Langkau ke kandungan utama

Siri Injil Barnabas: #1. Injil Barnabas dan Surat Barnabas

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green.
*Senarai lengkap siri ini di sini.

Injil Barnabas bukan Surat Barnabas

Kitab yang didakwa sebagai Injil Barnabas
yang kini disimpan di sebuah Muzium di Tukri.
Terdapat dua penulisan yang menggunakan nama Barnabas. Injil Barnabas dan Surat Barnabas. Kedua-dua penulisan ini jauh berbeza. Injil Barnabas adalah kitab yang disokong oleh Muslim hari ini, sementara Surat Barnabas adalah catatan kuno Kristian yang mengajarkan tentang ketuhanan, kematian dan kebangkitan Yesus. Surat Barnabas adalah penulisan Kristian sepenuhnya dan boleh dibaca secara percuma di sini.

Tinggalan salinan manuskrip Surat Barnabas
Perbezaan kedua-dua penulisan ini perlu difahami kerana kadang-kala ada yang terkeliru; ada yang menyangka Surat Barnabas merujuk kepada Injil Barnabas sedangkan ia tidak sama. Kedua-duanya adalah penulisan yang jauh berbeza.

Ulasan