Langkau ke kandungan utama

Kisah Para Rasul 17:28

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini.
"dan kerana Dia, kita hidup dan bergerak dan ada di dunia ini. Beberapa orang penyair saudara semua juga berkata, ‘Kita semua anak-Nya.’"
(Kis 17:28)
Paulus memetik penulisan sastera Greek di bahagian ayat ini. Mungkin ada yang tahu tentang penyajak Greek, Aratus, dipetik di dalam ayat 28 ini.
"Mari kita mulakan dengan Zeus, yang mana kita sebagai manusia biasa tidak pernah berhenti memperkatakan tentangnya. Kerana setiap jalan, setiap tempat orang ramai penuh dengan Zeus. Malah pelabuhan dan laut penuh dengan keilahiannya. Semua orang terhutang budi dengan Zeus. Kerana kita semua adalah anaknya..."
(Aratus, Phainomena)

Kembali ke Indeks

Ulasan