Langkau ke kandungan utama

Catatan

Fakta segera: Pernahkan Yesus berkata di dalam Alkitab, "Aku bukan Tuhan, jangan sembah Aku"?

Pernahkah anda disoal seperti berikut, "Pernahkah Yesus berkata di dalam Alkitab, 'Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku'?" - Soalan ini diberikan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa Yesus bukan Tuhan kerana Dia tidak pernah menyatakan ungkapan sedemikian. Saya pasti ramai yang pernah mendengar soalan ini. Apa jawapan anda apabila disoal sedemikian? Adakah anda terkedu? Sebenarnya, agak mudah untuk menjawab soalan ini. Kita hanya perlu bertanya semula, "Pernahkah Yesus berkata di dalam Alkitab, 'Aku bukan Tuhan, jangan sembah Aku'?" Melalui soalan balas ini, kita dapat menunjukkan bahawa tuntutan untuk wujudnya suatu kenyataan daripada Yesus yang berbunyi "Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku" adalah tidak munasabah. Tuntutan tersebut hanyalah muslihat untuk memerangkap individu yang disoal. * Jika anda mempunyai sebarang pendapat, sila tulis di ruangan komen post ini.

'Update' dan Soalan untuk Muslim

Sebelum itu, maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini. Ketika ini saya agak sibuk. Namun, saya sedang menyiapkan suatu siri post (yang saya tidak pasti bila ia akan siap) untuk dipaparkan di dalam blog ini. Selain itu, saya juga sedang dalam proses menyunting video pertama saya tentang iman Kristianiti yang akan saya muat naik ke dalam blog ini dan juga ke laman youtube. Satu lagi 'kawasan' baru yang saya akan cuba terokai. Namun, sebagai ' update ', saya berikan soalan berikut khusus kepada Muslim. Soalan ini timbul ketika saya sedang menyelidiki tentang kematian dan kebangkitan Yesus ( hint untuk post dan video akan datang). Soalan tersebut adalah seperti berikut: "Menurut Al-Quran dan kepercayaan Islam, mengapa Yahudi mahu membunuh/menyalibkan Isa Almasih/Yesus?" Soalan ini timbul kerana saya mendapati Al-Quran tidak memberikan sebarang sebab mengapa kaum Yahudi mahu menyalibkan Yesus. Apakah perbuatan yang telah dilakukan oleh Isa Almasih/...

Sebuah Dialog Kristian-Muslim

Sebelum ini, saya telah berdialog dengan beberapa orang Muslim di blog Hikmatun. Anda boleh membacanya di sini . Salah seorang dari mereka, iaitu Sam1528 telah memberikan respon yang menarik. Berikut saya paparkan semula dialog kami di dalam blog post tersebut. Anda sebagai pembaca boleh menilai sendiri setiap poin yang ditimbulkan di dalam perbincangan tersebut. Tiwas (Kristian), Sam1528 (Muslim)

12.Ibu - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Ibu Argumen SM Perjanjian Lama mengandungi banyak perintah-perintah supaya ibu bapa diberikan layanan yang baik dan bertimbang rasa, dan mengutuk mereka yang tidak menghormati ibu bapa (cth: Im 20:9; Ams 15:20). Walaupun tidak menghormati bapa disebut secara bersendiri di beberapa tempat, contohnya “Anak yang bijak mendengarkan didikan ayahnya” (Ams 13:1), ibu tidak pernah disebut secara bersendiri. Selanjutnya, tiada penekanan khusus mengenai melayan ibu dengan baik sebagai tanda penghargaan di atas susah-payahnya melahirkan dan menyusukannya. Menurut Perjanjian Baru, seorang Kristian tidak layak menjadi hawari Kristus melainkan ...

Bagaimana menjawab kontradiksi yg ternyata banyak bercanggahan seperti didakwa Muslim?

Tajuk post ini sebenarnya adalah berdasarkan komen yang diberikan oleh saudara Alex di post sebelum ini . Persoalan ini sangat baik dan penting kerana Muslim sering memetik ayat-ayat atau peristiwa dari Alkitab yang menurut mereka adalah suatu percanggahan. Untuk merungkai masalah ini, kita perlu terlebih dahulu mengetahui asas dan pemahaman yang menjadi dasar kepada dakwaan-dakwaan tersebut. Punca utama dakwaan-dakwaan ini timbul adalah kerana Muslim melihat definisi 'Firman Tuhan' mengikut apa yang mereka percaya tentang Al-Quran. Mereka kemudian mengunakan definisi tersebut untuk menilai Alkitab. Menurut Muslim, seluruh Al-Quran diturunkan (tanzil) dari syurga tanpa sebarang campur tangan manusia. Di mana Nabi Muhammad, melalui perantaraan malaikat Jibril, telah menerima wahyu Firman Tuhan iaitu Al-Quran daripada Tuhan. Maka, atas pemahaman mereka bahawa Al-Quran adalah Firman Tuhan yang tidak mempunyai sebarang campur tangan manusia, diturunkan terus dari syurga, maka...

Ulasan/Review buku "The Choice: Dialog Islam-Kristian terjemahan Bahasa Melayu"

The Choice: Dialog Islam & Kristian by Ahmad Deedat My rating: 1 of 5 stars Sebuah buku yang agak 'outdated' dari segi isi dan hujah. Sebenarnya kesemua polemik dan argumen yang diberikan di dalam buku ini sudah diberikan jawapan. Namun, punca utama saya memberikan buku ini 1 bintang adalah kerana terjemahannya tidak menangkap keseluruhan konteks asal buku 'The Choice'. Terdapat info, perkataan tertentu serta ayat yang agak berbeza dengan buku asal yang mana mengakibatkan perubahan mesej asal buku ini. Susunan ayat serta gaya bahasa yang digunakan juga agak janggal.

Apakah yang dimaksudkan oleh Kristian apabila mengatakan: "Alkitab adalah Firman Tuhan"?

Kristian percaya bahawa Alkitab adalah Firman Tuhan. Namun, apabila ditanya tentang hal tersebut, agak ramai yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Sebagai orang percaya, hal ini penting kita ketahui kerana hakikatnya, bagaimana Alkitab dilihat sebagai Firman Tuhan adalah berbeza berbanding kitab kepercayaan-kepercayaan yang lain. Ada dua ayat penting yang memperkatakan tentang hal ini, iaitu 2 Timotius 3:16 dan 2 Petrus 1:21. 2 Timotius 3:16, Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Perkataan diilhami  yang digunakan di dalam bahasa asal kitab 2 Timotius 3:16 , iaitu Greek, adalah  theopneustos,  yang juga membawa maksud  nafas Tuhan  (theo=Tuhan, pnue=nafas). Ini bererti asal-usul Alkitab adalah daripada Tuhan, bukan manusia; seperti yang dinyatakan oleh ayat yang dipetik di...