Langkau ke kandungan utama

Gereja Cult:World Mission Society Church of God (WMSCOG)

Pernahkan anda mendengar istilah "God the Mother" atau "Tuhan Ibu"?

Baru-baru ini saya telah dikunjungi oleh beberapa orang dari World Mission Society Church of God yang mendakwa kewujudan "God the Mother" atau "Tuhan Ibu" ini di dalam Alkitab.

Mereka cuba meyakinkan pendengar mereka bahawa Tuhan itu terdiri daripada "Bapa" dan "Ibu" serta menggunakan ayat-ayat Alkitab untuk menyokong hujah mereka. Yang menyedihkan, mereka memetik ayat-ayat Alkitab tersebut di luar konteks. Antara ayat-ayat yang dipetik adalah:
Kej 1:26-27, Gal 4:26, Why 21:9; 22:17

Menurut mereka Tuhan dipanggil sebagai "Bapa" kerana wujud Tuhan "Ibu". Secara ringkas, alasan mereka adalah seperti berikut:
"Bapa" bermaksud lelaki yang mempunyai anak. Namun, sebenarnya si ibu yang melahirkan anak tersebut. Maka, jika ada bapa, ini bererti dia (si Bapa) mesti mempunyai anak yang memanggilnya sebagai "bapa" dan mesti ada seorang ibu yang melahirkan anak tersebut.
Yesus mengajar kita bahawa Tuhan adalah Bapa kita yang di syurga. Kita, yang percaya kepada Tuhan, adalah anak-anak Tuhan.
Jika Tuhan Bapa dan anak-anak-Nya wujud, siapa lagi yang perlu wujud?
Oleh kerana Alkitab memanggil kita anak-anak Tuhan, kita perlu mengenal bukan sahaja Tuhan Bapa tetapi juga Tuhan Ibu.
Sebenarnya agak jelas apa yang mereka ajarkan adalah jauh bertentangan dengan kepercayaan Kristianiti.

Namun, jika anda berminat untuk menyelidiki lebih lanjut, berikut adalah beberapa pautan tentang gereja cult ini. Saya membahagikannya kepada laman pro dan kontra.

Pro
- Laman Rasmi WMSCOG
- Laman Rasmi ke-2 WMSCOG
- Prove Ahnsahnghong

Kontra
- Let Us Reason
- Examining WMSCOG
- Encountering the cult of Ahnsahnghong
- Apologetic Index: WMSCOG

Jika anda pernah didatangi oleh ahli gereja cult ini atau bekas ahli gereja cult ini atau masih menjadi ahli gereja cult ini, apa kata anda kongsikan pengalaman/pendapat anda di ruang komen post ini.

Ulasan

cherina07 berkata…
Saudara..apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah saya sangat bersyukur dan berbahagia kepada Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu yang telah datang ke dunia ini dan telah menunjukkan kebenaran di dalam alkitab yang pada saat ini benar2 membuatkan saya merasakan hadirat Tuhan dalam hidup saya. saya bersyukur juga kepada Tuhan Elohim iaiti Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu yg telah menjadikan saya sebagai Protagonist yg telah melihat dan telah merasakan sendiri nubuat Tuhan sedang di genapi. Dari zaman para nabi hingga zaman para rasul, umat Tuhan hanya hidup menurut hukum dan ketetapan Tuhan. begitu juga akhir zaman ini pada zaman Roh kudus. hanya umat Tuhan yg benar melakukan hukum dan ketetapan yg 100% dalam alkitab akan merasakan kebahagian itu. Saya sendiri secara peribadi sangat bersyukur sebab telah menjadi anak kepada Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu...sungguh indahnya dan bahagianya hidup...
cherina07 berkata…
indahnya hidup ini apa bila kita benar2 menaati firman Tuhan..seperti Hari sabat, Ibadah hari ke 3. dan ke 7 Perayaan Tuhan. semua Ketetapan dan perintah Tuhan ini sudah mula di rayakan dari mulai zaman para nabi sehingga zaman para rasul 2000 yg lalu. Umat2 Tuhan menguduskan sabat dgn saleh dan suci begitu juga dengan 7 perayaan Tuhan yg lain.. Namun sewaktu dunia berada dlm zaman kegelapan. selepas para rasul naik ke syurga. Iblis yg telah dtg kedunia ini telah memusnahkan semua perayaan Tuhan serta mengubah ketetapan serta hukum Tuhan (Dan 7:25) dan mengantikan ibadah sabat kepada hari ahad, begitu juga ke 7 Perayaan Tuhan Imm 23 1-44) telah di musnahkan dan telah di gantikan dengan perayaan yg lain yang tidak tertulis dalam alkitab.Dari Zaman Nabi musa dan hingga Zaman Yesus Kristus umat Tuhan merayakan melakukan ketetapan dan perintah Tuhan dengan saleh dan suci. Namun pada akhir zaman ini...hanya Gereja yang benar2 melakukan kesemua perintah Tuhan hanya Gereja yang telah di bangunkan oleh Tuhan Itu sendiri. Saya sangat bersyukur dan berterima Kasih Kepada Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu yang telah memilih saya sebagai anakNya. apa yang saya ingin kongsikan di sini..adalah..sebelum saya mengetahui kebenaran ini saya tidak mempunyai harapan untuk ke syurga. walau saya aktif ke gereja sy yg lalu namun saya masi belum punya harapan sbb dosa2 saya seperti keangkuhan, tinggi diri, suka menghakimi org lain, pemarah, tidak ramah, peendusta & sebagainya..Namun setelah saya mengenali kebenaran dari Gereja Tuhan saya kini mempunyai harapan untuk masuk ke syurga..sebab sekarang saya boleh merasakan Tuhan telah mengubah hidup saya dan sentiasa memperbaharui iman saya. ahh..alangkah indahnya hidup ini bila berada dalam hadirat Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu. saudara/ri yg baca ulasan ini. Berilah peluang kepada diri kamu dulu untuk belajar firman Tuhan dr Gereja Tuhan ini. Janganlah kita menghakimi sebelum waktunya.Bukan kita yang memilih utk keselamatan kita. Tetapi Tuhanlah uang memilih kita untuk di selamatkan. jadi bila injil tentang Tuhan Ibu ini kmu dengar..kmulah org pilihan itu..Semoga damai sejahtera dari Tuhan sentiasa memyertai kamu. sama2 lah kita berdoa supaya di karuniakan Iman sama sperti bapa2 keimanan kita dan juga kebijaksanaan agar kita boleh mengetahui mana 1 kehendak Tuhan dan mana 1 hanya kata2 manusia. semoga Tuhan berkati kita semua.
cherina07 berkata…
Maaf ada salah ejaan di atas. (pembetulan ejaan)
Peendusta adalah pendusta
Uang adalah yang
Imm 23 1-44 adalah Imamat 23:1-44
God bless you.
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai Cherina07,

Maaf, sangat sedih untuk saya katakan, bahawa apa yang anda tuliskan ini benar2 menyimpang dari apa yang diajarkan di dalam Alkitab.

1. Tidak ada "Tuhan Ibu" di dalam Alkitab.
2. Tuhan tidak mempunyai "jantina" atau "pasangan".
3. Tahukan anda para rasul mengadakan ibadah pada Hari Ahad, iaitu hari pertama setiap minggu sebagai kebiasaan dalam memperingati hari kebangkitan Tuhan Yesus? Cuba baca Kisah para Rasul 20:7 dan 1 Korintus 16:1-2.
- Maka, adakah mereka juga telah "menggantikan" ibadat Sabat dengan Ahad?
- Perlu diketahui, kita hari ini hidup di bawah kasih karunia iaitu melalui Yesus Kristus, bukan lagi melalui Taurat Perjanjian Lama.
- Yesus telah menggenapi Taurat bagi pihak kita.

4. "Jalan keselamatan" atau "Injil" yang anda beritakan ini jauh berbeza dengan apa yang diberitakan oleh Yesus dan murid-murid-Nya.
- Hal ini sangat serius. Sehingga dituliskan di dalam Alkitab (Galatia 1:6-9),
"6 Aku heran, bahwa kamu begitu lekas berbalik dari pada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu injil lain,
7 yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus.
8 Tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari sorga yang memberitakan kepada kamu suatu injil yang berbeda dengan Injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia.
9 Seperti yang telah kami katakan dahulu, sekarang kukatakan sekali lagi: jikalau ada orang yang memberitakan kepadamu suatu injil, yang berbeda dengan apa yang telah kamu terima, terkutuklah dia."

- Injil yang lain ini sangat merbahaya sehingga amaran tentangnya diulang dua kali, malah dengan keras.

Saya sungguh berharap dan berdoa agar anda berbalik semula kepada Injil yang benar, iaitu keselamatan hanya melalui Yesus Kristus. Bukan melalui ibadah, bukan melalui Taurat, bukan melalui usaha.