Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Triniti/Tritunggal

Perkataan "Triniti" tidak ada di dalam Alkitab. Namun, ia adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan fakta pengajaran Alkitab tentang Tuhan: Tuhan kita adalah bersifat Triniti. Ia bermaksud terdapat tiga Peribadi di dalam keesaan Tuhan, bukan tiga Tuhan. Peribadi-peribadi ini adalah Bapa, Anak, dan Roh Kudus dan sentiasa wujud sebagai tiga Peribadi yang berbeza. Peribadi Bapa bukanlah Peribadi Anak, Peribadi Anak bukanlah Peribadi Roh Kudus, Peribadi Roh Kudus bukanlah Peribada Bapa. Jika kita mengeluarkan salah satu, maka Tuhan tidak akan ada. Tuhan sentiasa bersifat Triniti selama-lamanya: "dari selama-lamanya sampai selama-lamanya Engkaulah Allah." (Mzm 90:2)

Tuhan bukanlah satu Peribadi yang mengambil tiga bentuk kewujudan, contohnya, Bapa menjadi Anak yang kemudian menjadi Roh Kudus. Hari ini, fahaman sedemikian dikenali sebagai "Pergerakkan Hanya Yesus Sahaja" (juga dikenali sebagai Oneness Pentecostalism). Fahaman ini diajar oleh Kesatuan Para Rasul dan gereja Kesatuan Pentacostal, dan ia adalah pengajaran yang tidak benar.

Atau pun Tuhan hanya ada satu Peribadi seperti yang diajarkan oleh Saksi Yehovah, Way International, dan Christadelphians (kumpulan-kumpulan ini tergolong di dalam kumpulan bidaah bukan-Kristian). Untuk bukti-bukti bahawa terdapat lebih dari satu Peribadi di dalam keesaan Tuhan, lihat Plurality Study.

Alkitab mengatakan hanya ada satu Tuhan. Namun, Alkitab juga mengatakan Yesus adalah Tuhan (Yoh 1:1, 14); Bapa juga adalah Tuhan (Flp 1:2), dan Roh Kudus juga adalah Tuhan (Kis 5:3-4). Memandangkan Anak berkomunikasi dengan Bapa, Mereka adalah Peribadi yang berbeza. Memandangkan Roh Kudus juga berkomunikasi (Kis 13:2), Dia juga adalah Peribadi yang berbeza. Ada Satu Tuhan yang wujud dalam di dalam tiga Peribadi.

Jadual berikut diharapkan boleh membantu anda memahami bagaimana doktrin Triniti ini dicapai.

TRINITI

 BapaAnakRoh Kudus
    
Dipanggil TuhanFlp 1:2Yoh 1:1,14; Kol 2:9Kis 5:3-4
PenciptaYesaya 64:8; 44:24Yoh 1:3; Kol 1:15-17Ayub 33:4, 26:13
Membangkitkan1 Tes 1:10Yoh 2:19, 10:17Roma 8:11
Tinggal di dalam2 Kor 6:16Kol 1:27Yoh 14:17
Ada di mana-mana1 Raj 8:27Mat 28:20Mzm 139:7-10
Mahatahu1 Yoh 3:20Yoh 16:30; 21:171 Kor 2:10-11
Menguduskan1 Tes 5:23Ibr. 2:111 Ptr 1:2
Memberi hidupKej 2:7; Yoh 5:21Yoh 1:3; 5:212 Kor 3:6, 8
Persekutuan1 Yoh 1:31 Kor 1:92 Kor 13:14; Flp 2:1
KekalMzm 90:2Mikah 5:1-2Roma 8:11; Ibr 9:14
KehendakLuk 22:42Luk 22:421 Kor 12:11
BerbicaraMat 3:17; Luk 9:25Luk 5:20; 7:48Kis 8:29; 11:12;13:2
KasihYoh 3:16Ef 5:25Roma 15:30
Menyelidiki hatiYer 17:10Why 2:231 Kor 2:10
Kita milikYoh 17:9Yoh 17:6 
Penyelamat1 Tim 1:1; 2:3;4:102 Tim 1:10; Titus 1:4;3:6 
Kita melayaniMat 4:10Kol 3:24 
Percaya kepadaYoh 14:1Yoh 14:1 
Memberi sukacita Yoh 15:11Yoh 14:7
HakimYoh 8:50Yoh 5:21,30 
Rujukan Tambahan:

Ulasan