Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Kes Tentang Kristus - (The Case For Christ)

Berdasarkan buku " The Case For Christ " tulisan Lee Strobel , siri video ini memperkatakan tentang Yesus Kristus melalui perspektif sejarah, kajian ilmiah, dan fakta. Persoalan-persoalan seperti, siapakah Yesus, adakah Yesus benar-benar wujud, adakah manuskrip kitab-kitab Injil boleh dipercayai, adakah Yesus mengakui ketuhanan-Nya, dan lain-lain persoalan tentang Kristianiti diperkatakan di dalam siri video ini. Siri video ini dilengkapi dengan sari kata Bahasa Malaysia untuk mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris.

Kisah Para Rasul 18:2

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini . " Di situ dia berjumpa dengan seorang Yahudi bernama Akwila, yang dilahirkan di negeri Pontus. Akwila baru sahaja datang dari Italia dengan isterinya, Priskila. Mereka datang ke Korintus kerana Kaisar Klaudius mengusir semua orang Yahudi dari Roma. Paulus pergi menjumpai Akwila dan Priskila, " (Kis 18:2) Pengusiran orang-orang Yahudi dari Roma juga dicatatkan di dalam dua sumber kuno (khususnya oleh Suetonius): " Oleh kerana orang-orang Yahudi sering merusuh di atas hasutan Cheratus, dia menghalau mereka dari Roma...Namun tindakan ini dan juga tindakan yang lain, malah termasuk seluruh pemerintahannya, dikuasai bukan oleh kerana keputusannya sendiri tetapi untuk menyenangkan hati isteri-isterinya dan mereka yang dibebaskan, kerana hampir setiap keputusannya adalah berdasarkan kepentingan dan kehendak mereka. " (Suetonius, ...

Kisah Para Rasul 17:28

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini . " dan kerana Dia, kita hidup dan bergerak dan ada di dunia ini. Beberapa orang penyair saudara semua juga berkata, ‘Kita semua anak-Nya.’ " (Kis 17:28) Paulus memetik penulisan sastera Greek di bahagian ayat ini. Mungkin ada yang tahu tentang penyajak Greek, Aratus, dipetik di dalam ayat 28 ini. " Mari kita mulakan dengan Zeus, yang mana kita sebagai manusia biasa tidak pernah berhenti memperkatakan tentangnya. Kerana setiap jalan, setiap tempat orang ramai penuh dengan Zeus. Malah pelabuhan dan laut penuh dengan keilahiannya. Semua orang terhutang budi dengan Zeus. Kerana kita semua adalah anaknya... " (Aratus, Phainomena) Kembali ke Indeks

Kisah Para Rasul 16:37, 38

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini . " Tetapi Paulus berkata kepada pegawai-pegawai polis itu, "Kami warganegara Roma! Kami tidak didapati bersalah, tetapi kami sudah dicambuk di hadapan orang ramai, lalu dimasukkan ke dalam penjara. Sekarang mereka mahu menyuruh kami pergi dengan diam-diam! Kami tidak mahu! Pegawai-pegawai kerajaan Roma itu sendiri harus ke mari dan membebaskan kami." Pegawai-pegawai polis itu melaporkan hal itu kepada pegawai-pegawai kerajaan Roma. Apabila mereka mendengar bahawa Paulus dan Silas warganegara Roma, mereka takut. " (Kis 16:37,38) Bahagian kitab Kisah Para Rasul ini (Kis 16:12-40) mungkin kelihatan agak ganjil - mengapakah pegawai-pegawai kerajaan Roma di Filipi dengan sengaja memukul/mencambuk Paulus dan Silas, tetapi kemudian menjadi takut apabila mereka mengetahui bahawa Paulus dan Silas adalah warganegara Roma? Filipi adalah...

Kisah Para Rasul 16:13

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk melihat tujuan dan indeks keseluruhan siri post ini, sila klik di sini . '' Pada hari Sabat kami ke luar bandar dan pergi ke tepi sungai, kerana kami berfikir di situ terdapat tempat orang Yahudi berdoa. Kami duduk dan bercakap dengan wanita-wanita yang berkumpul di situ. " (Kis 16:13) Lukas menyatakan bahawa wanita Yahudi berkumpul di tepi sungai. Josephus mengesahkan (a) tepi sungai atau laut kadang-kala menjadi tempat perkumpulan orang-orang Yahudi pada zaman Greek (diandaikan apabila tiada rumah ibadat Yahudi di kawasan tersebut), dan; (b) dia menjelaskan asal-usul kebiasaan tersebut. " Perintah Halicarnassus...kami telah mengarahkan, sesuai dengan kesanggupan para lelaki dan wanita Yahudi, boleh merayakan Hari Sabat, dan melakukan amalan kepercayaan mereka, menurut hukum-hukum Yahudi; dan boleh [mengadakan perjumpaan] di pinggir laut, sesuai dengan kebudayaan nenek moyang mere...

Kisah Para Rasul 12:21-23

Siri post ini berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk melihat tujuan dan indeks keseluruhan siri ini, sila klik di sini . " Pada hari yang sudah ditetapkan, Raja Herodes mengenakan pakaian kebesaran lalu bersemayam di takhta dan menyampaikan ucapan kepada rakyat. Orang ramai yang mendengar ucapan Raja Herodes berseru, "Dewalah yang berkata-kata, bukan manusia." Pada saat itu juga malaikat Tuhan memukul Raja Herodes, kerana raja tidak menghormati Allah. Raja Herodes dimakan cacing lalu mangkat. " (Kis 12:21-23) Kematian Herod Agripa dicatatkan di dalam kitab Kisah Para Rasul. Agripa dicatatkan sebagai (a) mengenakan pakaian kebesarannya; (b) dipanggil sebagai dewa; (c) dipukul oleh Tuhan. Menariknya, Josephus mencatatkan semua ini, di mana ketiga-tiga perkara tersebut disokong:

Yesus Kristus - Penyelamat Dunia

Kali pertama saya menonton filem ini adalah pada awal tahun 90-an. Ketika itu, sebuah 'panggung bergerak' sedang menyiarkan filem ini dari gereja ke gereja. Ia sebuah pengalaman yang sangat berharga dan titik permulaan saya mengenal siapa itu Yesus Kristus. Dipersembahkan, filem tentang Yesus Kristus - Penyelamat Dunia, dalam Bahasa Malaysia. Selamat menonton!!

Kisah Para Rasul 8:27

Siri post ini adalah terjemahan/berdasarkan tulisan James Hickey. Untuk senarai penuh dan tujuan siri post ini, sila klik di sini . " Lalu Filipus pun berangkat. Seorang sida-sida dari Etiopia sedang dalam perjalanan pulang ke negerinya. Dia seorang pegawai tinggi yang bertanggungjawab atas kekayaan Kandake, ratu negeri Etiopia. Pegawai itu pergi ke Yerusalem... " (Kis 8:27) Siapakah sida-sida kepada Kandake, ratu negeri Etiopia ini? Pliny dan Dio Cassius memperkatakan tentang Kandake, ratu negeri Etiopia ini, sekaligus memberikan kita maklumat tentangnya: " Mereka mengatakan bahawa tempat itu diperintah oleh seorang wanita, Kandake, nama yang telah lama diwariskan oleh ratu-ratu sebelum itu... " (Pliny, Nat. History 6.36) " Pada ketika itu orang-orang Etiopia, yang tinggal di kawasan selepas Mesir, maju sehingga ke sebuah bandar bernama Elephantine, dengan Kandake sebagai pemimpin mereka, menyerang semua tempat yang mereka temui. " (D...

Kisah Para Rasul 4:6

Siri post ini berdasarkan/terjemahan artikel tulisan James Hickey. Untuk senarai penuh siri post ini, sila klik di sini . " Mereka menjumpai Imam Agung Hanas dan Kayafas, Yohanes, Aleksander, dan semua orang lain yang tergolong dalam keluarga Imam Agung itu. " (Kis 4:6) Ayat ini menyebut tentang Kayafas dan beberapa ahli keluarga yang lain. Penulis sejarah abad pertama, Josephus, mencatatkan tentang Kayafas (dipanggil sebagai Yusuf) dan juga bapa mertuanya, Hanas (juga dipanggil sebagai Ananus). Perhatikan di hujung penulisan di bawah, seorang lagi watak Alkitab yang sangat terkenal juga dicatatkan. " Dia melucutkan Ananus daripada jawatannya sebagai Imam besar...Dia juga telah melucutkan jawatannya dalam tempoh masa yang singkat, dan melantik Eleazar, anak lelaki Ananus, yang pernah menjadi imam besar sebelum itu, untuk kembali menjadi imam besar...dan...Yusuf Kayafas dilantik [menjadi imam besar]. Setelah Gratus melakukan semua itu, dia kembali ke Rom, sele...

Kisah Para Rasul 4:1-3

Siri post ini merupakan terjemahan/berdasarkan artikel tulisan James Hickey. Untuk melihat senarai penuh siri post ini, sila klik di sini . " Petrus dan Yohanes masih berkata-kata kepada orang ramai, apabila imam-imam, ketua pengawal Rumah Tuhan, dan beberapa orang Saduki datang. Mereka marah kerana Petrus dan Yohanes mengajar orang ramai bahawa Yesus sudah dibangkitkan daripada kematian. Hal itu membuktikan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Oleh itu mereka menangkap kedua-dua orang rasul itu. Mereka ditahan di dalam penjara sehingga esok, kerana hari sudah petang. " (Kis 4:1-3) Mengapakah imam-imam (besar) dan orang-orang Saduki marah terhadap orang-orang Kristian? Orang Saduki menganggap kebangkitan adalah pemahaman teologi yang salah; dan pengiystiharan bahawa Yesus adalah Mesias malah telah bangkit dari kematian adalah bertentangan dengan dasar utama pemahaman teologi mereka.

Kebolehpercayaan kitab Kisah Para Rasul secara sejarah

Siri post ini adalah terjemahan artikel tulisan James Hickey  yang boleh dibaca di sini (dalam bentuk PDF). Sokongan dari sumber utama di luar Alkitab Adakah dokumen Alkitab -- Kitab Kisah Para Rasul -- boleh dipercayai secara sejarah? Kitab ini mendakwa telah mencatatkan peristiwa sejarah penting di awal permulaan Kristianiti di dalam dunia Yahudi dan Greek-Roma. Namun, adakah ia adalah sejarah yang benar-benar telah berlaku? Kita akan melihat peristiwa-peristiwa tertentu, individu-individu, tempat-tempat, dan elemen-elemen lain di dalam kitab Kisah Para Rasul, yang mana juga dicatatkan di dalam sumber kuno di luar Alkitab. Walaupun terdapat banyak sumber -- seperti batu bersurat, arca, lokasi geografi, artifak, dan lain-lain -- yang menyokong ketepatan kitab Kisah Para Rasul, kita hanya akan melihat kepada salah satu dari semua itu: catatan dokumentasi. Bagi Kristian yang komited, ini akan memberikan keyakinan yang lebih kukuh terhadap kebolehpercayaan kitab Kisa...