Langkau ke kandungan utama

Adakah Yesus dan Paulus mengajarkan perkara yang sama?

Artikel ini diterjemah dari laman web CARM dan boleh dibaca di sini.

Kis 9:3-4
Terdapat pengkritik Kristianiti yang cuba melagakan Paulus dengan Yesus. Mereka sering mendakwa bahawa apa yang diajarkan oleh Paulus bukanlah apa yang dikatakan oleh Yesus dan Kristianiti hari ini bukan berasal daripada Yesus tetapi dari pengajaran Paulus. Ini adalah dakwaan yang tidak benar dan tidak sepadan dengan fakta yang ada. Adalah mudah untuk mengutip pelbagai petikan dari Firman Tuhan secara luar konteks dan cuba membuatkan seseorang itu kelihatan menentang yang lain -- seperti yang kerap dilakukan oleh pengkritik Kristianiti. Walaupun begitu, kita boleh dengan yakin mengatakan Yesus dan Paulus mengajarkan perkara yang sama. Dengan diakui, Paulus lebih tertumpu kepada isu-isu teologikal berbanding Yesus, namun Paulus tidak bercanggah dengan Yesus.

Lukas menulis kedua-dua kitab Injil Lukas dan kitab Kisah Para Rasul. Di dalam Kisah Para Rasul fasal 9, Lukas merekodkan peristiwa berkaitan dengan pertaubatan Paulus. Kita melihat Yesus sendiri memanggil Paulus dan menghantanya menjadi rasul. Jika Paulus dan Yesus tidak sependapat, mengapa Yesus memanggil Paulus untuk menjadi rasulNya? Yesus adalah Tuhan yang datang sebagai manusia, maka Dia pasti tahu semua perkara. Yesus pasti sudah mengetahui apa yang akan diajarkan oleh Paulus, yang mana, merupakan salah satu sebab Yesus memanggilnya.

Sebagai tambahan, kita akan segera mengetahui dengan meneliti perkataan Yesus yang selari dengan apa yang dikatakan oleh Paulus. Berikut adalah senarai ringkas perkataan yang dikatakan Yesus dan Paulus.



1. Hidup di dalam Kristus
A. Yesus
Sebagaimana Bapa membangkitkan orang mati dan menyebabkan mereka hidup, begitu juga Anak memberikan hidup kepada orang yang dikehendaki-Nya. (Yoh 5:21)
B. Paulus
Karena sama seperti semua orang mati dalam persekutuan dengan Adam, demikian pula semua orang akan dihidupkan kembali dalam persekutuan dengan Kristus. (1 Kor 15:22)
2. Kekhuatiran
A. Yesus
Oleh itu, jangan khuatir akan hidup kamu — apa yang akan kamu makan dan minum, atau apa yang akan kamu pakai. Bukankah hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih bernilai daripada pakaian? (Mat 6:25)
B. Paulus
Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur. (Flp 4:6)
3. Penebusan dosa
A. Yesus
Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. (Yoh 10:11)
B. Paulus
Hidup kamu harus dijiwai oleh kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita. Dia mengorbankan nyawa-Nya bagi kita, sebagai suatu persembahan yang harum dan korban yang menyenangkan hati Allah. (Ef 5:2)
4. KeTuhanan Yesus
A. Yesus
Yesus menjawab, "Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada." (Yoh 8:58) Bandingkan dengan Keluaran 3:14, "Allah berfirman kepada Musa, "Aku adalah AKU. Inilah yang mesti engkau katakan kepada mereka, ‘Dia yang menyebut diri-Nya AKU sudah mengutus saya kepada kamu.’"
B. Paulus
Seluruh keperibadian Allah juga terdapat dalam diri Kristus, pada waktu Dia hidup di bumi sebagai manusia. (Kol 2:9). Lihat juga Filipi 2:5-8.
5.  Pengampunan
A. Yesus
Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu, Bapa kamu yang di syurga pun akan mengampunkan kesalahan kamu. (Mat 6:14)
B. Paulus
Tetapi hendaklah kamu ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni, sebagaimana Allah di dalam Kristus telah mengampuni kamu. (Ef 4:32)
6. Yesuslah satu-satunya jalan
A. Yesus
Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup.* Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku. (Yoh 14:6)
B. Paulus
kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia. (1 Tim 2:5)
7. Pembenaran melalui iman
A. Yesus
Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, beroleh hidup sejati dan kekal. Dia tidak akan dihukum, melainkan sudah terlepas daripada kematian dan mulai benar-benar hidup. (Yoh 5:24) Lihat juga Yoh 13:16-18; Luk 18:9-13.
B. Paulus
Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. (Rm 5:1)
8. Hukum Taurat
A. Yesus
"Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku. (Mat 5:17)
B. Paulus
Adakah hal ini bererti bahawa kerana kita percaya kepada Yesus Kristus, kita boleh memansuhkan Taurat? Tentu tidak! Sebaliknya kita mendukung Taurat. (Rm 3:31)
Inilah yang aku maksudkan: Allah telah membuat satu perjanjian dengan Abraham, dan Allah berjanji hendak memenuhinya. Taurat yang diberikan 430 tahun kemudian tidak dapat memansuhkan perjanjian itu ataupun membatalkan janji Allah. (Gal 3:17)
 9. Melakukan Hukum Taurat
A. Yesus
18 "Hukum yang mana?" tanya orang itu. Yesus menjawab, "Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu; 19 hormatilah ibu bapamu; dan kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri." (Mat 19:18-19)
B. Paulus
8 Janganlah berhutang kepada sesiapa pun, kecuali berhutang kasih terhadap satu sama lain. Sesiapa yang mengasihi sesama manusia, mentaati Taurat. 9 Hukum yang mengatakan, "Jangan berzina; jangan membunuh; jangan mencuri; jangan tamak" — semua ini dan hukum yang lain, sudah disimpulkan menjadi satu hukum sahaja, "Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri." 10 Orang yang mengasihi orang lain, tidak akan berbuat jahat kepada orang itu. Oleh itu orang yang mengasihi sesama manusia, mentaati keseluruhan Taurat. (Rm 13:8-10)
10. Takdir
A. Yesus
Yesus menjawab, "Tidak semua orang dapat menerima ajaran ini, hanya mereka yang sudah dikurniai oleh Allah kemampuan untuk menerimanya. (Mat 19:11)
Semua orang yang diserahkan oleh Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku. Aku tidak akan menolak sesiapa pun yang datang kepada-Ku, (Yoh 6:37)
Tidak seorang pun dapat datang kepada-Ku, kecuali Bapa yang mengutus Aku, memimpin dia datang kepada-Ku lalu Aku akan membangkitkan dia pada Hari Kiamat. (Yoh 6:44)
Dia berkata lagi, "Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu bahawa tidak seorang pun boleh datang kepada-Ku, kecuali Bapa memperkenankannya." (Yoh 6:65)
B. Paulus
Allah telah membuat keputusan untuk menjadikan kita anak-anak-Nya melalui Yesus Kristus. Itulah keinginan dan kehendak Allah.... 11Allah melakukan semuanya menurut rancangan dan keputusan-Nya sendiri. Dari mula-mula lagi Dia telah memilih kita, kerana Dia mahu supaya kita menjadi umat-Nya oleh sebab hidup bersatu dengan Kristus. (Ef 1:5, 11)
11. Kebangkitan
A. Yesus
22 Apabila semua pengikut Yesus berkumpul di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, "Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia.23 Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula." Oleh itu pengikut-pengikut-Nya berdukacita. (Mat 17:22-23)
B. Paulus
3 Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab.4 Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula. (1 Kor 15:3-4)
12. Ganjaran dan Hukuman
A. Yesus
Anak Manusia sudah hampir tiba bersama-sama para malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia akan membalas tiap-tiap orang menurut perbuatannya. (Mat 16:27)
B. Paulus
Hal itu demikian, kerana Allah akan membalas setiap orang setimpal dengan perbuatannya. (Rm 2:6)
13. Sifat manusia yang berdosa
A. Yesus 
19 Dari hatilah timbul fikiran jahat, yang menyebabkan seseorang membunuh, berzina, berbuat cabul, merompak, memberikan kesaksian palsu, dan memfitnah.20 Hal-hal itulah yang menajiskan orang, dan bukan makan dengan tidak membasuh tangan menurut adat!" (Mat 15:19-20)
B. Paulus
11 tidak seorang pun yang memahami apa yang benar, dan tidak seorang pun menyembah Allah.12 Semua orang sudah menjauhkan diri daripada Allah; semuanya sudah sesat. Tidak seorang pun berbuat benar; seorang pun tidak! (Rm 3:11-12)
14. Tradisi
A. Yesus
Yesus menjawab, "Mengapa kamu tidak menurut perintah Allah, tetapi menurut ajaran kamu sendiri? (Mat 15:3)
B. Paulus
Berwaspadalah supaya tidak seorang pun memperhamba kamu dengan falsafah manusia, yang tidak berguna dan menyesatkan. Ajaran itu bukan daripada Kristus, melainkan ajaran manusia yang diturunkan dari generasi ke generasi, dan ajaran daripada roh-roh yang menguasai alam semesta. (Kol 2:8)
15. Usaha sendiri untuk berbuat baik ditidakkan
A. Yesus
22 Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepada-Ku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami memberitakan perkhabaran Allah? Bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?’ 23 Tetapi Aku akan menjawab, ‘Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai kamu yang tidak mentaati Allah!’" (Mat 7:22-23)
B.Paulus
Dan bahwa tidak ada orang yang dibenarkan di hadapan Allah karena melakukan hukum Taurat adalah jelas, karena: "Orang yang benar akan hidup oleh iman." (Gal 3:11)
Seperti yang anda lihat, senarai ringkas ini menunjukkan Yesus dan Paulus mengajarkan perkara yang sama.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
1. Hidup di dalam Kristus
A. Yesus
Sebagaimana …(Yoh 5:21)
B. Paulus
Karena... (1 Kor 15:22)
Tanpa Nama
Sebagaimana Allah membangkitkan orang mati dan menyebabkan mereka hidup, begitu juga Isa memberikan hidup kepada orang yang dikehendaki-Allah. (Yoh 5:21)

3. Penebusan dosa
A. Yesus
Akulah….. (Yoh 10:11)
B. Paulus
Hidup kamu….. (Ef 5:2)
Tanpa Nama
Tafsiran Paulus yang salah.

4. KeTuhanan Yesus
A. Yesus
Yesus menjawab, …(Yoh 8:58) Bandingkan dengan Keluaran 3:14, "…
B. Paulus
Seluruh…. (Kol 2:9). Lihat juga Filipi 2:5-8.
Tanpa Nama
Yesus menjawab, "Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Allah sudah ada." (Yoh 8:58) Bandingkan dengan Keluaran 3:14, "Allah berfirman kepada Musa, "Allah adalah Allah. Inilah yang mesti engkau katakan kepada mereka, ‘Dia yang menyebut diri-Nya Allah sudah mengutus saya kepada kamu.’"

5. Pengampunan
A. Yesus
Jika …. (Mat 6:14)
B. Paulus
Tetapi …. (Ef 4:32)
Tanpa Nama
Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu, Allah kamu yang di syurga pun akan mengampunkan kesalahan kamu. (Mat 6:14)
Tafsiran Paulus yang salah. Tiada Allah di dalam Kristus.

6. Yesuslah satu-satunya jalan
A. Yesus
Yesus …. (Yoh 14:6)
B. Paulus
kerana …. (1 Tim 2:5)
Tanpa Nama
Tafsiran Paulus yang salah. Sesuai dengan zaman Nabi Isa yang diutus ketika itu, tentunya jalan untuk memperolehi keredhaan Allah hanyalah melalui beriman bahawa ajaran Nabi Isa adalah dari Alldh.

7. Pembenaran melalui iman
A. Yesus
Sungguh …. (Yoh 5:24) Lihat juga Yoh 13:16-18; Luk 18:9-13.
B. Paulus
Sekarang …. (Rm 5:1)
Tanpa Nama
Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Allah yang mengutus Aku, beroleh hidup sejati dan kekal. Dia tidak akan dihukum, melainkan sudah terlepas daripada kematian dan mulai benar-benar hidup. (Yoh 5:24) Lihat juga Yoh 13:16-18; Luk 18:9-13.

8. Hukum Taurat
A. Yesus
"Janganlah … (Mat 5:17)
B. Paulus
Adakah …(Rm 3:31)
Inilah …. (Gal 3:17)
Tanpa Nama
Sekali lagi tafsiran yang jelas salah oleh Paulus.

10. Takdir
A. Yesus
Yesus ….. (Mat 19:11)
…, (Yoh 6:37)
…. (Yoh 6:44)
… (Yoh 6:65)
B. Paulus
….. (Ef 1:5, 11)
Tanpa Nama
Yesus menjawab, "Tidak semua orang dapat menerima ajaran ini, hanya mereka yang sudah dikurniai oleh Allah kemampuan untuk menerimanya. (Mat 19:11)
Semua orang yang diserahkan oleh Allah kepada-Ku(isa) akan datang kepada-Ku(Isa) Allah tidak akan menolak sesiapa pun yang datang kepada-Ku (Isa), (Yoh 6:37)
Tidak seorang pun dapat datang kepada-Ku(Isa), kecuali Allah yang mengutus Aku (Isa), memimpin dia datang kepada-Ku (Isa) lalu Allah akan membangkitkan dia pada Hari Kiamat. (Yoh 6:44)
Dia berkata lagi, "Itulah sebabnya Aku (Isa) berkata kepada kamu bahawa tidak seorang pun boleh datang kepada-Ku (Isa), kecuali Allah memperkenankannya." (Yoh 6:65)

11. Kebangkitan
A. Yesus
22 Apabila …. (Mat 17:22-23)
B. Paulus
3 Apa yang … (1 Kor 15:3-4)
Tanpa Nama
Sekali lagi tafsiran yang jelas salah oleh Paulus.

14. Tradisi
A. Yesus
Yesus … (Mat 15:3)
B. Paulus
Berwaspadalah …. (Kol 2:8)
Tanpa Nama
Sekali lagi tafsiran yang jelas salah oleh Paulus.

15. Usaha sendiri untuk berbuat baik ditidakkan
A. Yesus
22 Pada Hari… (Mat 7:22-23)
B.Paulus
Dan bahwa … (Gal 3:11)
Tanpa Nama
22 Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepada-Ku (Isa), ‘Ya Tuhan (Isa), ya Tuhan (isa), bukankah dengan nama Tuhan (Isa) kami memberitakan perkhabaran Allah? Bukankah dengan nama Tuhan (Isa) kami mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?’ 23 Tetapi Aku (Isa) akan menjawab, ‘Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai kamu yang tidak mentaati Allah!’" (Mat 7:22-23)


Tiwas Tiwasok berkata…
Tanpa nama (31 Julai 2013 3:43 PTG),
Anda mengubah beberapa perkataan pada ayat Yohanes 5:21.

Berikut saya berikan beberapa terjemahan ayat Yohanes 5:21 yang sebenar:
"Bapa itu membangkitkan orang mati, dan memberikan mereka hidup sejati dan kekal; begitu juga Anak memberi hidup kekal kepada orang yang mau diberi-Nya hidup." Bahasa Indonesia Sehari-hari

"Sebab sama seperti Bapa membangkitkan orang-orang mati dan menghidupkannya, demikian juga Anak menghidupkan barangsiapa yang dikehendaki-Nya." Terjemahan Baru Indonesia

"karena sama seperti Bapa membangkitkan segala orang mati sambil menghidupkan dia, demikian juga Anak itu menghidupkan pula barangsiapa yang dikehendaki-Nya." Terjemahan Lama Indonesia

"Sebagaimana Bapa membangkitkan orang mati dan menyebabkan mereka hidup, begitu juga Anak memberikan hidup kepada orang yang dikehendaki-Nya." Alkitab Berita Baik Bahasa Melayu

Sangat jelas ia berbeza dengan ayat yang cuba anda berikan berikut:
"Sebagaimana Allah membangkitkan orang mati dan menyebabkan mereka hidup, begitu juga Isa memberikan hidup kepada orang yang dikehendaki-Allah."

Maka, bukankah anda seperti "berkata tidak benar" melalui ayat yang anda berikan ini?

Anda juga mengubah ayat2 pada poin ke-4, ke-5, ke-7, dan ke-10.

Untuk poin ke-3, ke-8, ke-11, dan ke-14, anda hanya menyatakannya sebagai "tafsiran Paulus salah" tanpa menyatakan apa yang salah.

Untuk poin ke-6, sangat jelas Yesus mengatakan Dia adalah satu-satunya jalan. Ia tidak memperkatakan tentang "jalan untuk memperolehi keredhaan Allah hanyalah melalui beriman bahawa ajaran Nabi Isa adalah dari Alldh." Anda sendiri yang menokok-tambah tafsiran tersebut walaupun ia tidak wujud.

Tentang poin ke-15, saya berikan post ini sebagai jawapan.
Tanpa Nama berkata…
Jelas sekali pengertian ayat bergantung pada tafsiran individu yang berbeza. Pengertian ayat akan berubah apabila dibacakan pada individu yang berbeza budaya, adat resam, geografi, keturunan dll. Amat mendukacitakan apabila anda menyamakan ajaran Paulus dengan Yesus melalui ayat-ayat tersebut kerana sangat jelas sekali statement yang telah dibuat Paulus benar-benar menyimpang dari tujuan asal yang sebenarnya amat mudah difahami. Sejujurnya, jika keimanan umat Kristian adalah berpunca dari statement yang telah dibuat oleh Paulus, mereka harus menyemak dan menafsirkannya semula. Seorang yang berkecuali pastinya akan mengatakan Ajaran Paulus dan Yesus adalah sangat berbeza sama sekali seperti air dan minyak yang tidak mungkin akan menyatu sampai kiamat.
Tiwas Tiwasok berkata…
Tanpa nama (1 Ogos 2013 10:04 PG),
Anda menulis,
"Jelas sekali pengertian ayat bergantung pada tafsiran individu yang berbeza. Pengertian ayat akan berubah apabila dibacakan pada individu yang berbeza budaya, adat resam, geografi, keturunan dll."

- Benar, namun, dalam hal ini, ayat yang ditafsir perlu dilihat berdasarkan konteks ayat tersebut.
- Ini bererti, kita perlu mentafsirnya berdasarkan pengertian, budaya, adat resam, geografi, dan keturunan penulisan tersebut.
- Apa yang anda lakukan adalah menafsir ayat2 tersebut dengan memasukkan pemahaman sedia ada anda sendiri, tanpa mengambil kira maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh ayat tersebut. Perbuatan anda ini dipanggil sebagai "eisegesis" atau pun "proof texting".

Sebagai contoh, anda memberikan ayat Yohanes 5:21 seperti berikut:
"Sebagaimana Allah membangkitkan orang mati dan menyebabkan mereka hidup, begitu juga Isa memberikan hidup kepada orang yang dikehendaki-Allah."

- Anda menukar perkataan "Bapa" dan "Nya" kepada Allah.
- Sekarang, cuba kita lihat bahasa asal ayat ini iaitu Greek:
"ὥσπερ γὰρ ὁ πατὴρ ἐγείρει τοὺς νεκροὺς καὶ ζῳοποιεῖ οὕτως καὶ ὁ υἱὸς οὓς θέλει ζῳοποιεῖ"

- Perkataan πατὴρ (dibaca patēr) bermaksud "Bapa". Anda pula menukarnya kepada "Allah", sedangkan perkataan Greek yang diterjemahkan sebagai "Allah" bukanlah πατὴρ tetapi θεόν (dibaca theos.
- Perkataan "Nya" pula tidak ada.
- Perkataan "-Nya" sebenarnya timbul melalui ungkapan berikut: "καὶ ὁ υἱὸς οὓς θέλει ζῳοποιεῖ" yang mana jika diterjemahkan terus perkataan demi perkataan, ia bermaksud "(καὶ)dan (ὁ)Si (υἱὸς)Anak (οὓς)yang-mana (θέλει)mengkehendaki (ζῳοποιεῖ)yang-menjadikan-hidup".
- Konteks ungkapan tersebut dalam tatabahasa Greek adalah merujuk kepada "Si Anak" "yang memberikan hidup" kepada "sesiapa yang dikehendaki oleh Si Anak".
- Maka, kata "-Nya" digunakan kerana ia lebih tepat menyatakan maksud sebenar ayat dalam bahasa Greek tersebut.

- Jika kita menggunakan ayat yang anda berikan, ia akan bercanggah dengan maksud asal ayat tersebut di dalam bahasa Greek.
Tiwas Tiwasok berkata…
Tanpa nama,
Anda juga menulis,
"Amat mendukacitakan apabila anda menyamakan ajaran Paulus dengan Yesus melalui ayat-ayat tersebut kerana sangat jelas sekali statement yang telah dibuat Paulus benar-benar menyimpang dari tujuan asal yang sebenarnya amat mudah difahami."

- Apa kata anda berikan secara terperinci, apakah yang "benar-benar menyimpang dari tujuan asal yang sebenarnya amat mudah difahami".

Anda berkata,
"Sejujurnya, jika keimanan umat Kristian adalah berpunca dari statement yang telah dibuat oleh Paulus, mereka harus menyemak dan menafsirkannya semula."

- Keimanan Kristian adalah berdasarkan Yesus Kristus, bukan Paulus.

Anda menulis,
"Seorang yang berkecuali pastinya akan mengatakan Ajaran Paulus dan Yesus adalah sangat berbeza sama sekali seperti air dan minyak yang tidak mungkin akan menyatu sampai kiamat."

- Maksud anda, anda seorang yang berkecuali?
- Jika benar anda berkecuali, mengapa anda mentafsir beberapa ayat Alkitab yang diberikan di atas dengan memasukkan kepercayaan anda sendiri ke dalamnya (eisegesis)?
- Dan, apa kata anda berikan ajaran Paulus dan Yesus yang anda katakan sebagai "sangat berbeza sama sekali seperti air dan minyak".
Tanpa Nama berkata…
Hai Saudara TIwas..Sudi kiranya anda memberi sedikit komen berkitan persoalan di bawah.

1. Bolehkah anda komen mengapa Islam mengakui kewujudan Nabi Isa (yang anda anggap sebagai Tuhan dalam kristian) walaupun hanyalah sebagai utusan Allah tetapi tidak dalam kristian apabila berkaitan dengan Nabi Muhammad?

2. Bolehkah anda komen mengapa dalam Islam diajar konsep tauhid iaitu menyembah Allah yang esa dan dalam kristian pula dengan konsep trinity iaitu menyembah Allah @ Tuhan Yesus?
Tiwas Tiwasok berkata…
Tanpa nama (3 Ogos 2013 11:59 PG),
Memandangkan post ini tentang Yesus dan Paulus, maka saya jawab persoalan anda di atas di post ini.