Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk melihat tujuan dan indeks keseluruhan siri post ini, sila klik di sini.
''Pada hari Sabat kami ke luar bandar dan pergi ke tepi sungai, kerana kami berfikir di situ terdapat tempat orang Yahudi berdoa. Kami duduk dan bercakap dengan wanita-wanita yang berkumpul di situ."(Kis 16:13)
Lukas menyatakan bahawa wanita Yahudi berkumpul di tepi sungai. Josephus mengesahkan
(a) tepi sungai atau laut kadang-kala menjadi tempat perkumpulan orang-orang Yahudi pada zaman Greek (diandaikan apabila tiada rumah ibadat Yahudi di kawasan tersebut), dan;
(b) dia menjelaskan asal-usul kebiasaan tersebut.
"Perintah Halicarnassus...kami telah mengarahkan, sesuai dengan kesanggupan para lelaki dan wanita Yahudi, boleh merayakan Hari Sabat, dan melakukan amalan kepercayaan mereka, menurut hukum-hukum Yahudi; dan boleh [mengadakan perjumpaan] di pinggir laut, sesuai dengan kebudayaan nenek moyang mereka; dan jika ada yang menghalang mereka, sama ada ahli majistret atau orang biasa, layak untuk dikenakan denda yang akan disalurkan untuk kegunaan kota ini."(Josephus, Ant. 14.10.23)
Ulasan