Masa kini ramai pengkhutbah hidup dalam kesibukan dan sering kali masa untuk menyiapkan khutbah sangat terhad khasnya kalau jemputan berkhutbah lambat diterima. Penulis mengakui biasanya kalau masa terhad persiapan yang diabaikan adalah berdoa. Tanpa berdoa, yang tertinggal adalah 'kata-kata menurut kebijaksanaan manusia' sahaja.
Tetapi, ini bukan kegagalan pengkhutbah sahaja. Ada kalanya, seorang tetamu melawat gereja pengkhutbah Baptis yang terkenal, C H Spurgeon. Spurgeon ditanya, "Apakah rahsia pelayanan berkhutbah anda yang begitu berhasil?" Sebelum kebaktian dia membawa tetamu itu ke dewan di bawah gedung gereja. Di sana tetamu memperhatikan beberapa ratus anggota jemaah sedang berdoa untuk menyokong kebaktian dan pelayanan berkhutbah. Pasti bahawa jemaah juga bertanggungjawab menjadikan pelayanan berkhutbah berkesan. Masa kini jemaah jarang diajar untuk mendoakan pelayanan berkhutbah.
dipetik dari buku Berkhutbah Yang Hidup, m/s 7.
Ulasan