Langkau ke kandungan utama

Siri Injil Barnabas: #5. Bilakah Injil Barnabas ditulis?

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green.
*Senarai lengkap siri ini di sini.

Setakat ini, kita telah melihat bahawa penulis kitab Injil Barnabas ini tidak begitu tahu dengan bahasa, sejarah dan kedudukan geografi pada zaman kehidupan Yesus. Dia juga mempunyai beberapa idea yang berasal dari abad ke-14 dan bukti manuskrip menunjukkan ia berasal dari abad ke-15 dan seterusnya. Maka, adalah munasabah untuk menyimpulkan bahawa Injil Barnabas ditulis pada abad ke-14 dan tidak ditulis oleh salah seorang murid Yesus pada pada abad pertama. Adakah kesimpulan ini munasabah? Nampaknya, ia memang munasabah. Malah, ada sarjana Muslim yang bersetuju dengan kesimpulan ini:
Berkenaan dengan kitab Injil Barnabas itu sendiri, tidak dinafikan lagi bahawa ia adalah kitab palsu dari zaman pertengahan...Kitab ini mengandungi anakronisme yang berasal dari Zaman Pertengahan dan bukan zaman sebelumnya, dan memberikan pemahaman yang lemah tentang konsep-konsep Islam, memanggil Nabi Muhammad sebagai "Mesias/Al-Masih", yang mana tidak diajarkan di dalam Islam. Selain andaian sejarah kitab ini yang melucukan, dari segi gaya penulisan ia adalah jenaka biasa terhadap kitab Injil, sama seperti membandingkan penulisan Baha Allah dengan Al-Quran. (Cyril Glassé, The Concise Encyclopedia of Islam, San Francisco: Harper & Row, 1989, m/s 65)[1]
(Zaman Pertengahan adalah dari abad ke-8 masihi hingga abad ke-15 masihi)

Nota
[1] As regards the "Gospel of Barnabas" itself, there is no question that it is a medieval forgery ... It contains anachronisms which can date only from the Middle Ages and not before, and shows a garbled comprehension of Islamic doctrines, calling the Prophet the "Messiah", which Islam does not claim for him. Besides it farcical notion of sacred history, stylistically it is a mediocre parody of the Gospels, as the writings of Baha Allah are of the Koran. (Cyril Glassé, The Concise Encyclopedia of Islam, San Francisco: Harper & Row, 1989, p. 65).

Ulasan