Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Lynn Anderson: Tentang Iman dan Pengetahuan

Dengar apa yang dituliskan pada Yohanes 7:17, ....Yesus berkata, ' Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripada Allah atau daripada Aku sendiri. ' Maka, jika kita mempunyai keinginan untuk percaya, Tuhan akan kemudian mengesahkan bahawa Yesus adalah daripada Tuhan.    ....Alkitab menjelaskan hal ini apabila dikatakan, ' Meskipun Dia sudah melakukan semua mukjizat itu di hadapan mereka, mereka tidak percaya kepada-Nya ' (Yohanes 12:37). Dan dua ayat kemudian, dikatakan, ' Itulah sebabnya mereka tidak dapat percaya ' (Yohanes 12:39).    Dengan kata lain, mereka mengambil keputusan untuk menidakkan mesej dari mukjizat-mukjizat tersebut, iaitu bukti yang menunjukkan Yesus adalah Tuhan, kerana mereka tidak mahu membayar harganya, iaitu seluruh sistem keagamaan mereka musnah kerananya, ....Dan mereka telah membuat keputusan untuk tidak percaya sekian lama sehinggakan mereka turut menghilangkan kemampuan mereka untuk

Siri Apologetik - Apologetik dan istilah-istilah yang berkaitan

Berdasarkan/terjemahan buku Faith Has Its Reasons , muka surat 21-23 . Telah menjadi suatu kebiasaan untuk menggunakan istilah apologi   dalam merujuk kepada usaha khusus atau hasil kerja yang mempertahankan kepercayaan tersebut.[ 6 ] Sebuah apologi mungkin berbentuk dokumen bertulis, ucapan, atau mungkin juga sebuah filem; apa-apa jenis media perhubungan boleh digunakan. Seorang apologis  adalah seseorang yang memberikan suatu apologi atau melakukan aktiviti mempertahankan kepercayaan/iman tersebut. Seorang apologis mungkin (dan melakukannya) membentuk apologi mereka di dalam konteks intelektual yang pelbagai. Iaitu, mereka mungkin memberikan pembelaan kepada kepercayaan/iman Kristian yang berkaitan dengan isu-isu sains, sejarah, falsafah, etika, keagamaan, teologi, atau budaya.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #13: Tiga persoalan "Adakah...?"

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis cuba menimbulkan persoalan tentang apa yang telah dilakukan Jesus sebelum Dia mencapai umur 30 tahun kerana " Tiada maklumat jelas perihal apa yang dilakukan oleh Jesus selama 18 tahun itu. " (m/s 10). Namun, seperti yang telah dinyatakan di dalam post sebelum ini , persoalan ini sebenarnya memberikan impak yang lebih besar ke atas kepercayaan penulis sendiri. Penulis kemudian memberikan tiga persoalan yang bersifat retorik . Walaupun ia hanyalah soalan retorik, berikut adalah respon kepada persoalan-persoalan tersebut. Soalan pertama : " Adakah Jesus berguru dengan mana-mana imam Yahudi ataupun belajar dengan Nabi Zakaria? " Jawapan : Tidak dinyatakan di dalam Bible. Hanya dinyatakan Jesus semakin membesar dan bertambah hikmat-Nya. ( Luk 2:40, 52 ) ------------------------------- Soalan kedua : " Adakah beliau bekerja sebagai tukang kayu? " Jawapan : Sebelum Jesus memulakan pel

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #12: Pekerjaan Jesus?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis memberikan ayat dari Injil Lukas 3:23 berikut: "Menurut pandangan orang, Jesus memulakan pekerjaannya ketika dia berumur kira-kira 30 tahun." ( Luke,  3:23) Selepas itu, penulis cuba menimbulkan persoalan berikut: " Ayat di atas juga tidak menjelaskan pekerjaan yang dilakukan oleh Jesus, sama ada tukang kayu, penggembala biri-biri ataupun menyebarkan agama Nasrani. " Sebelum menjawab persoalan penulis, perlu diketahui bahawa struktur ayat Luke  3:23 yang diberikan oleh penulis di dalam bukunya ini adalah berbeza dengan struktur ayat sebenar seperti yang terdapat di dalam Bible/Alkitab. Versi yang diberikan penulis ini membawa maksud umur ketika Jesus dikatakan memulakan pekerjaan-Nya, iaitu 30 tahun, adalah "menurut pandangan orang" semata-mata . Sedangkan, ayat sebenar tidak membawa maksud sedemikian.

Siri Hujah Balas: Ahmed Deedat dan Samuel Green

Yohanes 1:1 ἐν ἀρχῇ ἦν ὁ λόγος καὶ ὁ λόγος ἦν πρὸς τὸν θεόν καὶ θεὸς ἦν ὁ λόγος Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ahmed Deedat: " Saya bertanya kepada Reveren tersebut sama ada dia tahu bahasa Greek atau tidak? "Ya," jawabnya. Dia telah mempelajari bahasa Greek selama lima tahun sebelum itu. Saya bertanya kepadanya apakah perkataan Greek untuk "Allah" yang pertama digunakan di dalam terjemahan ungkapan " Firman itu bersama-sama dengan Allah "? Dia terus merenung ke arah saya tetapi tidak menjawabnya. Jadi, saya berkata, perkataan tersebut adalah HOTHEOS , yang mana secara literal bermaksud "ALLAH"..... "Sekarang, beritahu saya apakah perkataan Greek asal yang digunakan untuk perkataan Allah yang kedua di dalam ayat tersebut - " dan Firman itu adalah Allah "? Reveren tersebut terus berdiam diri. Bukan kerana dia tidak tahu bahasa Greek, atau dia telah

Dave Brunn: Tentang Alkitab

Alkitab adalah Firman Tuhan! Namun kadang-kala, kita boleh melihatnya sebagai kata-kata Tuhan atau juga pembentukan tatabahasa daripada Tuhan. Mengapa Tuhan memberikan kita Firman-Nya? Adakah supaya kita boleh mengkaji dan menganalisa linguistiknya yang kompleks? Saya tidak berpendapat sedemikian. Memang ada ruang untuk kajian dan analisis, tetapi tujuan utama Tuhan memberikan kita Firman-Nya adalah lebih dalam lagi. Setiap pelajar kepada Firman ini harus bertanya, "Adakah pembelajaran saya terhadap Alkitab menghasilkan perubahan yang nyata di dalam pemikiran dan cara hidup saya?" Secara semulajadi, saya seorang yang bersifat analitikal. Saya gemar menggali ke dalam Firman dan menyelidiki teks asal dengan lebih terperinci. Tidak ada yang salah dengan hal tersebut. Namun saya perlu mengingatkan diri saya bahawa Alkitab lebih dari sekadar kata-kata Tuhan, atau pembinaan tatabahasa oleh Tuhan atau tulisan Tuhan. Ia adalah hati Tuhan! Lebih dari semua perkara, Tuhan ma

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #11: 25 Disember?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Sekali lagi, penulis mengulang kesilapan yang telah dilakukan olehnya di awal buku ini, iaitu menuduhkan suatu kepercayaan yang tidak dipercayai oleh Kristian, dan kemudian menidakkan kepercayaan yang dituduh tersebut seolah-olah ia adalah kepercayaan Kristian. Saya percaya mana-mana orang Kristian yang tahu kepercayaan sebenar Kristian akan menggeleng-gelengkan kepala membaca tuduhan penulis yang berikut: " Gospel of Luke menunjukkan Jesus dilahirkan pada musim bunga. Beliau tidak dilahirkan pada musim sejuk ataupun pada 25 Disember. " (m/s 9) Penulis berusaha membuktikan bahawa Jesus tidak dilahirkan pada 25 Disember seolah-olah tarikh tersebut adalah tarikh sebenar kelahiran Jesus. Tuduhan penulis ini jelas menunjukkan kegagalannya dalam memahami kepercayaan sebenar Kristian tentang kelahiran Jesus.

Siri Apologetik - Dari Apologia ke Apologetik

Berdasarkan/terjemahan buku Faith Has Its Reasons , muka surat 18-21. Apologetik mungkin boleh dijelaskan secara mudah sebagai mempertahankan iman/kepercayaan Kristian. Namun, penjelasan yang kelihatan mudah ini sebenarnya menutupi kerumitan dalam memberikan definisi tepat untuk apologetik. Sebenarnya, wujud kepelbagaian pendekatan yang telah digunakan dalam usaha untuk memberikan maksud, skop, dan tujuan apologetik.

Siri Apologetik- Senarai penuh siri ini.

Siri ini akan memperkatakan tentang apologetik secara khusus. (Akan dikemaskini dari semasa ke semasa) 1. Dari Apologia ke Apologetik . 2. Apologetik dan istilah-istilah yang berkaitan 3. Fungsi-fungsi Apologetik 4. ... akan datang ...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #10: Tahun Jesus dilahirkan?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 7 hingga 8 buku ini, penulis cuba memberikan suatu gambaran seolah-olah wujud suatu permasalahan besar tentang tahun kelahiran Jesus. Penulis cuba menyatakan oleh kerana Bible/Alkitab tidak dapat menyatakan dengan tepat tahun berapa Jesus dilahirkan, maka ia bukan daripada Tuhan. Penulis menulis: " Oleh itu, tahun berapakah Jesus dilahirkan? Sekiranya Bible adalah kitab suci yang datang daripada Allah, mengapa persoalan perihal kelahiran Jesus berlaku perbezaan pendapat. " (m/s 8) Daripada kenyataan penulis tersebut, kita dapat membuat ringkasan argumen berikut: Kitab suci yang datang daripada Allah akan menyatakan tahun Jesus dilahirkan. Bible/Alkitab tidak menyatakan dengan jelas tahun bila Jesus dilahirkan. Maka, Bible/Alkitab bukan daripada Allah. Suatu kenyataan dan tuduhan yang sangat berani! Malangnya, keberanian tersebut dibuat tanpa memikirkan kesannya ke atas kepercayaan penulis sendiri.

Siri Hujah Balas: Ahmed Deedat dan Josh McDowell

Ahmed Deedat : Di dalam seluruh 27 buah kitab di dalam Perjanjian Baru, tidak terdapat satu pun kenyataan Yesus yang berbunyi "Aku telah mati, dan aku telah kembali dari kematian." Orang-orang Kristian telah menghuraikan dengan panjang lebar perkataan kebangkitan. Lagi dan lagi, dengan mengulang-ulang, dikatakan bahawa ia membuktikan suatu fakta. Anda terus menerus melihat dia, dia makan makanan, seolah-olah Dia telah dibangkitkan. Dia muncul di bilik atas - Dia telah dibangkitkan. Yesus Kristus tidak pernah mengatakan bahawa "Aku telah kembali dari kematian," di dalam kesemua 27 buah kitab Perjanjian Baru, sekali pun tidak. Josh McDowell : Saya tidak pasti jika saya mendengarnya, tapi adakah anda mengatakan, "tidak ada di dalam semua 27 buah kitab Perjanjian Baru di mana Yesus berkata bahawa Dia telah 'mati dan kini hidup'"? Boleh saya bacakan untuk anda kitab Wahyu, bab 1, ayat 18? Dia berkata, "Akulah Dia yang hidup! Aku sudah

David R. Burfield: Tentang berkhutbah

Masa kini ramai pengkhutbah hidup dalam kesibukan dan sering kali masa untuk menyiapkan khutbah sangat terhad khasnya kalau jemputan berkhutbah lambat diterima. Penulis mengakui biasanya kalau masa terhad persiapan yang diabaikan adalah berdoa. Tanpa berdoa, yang tertinggal adalah 'kata-kata menurut kebijaksanaan manusia' sahaja. Tetapi, ini bukan kegagalan pengkhutbah sahaja. Ada kalanya, seorang tetamu melawat gereja pengkhutbah Baptis yang terkenal, C H Spurgeon. Spurgeon ditanya, "Apakah rahsia pelayanan berkhutbah anda yang begitu berhasil?" Sebelum kebaktian dia membawa tetamu itu ke dewan di bawah gedung gereja. Di sana tetamu memperhatikan beberapa ratus anggota jemaah sedang berdoa untuk menyokong kebaktian dan pelayanan berkhutbah. Pasti bahawa jemaah juga bertanggungjawab menjadikan pelayanan berkhutbah berkesan. Masa kini jemaah jarang diajar untuk mendoakan pelayanan berkhutbah. dipetik dari buku Berkhutbah Yang Hidup , m/s 7.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #9: Injil Apokripa?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis juga memperkatakan tentang " rekod-rekod Bible yang lain iaitu Gospel-gospel Apocrypha (yang tersembunyi) yang tidak sah ataupun tidak diakui oleh gereja " (m/s 6). Penulis cuba menggambarkan bahawa " gospel-gospel apocrypha " ini  sengaja  disembunyikan atau ditolak oleh gereja. Ini jelas apabila penulis mencadangkan bahawa " dengan mendalami gospel-gospel ini, kita mempunyai rujukan lain di luar gereja yang mengetahui peribadi Jesus yang lain dalam tulisan selain daripada empat Gospel Kanonik yang dikenali selama ini ". Melalui kenyataan tersebut, penulis cuba memberikan gambaran bahawa penulis-penulis * Gospel Apocrypha  ini mengenal atau pernah hidup bersama-sama dengan Jesus. ( * Istilah yang betul sebenarnya adalah 'Apocryphal Gospel', bukan 'Gospel Apocrypha'. Namun, saya akan mengekalkan istilah 'Gospel Apocrypha' kerana itu yang digunakan oleh penulis di dalam bukunya)

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #8: Biografi Jesus?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Di bawah tajuk "Menjejaki Biografi Jesus" (m/s 6), penulis mendakwa " Perjanjian Baru tidak menceritakan secara terperinci kronologi kehidupan Jesus ". Penulis juga dengan beraninya mengatakan " kita tidak akan menemui sejarah yang jelas berkaitan peribadi Jesus, terutamanya kisah Jesus ketika berusia bawah 30 tahun ". Mungkin penulis perlu menilai semula dakwaannya ini secara konsisten. Maksud konsisten di sini adalah menilai kitab Al-Quran menggunakan penilaian sama yang digunakannya untuk menilai Perjanjian Baru. Hakikatnya, Perjanjian Baru memberikan perincian yang jauh lebih banyak berbanding apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Terdapat empat kitab Injil yang memberikan perincian berikut: kelahiran-Nya, kehidupan-Nya, pengajaran-Nya, kematian-Nya, dan kebangkitan-Nya. Melalui Perjanjian Baru, kita tahu apa yang terjadi kepada Jesus. 

Bagaimana kita boleh menguji nubuat?

Sebagai seorang Kristian, mungkin anda pernah mendengar seorang peribadi yang telah bernubuat bahawa kononnya dunia akan kiamat pada suatu tarikh. Namun, apabila tarikh tersebut tiba, tiada apa-apa yang terjadi. Atau mungkin anda pernah mendengar seseorang bernubuat bahawa kononnya akan terjadi pertumpahan darah  akibat politik dan agama di sesebuah negara. Namun, dia memberikan suatu jaminan untuk dirinya (agar tidak dituduh berbohong jika nubuat tersebut tidak terjadi) dengan berkata ia tidak akan terjadi jika kita cukup berdoa. Maka, apabila nubuat tersebut tidak terjadi, kita beranggapan kita telah cukup berdoa. Apa reaksi kita setelah mendengarnya? Terus percaya atau terus menolaknya mentah-mentah?

Injil menurut Tomas/The Gospel of Thomas: Asli atau Palsu?

Post ini diterjemahkan/berdasarkan buku The Case for The Real Jesus , m/s 35-39. Berikut adalah temubual di antara Lee Strobel , seorang mantan wartawan jenayah dan editor sebuah akhbar, dan juga Craig A. Evans , seorang profesor Perjanjian Baru. - Untuk mengelakkan kekeliruan, kenyataan Lee Strobel berwarna biru gelap dan Craig A. Evans berwarna coklat gelap . ---------------------------------------------------------------------------------------------------    " Sejarah memelihara sekurang-kurangnya setengah dozen rujukan yang mengatakan wujud sebuah kitab Injil yang dikatakan ditulis oleh Tomas, " jawab Evan kepada soalan saya tentang dokumen kuno tersebut. " Dan juga, mereka sebenarnya tidak percaya kitab Injil tersebut benar-benar ditulis oleh Tomas sendiri atau sama ada ia asli atau awal. Tidak ada yang berkata, 'Alangkah baiknya kalau kita dapat menemui Injil Tomas yang telah hilang itu kerana ia sangat berharga'. Mereka sebaliknya berkata,

Sean McDowell: tentang tujuan kewujudan kita

Kita dicipta untuk menjalani kehidupan gembira yang memuaskan. Kita dicipta untuk mengetahui betapa baiknya jika kita diterima, diakui, dan dihargai, serta berkeupayaan untuk bebas mengasihi dan dikasihi. Kita dicipta untuk mengalami kepenuhan dan kepuasan yang tidak dapat diukur, kesenangan dan ketenangan di luar batas pemahaman kita, dan sukacita sempurna. Dan kehidupan bermakna seperti itu hanya datang melalui persekutuan dengan Tuhan dan dijadikan serupa gambaran-Nya (Roma 8:29). dipetik dan diterjemahkan dari buku  The Unshakable Truth , m/s 244.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #7: Bayi itu berkata-kata?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Untuk bahagian ini, penulis telah menghabiskan lima muka surat untuk mengulas tentang bagaimana Jesus telah berkata-kata ketika masih bayi lagi untuk mempertahankan ibu-Nya daripada tuduhan zina. Saya pada mulanya tertanya-tanya, mengapa penulis begitu beriya-iya memperkatakan hal ini? Apa signifikasinya terhadap Jesus? Penulis nampaknya cuba menunjukkan bahawa " Al-Quran dengan jelas menentang hebat fitnah perihal Maryam berzina, yang dilontarkan oleh kaum Yahudi Farisi dan Saduki " (m/s 3). Sedangkan Bible pula " hanya menceritakan kemarahan Jesus apabila beliau dituduh sebagai anak zina " (m/s 3) dan tidak berbuat apa-apa untuk menjelaskan dan menidakkan tuduhan tersebut. Dengan kata lain, penulis cuba memberikan gambaran bahawa Al-Quran lebih 'baik' terhadap Jesus kerana memberikan penjelasan kepada tuduhan 'anak zina' tersebut. Bible/Alkitab pula kurang baik kerana tidak memberikan penjelasa

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #6: Jesus bukan Anak Allah?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis cuba menggunakan Matius 12:15-18 untuk menunjukkan Jesus hanyalah "hamba Allah". Penulis memberikan dakwaan berikut: "Islam juga menolak konsep Jesus sebagai Anak Allah, tetapi Jesus adalah rasul dan hamba Allah. Jesus sama seperti Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Lalu kita tertanya-tanya, apakah ada pernyataan dalam Bible, yang Jesus itu hanyalah hamba Allah? Perhatikan ayat Bible berikut: "Ramai orang mengikut Jesus dan dia menyembuhkan penyakit mereka. Dia melarang keras mereka memberitahu siapa dia sebenarnya. Perkara ini dilakukan bagi memenuhi khabar yang disampaikan oleh Isaiah. "Lihatlah, itu hamba-Ku  yang Kupilih, yang Kukasihi, yang kepada-Nya jiwa-Ku berkenan; Aku akan menaruh roh-Ku ke atas-Nya, dan Ia akan memaklumkan hukum kepada bangsa-bangsa." (Matthew, 12:15-18)" Penulis kemudian memberikan ayat Al-Quran iaitu Surah An-Nisaak, ayat 172, dan juga Surah Maryam, ayat 30, sebagai

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #5: Memuja-muji Jesus?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Menurut penulis, tindakan memuja Jesus sebagai "anak Tuhan" adalah tindakan "berlebih-lebihan". Penulis memberikan dakwaan berikut pada muka surat xvii buku ini: "Sebab itu Jesus tidak mahu dipuja oleh umatnya. Perhatikan kata-kata Jesus berikut: "Ketika Jesus mahu meneruskan perjalanannya, datang seorang berlari-lari mendapatkannya. Orang itu melutut dan bertanya, 'Guru yang baik, apa yang harus aku lakukan supaya hidup selama-lamanya?' Jesus menjawab, 'Mengapa engkau kata aku baik? Tidak seorang pun yang baik selain daripada Tuhan semata-mata.' ( Mark,  10:17-18) Gospel of Mark (10:17-18) menjelaskan Jesus juga mengetahui yang baik itu hanya Allah. Jesus mengakui dia hanya seorang hamba ataupun suruhan Allah. Namun kenyataannya, penganut agama Kristian pada hari ini memuja Jesus sebagai tuhan dan menyamakan Jesus dengan Allah." Adakah dakwaan penulis ini benar?

Siri persoalan umum: Bagaimana Yesus boleh menjadi Tuhan jika Dia mengatakan hanya Tuhan yang baik?

Post ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Soalan: Bagaimana Yesus boleh menjadi Tuhan jika dia menafikan dirinya baik, dan berkata hanya Tuhan yang baik (Markus 10:18)? Jawapan: Konteks ayat tersebut adalah berikut: " Ketika Yesus meneruskan perjalanan-Nya, seorang lelaki berlari ke arah Yesus. Dia sujud di hadapan Yesus lalu bertanya, "Guru yang baik, apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?" " Mengapa kamu mengatakan Aku baik?" tanya Yesus. "Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah. " " (Markus 10:17-18, TMV) Dengan memetik ayat tersebut tanpa mengambil kira konteks keseluruhannya, gambaran yang diberikan adalah Tuhan Yesus menafikan keTuhanan-Nya kerana Dia menafikan diri-Nya sebagai baik dalam erti kata Tuhan itu baik. Logik si penyoal adalah seperti berikut: Hanya Tuhan yang baik (sepenuhnya). Yesus tidak baik (sepenuhnya). Maka, Yesus bukan Tuhan. Pemilihan yang mengelirukan ini

Fakta segera - Soteriologi (Soteriology)

Soteriologi adalah penyelidikan tentang doktrin keselamatan. Istilah ini timbul dari perkataan Greek,  soterious , yang bermaksud keselamatan. Soteriologi memperkatakan tentang bagaimana kematian Kristus memberikan keselamatan kepada mereka yang percaya. Ia membantu kita memahami doktrin-doktrin lain seperti penebusan (redemption), pembenaran (justification), penyucian (sanctification), pendamaian (propitiation), dan penebusan pengganti (substitutionary atonement). Selain Kristologi, Soteriologi adalah bidang yang paling membezakan Kristianiti terhadap kumpulan bidaah dan agama lain di dalam dunia ini. Memahami Soteriologi Alkitabiah akan membantu kita mengetahui mengapa keselamatan hanya diperolehi melalui iman ( Efesus 2:8-9 ), iaitu hanya melalui iman kepada Yesus Kristus. Tidak ada kepercayaan lain yang mendasarkan keselamatan hanya melalui iman. Soteriologi membantu kita untuk melihat sebabnya. Pemahaman yang jelas tentang keselamatan akan memberikan kita damai sejahter

Paul E. Little: Tentang iman

Kita semua menggunakan iman setiap hari . Adalah agak mustahil untuk tidak menggunakan iman, walaupun kita mengenepikan iman yang bersifat keagamaan. Kita beriman terhadap doktor, beriman kepada kedai yang menjual barangan runcit, beriman kepada orang yang mengajak kita untuk bertemu janji. Kita juga beriman bahawa kereta api yang kita naiki akan sampai ke tempat kerja kita atau penghantar kiriman akan membawa cek gaji kita. Saintis mempunyai iman terhadap kaedah sains yang dipelajari daripada para saintis terdahulu, dengan anggapan mereka jujur dalam penyelidikan mereka. Maka, iman sebenarnya bermaksud percaya; kita perlu mengamalkan sekurang-kurangnya suatu tindakan iman agar kita dapat berinteraksi secara bermakna dengan dunia yang sebenar. dipetik dan diterjemahkan dari buku Know Why You Believe ,  m/s 16.