Kubur yang kosong
- Pengesahan daripada musuh
- Lokasinya di Yerusalem
- Kesaksian daripada wanita
Cabaran yang belum terjawab kepada mereka yang skeptik
Walaupun lebih 2000 tahun telah berlalu, tidak terdapat satu pun penjelasan naturalistik diberikan yang dapat menjelaskan fakta-fakta minimal ini. Jika anda mempunyai penjelasan kepada fakta-fakta yang diketahui tentang kebangkitan, saya (dan ramai yang lain) sangat ingin mengetahuinya.
Sila baca buku Gary Habermas, Historical Jesus untuk penjelasan yang lebih terperinci fakta sejarah tulen tentang Yesus.
Ulasan