Langkau ke kandungan utama

10 Fakta Utama tentang kepercayaan Mormon

Artikel asal boleh dibaca di sini.

Berikut adalah 10 kepercayaan utama Mormon. Perlu ditekankan, Mormon adalah sebuah kepercayaan bidaah yang sangat bercanggah dengan kepercayaan sebenar Kristian.

Oleh Jill Martin Rische

1. Penganut Mormon boleh menjadi tuhan lelaki dan tuhan wanita.

2. Tuhan wanita akan menghabiskan masa selama-lamanya tunduk kepada suami-tuhan mereka.

3. Penganut Mormon wanita akan melahirkan bayi-bayi-rohani "selama-lamanya".

4. Penganut Mormon lelaki boleh mempunyai ramai isteri di syurga—poligami selama-lamanya.

5. Bapa Surgawi adalah manusia yang telah ditinggikan dan tinggal bersama-sama dengan isterinya yang juga adalah tuhan, iaitu Ibu Surgawi, di sebuah planet berhampiran bintang besar bernama Kolob.

6. Kaum American-Indian adalah keturunan bangsa Lamanites yang jahat, yang mana suatu ketika dahulu adalah bangsa Isreal yang dikutuk oleh Tuhan dengan menjadikan kulit mereka berwarna gelap.

7. Allah Bapa telah melakukan hubungan seks dengan Maria untuk melahirkan Yesus, yang mana adalah adik tiri berlainan ibu kepada Lucifer.

8. Semua gereja Kristian yang lain terkutuk.

9. Penganut Mormon perlu melakukan empat jenis jabat tangan rahsia untuk masuk ke dalam syurga.

10. Joseph Smith menyatakan bahawa Taman Eden yang sebenar terletak di Jackson County, Missouri.

Ulasan