Siri post ini merupakan terjemahan/berdasarkan artikel tulisan James Hickey. Untuk melihat senarai penuh siri post ini, sila klik di sini.
"Petrus dan Yohanes masih berkata-kata kepada orang ramai, apabila imam-imam, ketua pengawal Rumah Tuhan, dan beberapa orang Saduki datang. Mereka marah kerana Petrus dan Yohanes mengajar orang ramai bahawa Yesus sudah dibangkitkan daripada kematian. Hal itu membuktikan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Oleh itu mereka menangkap kedua-dua orang rasul itu. Mereka ditahan di dalam penjara sehingga esok, kerana hari sudah petang." (Kis 4:1-3)
Mengapakah imam-imam (besar) dan orang-orang Saduki marah terhadap orang-orang Kristian? Orang Saduki menganggap kebangkitan adalah pemahaman teologi yang salah; dan pengiystiharan bahawa Yesus adalah Mesias malah telah bangkit dari kematian adalah bertentangan dengan dasar utama pemahaman teologi mereka.
Ahli sejarah berbangsa Yahudi, Josephus (yang dilahirkan hanya beberapa tahun selepas peristiwa kematian Yesus) memberikan kita beberapa penjelasan tambahan:
"...Sementara para Saduki berjaya meyakinkan orang-orang kaya, tetapi tidak mempunyai sokongan daripada keseluruhan penduduk yang ada, maka para Farisi mempunyai sokongan yang ramai di pihak mereka."(Josephus, Antiquities of The Jews, 13.10.6)
"[Farisi] juga percaya bahawa roh adalah kekal, dan di dalam perut bumi terdapat anugerah atau hukuman, sesuai dengan waktu mereka masih hidup sama ada baik atau jahat; dan yang jahat akan dihukum di dalam penjara yang kekal, sementara yang baik akan menerima hidup dan kebangkitan; yang mana adalah doktrin yang berjaya mereka yakinkan kepada ramai orang..."(Josephus, Antiquities of The Jews, 18.1.3)
Selepas itu, di dalam Kisah Para Rasul 6:7, dikatakan ramai imam menjadi percaya bahawa Yesus adalah Mesias. Hal ini juga membuatkan para Saduki menjadi tidak senang hati!"Namun doktrin para Saduki adalah seperti berikut: Roh mati bersama dengan tubuh; mereka juga menolak semua perkara selain yang terkandung di dalam hukum agama; kerana mereka menganggap adalah suatu sifat terpuji untuk mempertikaikan guru-guru falsafah yang sering mereka temui: namun doktrin ini tidak disukai ramai kecuali mereka yang mempertahankan maruah yang tinggi..."(Josephus, Antiquities of The Jews, 18.1.4)
Nota: Di atas, Josephus mencatatkan bahawa para Saduki "menganggap adalah suatu sifat terpuji untuk mempertikaikan guru-guru falsafah yang sering mereka temui". Di dalam kitab Injil, para Saduki sering-kali mencabar Yesus dalam usaha untuk memerangkap-Nya. Suatu poin sokongan yang menarik (untuk kitab Injil).
Kembali ke Indeks
Ulasan