Siri post ini berdasarkan/terjemahan artikel tulisan James Hickey. Untuk senarai penuh siri post ini, sila klik di sini.
"Mereka menjumpai Imam Agung Hanas dan Kayafas, Yohanes, Aleksander, dan semua orang lain yang tergolong dalam keluarga Imam Agung itu."(Kis 4:6)
Ayat ini menyebut tentang Kayafas dan beberapa ahli keluarga yang lain. Penulis sejarah abad pertama, Josephus, mencatatkan tentang Kayafas (dipanggil sebagai Yusuf) dan juga bapa mertuanya, Hanas (juga dipanggil sebagai Ananus). Perhatikan di hujung penulisan di bawah, seorang lagi watak Alkitab yang sangat terkenal juga dicatatkan.
"Dia melucutkan Ananus daripada jawatannya sebagai Imam besar...Dia juga telah melucutkan jawatannya dalam tempoh masa yang singkat, dan melantik Eleazar, anak lelaki Ananus, yang pernah menjadi imam besar sebelum itu, untuk kembali menjadi imam besar...dan...Yusuf Kayafas dilantik [menjadi imam besar]. Setelah Gratus melakukan semua itu, dia kembali ke Rom, selepas dia bertugas selama 11 tahun di Yudea, apabila Pontius Pilatus menggantikannya."(Josephus, Ant. 18.2.2)
Ulasan