Kita semua menggunakan iman setiap hari. Adalah agak mustahil untuk tidak menggunakan iman, walaupun kita mengenepikan iman yang bersifat keagamaan. Kita beriman terhadap doktor, beriman kepada kedai yang menjual barangan runcit, beriman kepada orang yang mengajak kita untuk bertemu janji. Kita juga beriman bahawa kereta api yang kita naiki akan sampai ke tempat kerja kita atau penghantar kiriman akan membawa cek gaji kita. Saintis mempunyai iman terhadap kaedah sains yang dipelajari daripada para saintis terdahulu, dengan anggapan mereka jujur dalam penyelidikan mereka.
Maka, iman sebenarnya bermaksud percaya; kita perlu mengamalkan sekurang-kurangnya suatu tindakan iman agar kita dapat berinteraksi secara bermakna dengan dunia yang sebenar.
dipetik dan diterjemahkan dari buku Know Why You Believe, m/s 16.
Ulasan