Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #25: Jesus berubah wajah?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 34-35, penulis cuba memberikan hujah bahawa " Jesus mempunyai mukjizat mengubah wajah " sehingga Dia " dapat mengaburi mata tentera Rom, Yahudi, dan murid-murid beliau ". Dan untuk menyokong hujahnya, penulis memetik Luke 24:13-18 dan Matthew 27:3-6. Kemudian, berdasarkan ayat-ayat ini, penulis cuba mengatakan bahawa Jesus telah mengubah wajahnya menyerupai Judas! Penulis menulis, Sekiranya kita mendakwa orang yang disalib adalah Judas, maka orang yang kelihatan seperti Judas tadi sebenarnya adalah Jesus. Ketika saya membaca dakwaan penulis ini, saya benar-benar terkejut betapa terdesaknya penulis ini sehingga sanggup memutar belitkan ayat Bible yang begitu jelas tidak menyokong dakwaannya! Jika kita membaca kisah selanjutnya Luke 24:13-18 yang cuba digunakan penulis, kita akan serta merta mengetahui bahawa penulis memberikan dakwaan yang tidak berasas. Perhatikan kisah selanjutnya,

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #24: Siapakah Judas?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 31 buku ini, penulis berkata, Agama Islam mempunyai konsep sendiri iaitu orang yang disalib bukan Jesus, tetapi orang lain yang wajahnya ditukar supaya menyerupai Jesus. Siapakah "orang lain" tersebut? Pada muka surat 32-34, penulis memberikan penjelasan yang panjang lebar tentang Judas, iaitu murid yang mengkhianati Jesus menurut Bible. Penulis sangat menekankan tentang Judas. Mengapa? Kerana ini merupakan poin penting untuk beliau meneruskan dakwaannya yang seterusnya, iaitu: Jesus dikatakan berubah wajah menjadi Judas dan Judas pula berubah wajah menjadi Jesus (m/s 36). Siapakah Judas? Bible dengan jelas menyatakan bahawa dia adalah. 1. Salah seorang daripada 12 murid Jesus ( Matius 10:2-4 ). 2. Yang akan mengkhianati Jesus ( Markus 14:10-11 ). 3. Mati menggantung diri dan perutnya terbelah ( Matius 27:5; Kisah Para Rasul 1:18 ). Apa yang menarik, sumber penjelasan yang diberikan oleh penulis tent...

Siri 10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian

Senarai penuh siri ini. -  #1: Perjanjian Baru adalah penulisan Kristian terawal yang kita miliki -  #2: Semua penulisan Apokripa ditulis pada abad kedua atau lebih lewat -  #3: Kitab-kitab Perjanjian Baru adalah unik kerana berkaitan secara langsung dengan para rasul -  #4: Beberapa orang penulis kitab Perjanjian Baru memetik penulisan Perjanjian Baru yang lain sebagai Kitab Suci -  #5: Keempat-empat kitab Injil telah pun diterima sepenuhnya sebelum penghujung abad kedua -  #6: Pada penghujung abad kedua, Fragmen Muratorian telah menyenaraikan 22 buah daripada 27 buah kitab Perjanjian Baru

Siri Injil Barnabas

Senarai lengkap Siri Injil Barnabas. #1. Injil Barnabas dan Surat Barnabas #2. Injil Barnabas dan Abad Pertama Masihi #3. Injil Barnabas dan Islam #4. Injil Barnabas dan Abad ke-14 Masihi #5. Bilakah Injil Barnabas ditulis? #6. Bukti daripada Muslim terhadap kesahihan Injil Barnabas #7. Mengapakah Injil Barnabas ditulis? #8. Siapakah yang telah menulis Injil Barnabas? #9. Kesimpulan

Siri Good Friday & Easter: Misteri 500

Diterjemahkan dari buku The Case for Christ  muka surat 231-233. *Senarai lengkap siri ini di sini . -------------------------------------------------------------------------------- Pengakuan iman di dalam 1 Korintus 15 adalah satu-satunya penulisan kuno yang mendakwa Yesus telah menampakkan diri-Nya kepada 500 orang sekaligus. Keempat-empat Injil tidak menyebutkan hal ini. Tidak ada seorang pun penulis sejarah yang mencatatkannya. Bagi saya, hal ini menimbulkan keraguan.     "Jika hal ini benar-benar terjadi, mengapa tiada sesiapa pun yang memperkatakannya?" Saya bertanya kepada Habermas. "Para rasul pastinya akan memperkatakan hal ini sebagai bukti ke mana pun mereka pergi. Seperti yang dikatakan oleh seorang Ateis, Michael Martin, 'kita perlu menyimpulkan bahawa adalah sangat tidak mungkin untuk hal ini benar-benar terjadi' dan maka dengan itu, 'secara tidak langsung menimbulkan keraguan ke atas Paulus.'"

Siri Good Friday & Easter: Yakinkan saya bahawa ia adalah sebuah pengakuan iman

Diterjemahkan dari buku The Case for Christ , muka surat 229-231. *Senarai lengkap siri ini di sini . -------------------------------------------------------------------------------- Pada mulanya, saya ingin mengetahui mengapa Habermas, Craig , Bloomberg , dan yang lain begitu yakin bahawa bahagian ini (1 Korintus 15:1-8) adalah sebuah pengakuan iman gereja awal dan bukan sekadar kata-kata Paulus sendiri, yang telah terkandung di dalam suratnya kepada jemaat di Korintus. sumber     Cabaran saya kepada Habermas ringkas dan jelas: "Yakinkan saya bahawa ia adalah sebuah pengakuan iman."     "Saya boleh memberikan anda beberapa sebab kukuh. Pertama, Paulus menulisnya dengan menggunakan kata kuterima  dan kusampaikan , yang mana adalah istilah-istilah yang akan digunakan oleh guru-guru Yahudi dalam menurunkan suatu tradisi kudus."

Siri Good Friday & Easter: Orang mati tidak melakukan hal seperti itu

Diterjemahkan dari buku The Case for Christ  muka surat 227-229. *Senarai lengkap siri ini di sini . -------------------------------------------------------------------------------- Habermas yang sedang duduk di sebalik mejanya, menggulungkan lengan bajunya sambil saya memasang perakam untuk memulakan temuramah kami.     "Bukankah benar," saya memulakan dengan nada seperti seorang pendakwaraya, "bahawa langsung tidak ada saksi mata untuk kebangkitan Yesus?"     "Tepat sekali, tidak ada kesaksian saksi mata yang terperinci untuk Peristiwa Kebangkitan tersebut," akui Habermas yang mana akan mengejutkan mereka yang hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang peristiwa ini.

Senarai lengkap Siri Good Friday & Easter

Berikut adalah senarai lengkap Siri Good Friday & Easter di dalam blog ini. Siri pertama - Seksaan sebelum disalibkan . - Kesengsaraan di atas salib . - Punca kematian . - Menjawab mereka yang tidak percaya/ragu-ragu . - Argumen terakhir . Siri kedua - Orang mati tidak melakukan hal seperti itu - Yakinkan saya bahawa ia adalah sebuah pengakuan iman - Misteri 500 - Kesaksian dari kitab-kitab Injil - Penutup Markus yang hilang - Adakah wujud sebarang alternatif lain? - Tiada keraguan yang rasional - Kebangkitan Debbie

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #23: Mengapa Jesus disalibkan?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 31 buku ini, penulis berkata, " bukti Jesus disalib, direkodkan dalam empat gospel iaitu Gospel of Matthew , Gospel of Mark , Gospel of Luke dan  Gospel of John . " Apabila membaca kenyataan ini, saya tertanya-tanya: Jika bukti Jesus disalib ada direkodkan di dalam keempat-empat gospel (Injil), maka, mengapa penulis cuba memetik ayat-ayat dari keempat-empat gospel ini untuk mengatakan Jesus tidak disalibkan? Bukankah perbuatan itu jelas menunjukkan penulis memetik ayat-ayat tersebut di luar konteks asal?  Dengan kata lain, penulis tahu dan sedar bahawa keempat-empat gospel ini memang mengajarkan tentang penyaliban Jesus!  Penulis kemudian melontarkan persoalan berikut: Adakah Jesus seorang penjahat sehingga dihukum salib? Ataupun beliau disalib kerana selama ini beliau melawan hakim Pilatus dengan mengaku dirinya sebagai 'raja orang Yahudi' dan penyelamat bangsa Yahudi? Namun, bila dan di mana Je...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #22: Agama Kristian adalah agama ketika Jesus masih hidup?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 30, penulis memberikan kenyataan berikut: Terdapat dua persepsi berbeza berkaitan peristiwa Jesus disalib iaitu antara Islam dan Kristian. Agama Kristian adalah agama ketika Jesus masih hidup manakala Islam, agama yang wujud selepas kematian Jesus. Islam membawa maklumat yang berbeza berkaitan cerita Jesus disalib. Perhatikan bahagian yang saya tebalkan, penulis mendakwa agama Kristian adalah agama KETIKA Jesus masih hidup! Namun, di awal buku ini, penulis berkata, Menurut sejarah, agama Kristian diperkenalkan dan dikembangkan oleh Paul, iaitu 40 tahun selepas Jesus tiada . (m/s xi) Di sini, penulis mengatakan agama Kristian diperkenalkan 40 tahun SELEPAS Jesus tiada![ 1 ] Mungkinkah penulis terlupa apa yang ditulisnya sendiri? Bukan itu sahaja, penulis juga berkata, Oleh itu, penulis percaya Jesus atau Isa Al-Masih adalah Muslim, bukan Kristian. (m/s xi) Tetapi, di muka surat 30 ini pula, penulis sendiri m...