Langkau ke kandungan utama

Kisah Para Rasul 16:37, 38

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini.
"Tetapi Paulus berkata kepada pegawai-pegawai polis itu, "Kami warganegara Roma! Kami tidak didapati bersalah, tetapi kami sudah dicambuk di hadapan orang ramai, lalu dimasukkan ke dalam penjara. Sekarang mereka mahu menyuruh kami pergi dengan diam-diam! Kami tidak mahu! Pegawai-pegawai kerajaan Roma itu sendiri harus ke mari dan membebaskan kami." Pegawai-pegawai polis itu melaporkan hal itu kepada pegawai-pegawai kerajaan Roma. Apabila mereka mendengar bahawa Paulus dan Silas warganegara Roma, mereka takut."
(Kis 16:37,38)
Bahagian kitab Kisah Para Rasul ini (Kis 16:12-40) mungkin kelihatan agak ganjil - mengapakah pegawai-pegawai kerajaan Roma di Filipi dengan sengaja memukul/mencambuk Paulus dan Silas, tetapi kemudian menjadi takut apabila mereka mengetahui bahawa Paulus dan Silas adalah warganegara Roma?

Filipi adalah kawasan jajahan empayar Roma, dan berada di bawah undang-undang ketat yang menghalang sebarang penderaan atau penganiayaan, khususnya terhadap warganegara Roma.

Penulis sejarah Greek, Livy, mencatatkan di dalam History of Rome (Buku 10, bahagian 9), tentang undang-undang Roma tersebut:
"Namun, undang-undang Porcian telah diluluskan semata-mata untuk melindungi nyawa dan tubuh warganegara, kerana ia memberikan hukuman yang paling berat ke atas sesiapa sahaja yang membunuh atau mencambuk mana-mana warganegara Roma."
(Livy, Hist. of Rome 10.9)
Maka, apa yang telah terjadi (dengan melihat maklumat tambahan tentang latar belakang hal ini) ialah pegawai di Filipi menyangka Paulus dan Silas hanyalah sekadar berbangsa Yahudi. Namun, kedua-dua mereka juga adalah warganegara Roma!

Kembali ke Indeks

Ulasan