Siri post ini adalah terjemahan/berdasarkan tulisan James Hickey. Untuk senarai penuh dan tujuan siri post ini, sila klik di sini.
"Lalu Filipus pun berangkat. Seorang sida-sida dari Etiopia sedang dalam perjalanan pulang ke negerinya. Dia seorang pegawai tinggi yang bertanggungjawab atas kekayaan Kandake, ratu negeri Etiopia. Pegawai itu pergi ke Yerusalem..."(Kis 8:27)
Siapakah sida-sida kepada Kandake, ratu negeri Etiopia ini? Pliny dan Dio Cassius memperkatakan tentang Kandake, ratu negeri Etiopia ini, sekaligus memberikan kita maklumat tentangnya:
"Mereka mengatakan bahawa tempat itu diperintah oleh seorang wanita, Kandake, nama yang telah lama diwariskan oleh ratu-ratu sebelum itu..."(Pliny, Nat. History 6.36)
Lukas adalah benar apabila dia memanggil Kandake sebagai ratu kepada Etiopia kuno!"Pada ketika itu orang-orang Etiopia, yang tinggal di kawasan selepas Mesir, maju sehingga ke sebuah bandar bernama Elephantine, dengan Kandake sebagai pemimpin mereka, menyerang semua tempat yang mereka temui."(Dio Cassius, Roman History 54:5)
Kembali ke Indeks
Ulasan