Langkau ke kandungan utama

Ulasan/Review buku "The Choice: Dialog Islam-Kristian terjemahan Bahasa Melayu"

The Choice: Dialog Islam & Kristian (Jilid 1 & 2)The Choice: Dialog Islam & Kristian by Ahmad Deedat
My rating: 1 of 5 stars

Sebuah buku yang agak 'outdated' dari segi isi dan hujah. Sebenarnya kesemua polemik dan argumen yang diberikan di dalam buku ini sudah diberikan jawapan.

Namun, punca utama saya memberikan buku ini 1 bintang adalah kerana terjemahannya tidak menangkap keseluruhan konteks asal buku 'The Choice'. Terdapat info, perkataan tertentu serta ayat yang agak berbeza dengan buku asal yang mana mengakibatkan perubahan mesej asal buku ini. Susunan ayat serta gaya bahasa yang digunakan juga agak janggal.

Contohnya,
Di m/s 39 buku ini, petikan ayat Alkitab yang diberikan tidak tepat. Buku ini memberikan Matthew 21:23 sedangkan buku asal 'The Choice' (dan juga ayat Alkitab yang sebenar) adalah Matthew 21:43.

Juga terdapat beberapa terjemahan ayat Alkitab yang digunakan tidak mengikut terjemahan rasmi seperti Terjemahan Baru Bahasa Indonesia, Bahasa Indonesia sehari-hari atau Berita Baik Bahasa Malaysia. Penterjemah buku ini menggunakan pemahaman dan memberikan terjemahan terus kepada beberapa ayat Alkitab. Sedangkan, buku asal The Choice menggunakan terjemahan rasmi Alkitab seperti KJV, NIV dan lain-lain.

Contoh terjemahan yang memberikan pemahaman yang berbeza, di Jilid II, Bab VIII, tajuk asli adalah 'Incest Honoured'. Maka, terjemahan yang sepatutnya adalah 'Sumbang Mahram diberi penghormatan'. Namun buku ini memberikan terjemahan 'Penzinaan Yang Masyhur'. Akibatnya tajuk tersebut kelihatan tidak berkaitan dengan hujah yang diberikan di dalam Bab tersebut serta lari dari hujah asal buku The Choice.

Dan yang terakhir, buku ini sebenarnya tidak menggambarkan kepercayaan Kristian yang sebenar. Lebih ironik lagi, buku ini juga bercanggah dengan kepercayaan Islam sendiri! Saya katakan ironik kerana Bahagian Empat yang bertajuk Crucifiction (Penyaliban) atau Cruci-Fiction (Kisah Penyaliban) memberikan hujah yang paling panjang berbanding bahagian-bahagian lain di dalm buku ini sedangkan Bahagian Empat ini berdasarkan pemahaman yang bercanggah dengan kepercayaan dan pengajaran Islam.

Di dalam Bahagian Empat ini, teori bahawa Yesus tidak mati ketika disalibkan diberikan dengan penjelasan yang panjang lebar bermula dari Bab III hingga Bab XIX. Masalahnya, ia jelas bertentangan dengan Al-Quran yang mengatakan Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) (An-Nisaa 157). Lebih ironik buku ini sendiri memberikan ayat Al-Quran tersebut di m/s 345. Teori yang diberikan di dalam Bahagian Empat ini merupakan teori yang dipegang oleh Ahmadiyah. Bukankah Ahmadiyah dianggap sebagai sesat oleh Muslim?

Siapa yang akan menyukai buku ini? Saya pasti Muslim akan menggemarinya, walaupun ia tidak ditulis dan diterjemahkan dengan baik (dan bercanggah dengan pengajaran Islam sendiri!). Bagi bukan Muslim, buku ini boleh digunakan untuk rujukan.

View all my reviews

Ulasan

alex berkata…
saya ada buku ini, utk mengetahui apa yg dikatakan dlm buku ini sbb tidak elok dipandang baca free di kedai buku di Jalan TAR.
Unknown berkata…
Hai Alex,

Saya sarankan anda membacanya bersama-sama buku asal yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Atau mungkin anda sudah memiliki buku asal The Choice? Jika belum, ia boleh di-download secara percuma di internet. Gunakan Google, ada banyak laman web yang memiliki salinan digital buku The Choice.

p/s: saya pasti anda tahu. Khusus untuk mereka yang belum tahu.