Langkau ke kandungan utama

Catatan

Fakta segera - 1 dan 2 Tawarikh

Tiada penulis dikenal pasti untuk kitab 1 dan 2 Tawarikh, yang mana dilihat sebagai sebuah kitab sahaja di dalam Perjanjian Lama Ibrani. Kitab ini merangkumi sejarah Israel. Fasal pertama menggunakan susur galur keturunan untuk mengulas sejarah bermula daripada Adam sehinggalah kematian Raja Saul. Bahagian seterusnya kitab ini mengulas tentang sejarah Raja Daud dan juga bangsa Yahudi sepanjang mereka ditawan oleh bangsa Babel. Walaupun kitab-kitab ini memperkatakan hal yang sama seperti yang terdapat di dalam kitab 1 dan 2 Samuel serta kitab 1 dan 2 Raja-Raja, isi yang ada disusun dengan suatu tujuan yang jelas. Penulis kitab ini yang mana menulis kepada sekumpulan kecil bangsa Yahudi yang baru sahaja kembali ke tanah Yudea setelah tempoh penawanan mereka berakhir, menekankan tentang kesetiaan Tuhan terhadap perjanjian yang telah dibuat-Nya. Sejarah Israel telah menunjukkan bahawa Tuhan mendatangkan malapetaka kepada bangsa tersebut apabila mereka berdosa, dan memberkati bangsa ...

Siri Keilahian Yesus: Dosamu sudah diampunkan.

Soalan: Siapakah yang layak dan berkuasa untuk mengampunkan dosa kita? Jawapan: Hanya Tuhan yang layak dan berkuasa untuk mengampunkan dosa kita. Markus 2:1-12, " 1 Beberapa hari kemudian Yesus kembali ke Kapernaum dan tersebarlah khabar bahawa Yesus di rumah.  2 Banyak sekali orang datang berkumpul di situ, sehingga tidak ada tempat. Bahkan di pintu pun penuh sesak dengan orang. Lalu Yesus memberitakan perkhabaran daripada Allah kepada mereka.  3 Sementara Yesus berkata-kata, datanglah empat orang yang mengusung seorang lumpuh.  4 Tetapi kerana terlalu banyak orang, mereka tidak dapat membawa dia kepada Yesus. Oleh itu mereka membuka bumbung rumah yang terletak tepat di atas tempat Yesus. Kemudian mereka menurunkan orang lumpuh yang terbaring di atas tikar.  5 Yesus melihat bahawa mereka sangat beriman. Oleh itu Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Anak-Ku, dosamu sudah diampunkan."   6 Beberapa orang guru Taurat yang duduk di situ berkata da...

Fakta segera - Kitab 1 dan 2 Raja-Raja

Kitab 1 dan 2 Raja-Raja adalah buku sejarah yang mana merangkumi umur kerajaan Israel, sejak pemerintahan Raja Salomo (971-921 sebelum masihi) hingga kejatuhan Yerusalem ke dalam tangan Babel pada tahun 586 sebelum masihi. Di dalam himpunan kitab-kitab Ibrani, kedua-dua kitab ini dilihat sebagai sebuah hasil penulisan sahaja. Penulisnya yang tidak diketahui ini lebih menekankan tentang bagaimana ketaatan atau ketidak-taatan seseorang pemimpin itu kepada Tuhan memberi kesan ke atas keadaan bangsa tersebut. Maka, tumpuan yang diberikan adalah tentang kebaikan atau kejahatan pemimpin-pemimpin tersebut. Pada zaman tersebut, kerajaan Raja Daud dan Raja Salomo telah terpecah kepada dua bahagian yang saling bersaing: Israel di bahagian utara dan Yehuda di bahagian selatan. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 139 Rujukan Tambahan - Raja-raja, Kitab - Kata Pengantar kitab 1 dan 2 Raja-Raja, Alkitab Berita Baik B.M, m/s 366, 403.

Siri Keilahian Yesus: Tuhan! Tuhan!

Soalan:   Siapakah yang berkuasa untuk menentukan sama ada kita layak atau tidak layak untuk masuk ke syurga? Jawapan: Hanya Tuhan yang layak menentukan hal tersebut. Matius 7:21-23, " 21  Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga.  22 Pada hari terakhir banyak orang akan berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan, bukankah kami bernubuat demi nama-Mu, dan mengusir setan demi nama-Mu, dan mengadakan banyak mujizat demi nama-Mu juga?  23 Pada waktu itulah Aku akan berterus terang kepada mereka dan berkata: Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu sekalian pembuat kejahatan! " (Alkitab T.B Bahasa Indonesia) Ulasan Jelas melalui ayat Matius 7:21-23 ini, Yesus telah menyatakan secara langsung bahawa Dia berkuasa menentukan sama ada kita layak atau tidak layak untuk masuk ke dalam syurga. Namun, bukankah kuasa menentukan tersebut hanya ...

Ulasan/Review buku "Suatu Wahyu Ilahi Tentang Neraka"

Sebelum memberikan review atau ulasan untuk buku "Suatu Wahyu Ilahi Tentang Neraka" ( A Divine Revelation of Hell ) ini, perlu ditekankan bahawa saya percaya syurga dan neraka itu wujud, sesuai dengan yang dinyatakan di dalam Alkitab.  Ulasan ini juga hanya akan meneliti isi kandungannya dan bukan bermaksud menyerang peribadi penulis buku tersebut. ( Saya menggunakan terjemahan Bahasa Indonesia buku ini ketika menulis review/ulasan ini. Anda boleh membaca terjemahan Bahasa Indonesia buku tersebut di sini . )  Mungkin anda pernah membaca buku ini. Ia agak popular suatu masa dahulu, terutamanya sekitar tahun 90-an. Kali pertama saya membaca buku ini juga pada pertengahan tahun 90-an. Ketika itu saya tidak tahu sama ada apa yang dinyatakan di dalam buku ini adalah Alkitabiah atau tidak. Yang pasti, jalan ceritanya sangat mengaktifkan imaginasi saya. Antara perkara yang paling saya ingati selepas membaca buku ini adalah, (1) neraka berbentuk tubuh manusia dan terl...

Fakta segera - 1 dan 2 Samuel

Kitab 1 Samuel dan 2 Samuel sebenarnya digabungkan sebagai sebuah kitab di dalam Taurat (Perjanjian Lama Ibrani). Nama penulis tidak dicatatkan di dalam kitab tersebut. Walaupun ada spekulasi yang mencadangkan Natan sebagai penulis kitab ini, tidak ada sebarang cara untuk mengetahui siapa yang telah menulis kedua-dua kitab sejarah ini. Namun, kedua-dua kitab ini sangat penting. Ia menceritakan kisah kepada hakim yang terakhir iaitu Samuel, tentang kerajaan Raja Saul yang tidak sempurna, dan kebangkitan Israel di bawah pimpinan pilihan Tuhan, Raja Daud. Sejarah Israel pada era ini sangat penting dan kritikal, secara sejarah dan secara teologikal. Daud bukan sahaja pemimpin ideal zaman keemasan Israel, malah juga adalah kiasan kepada Mesias, yang mana akan datang daripada keturunan Daud dan telah ditetapkan sebagai Pemerintah kepada seluruh dunia. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 117. Rujukan - Samuel - Kata Pengantar Kitab 1 dan 2 Samuel, Alkitab Berita Baik...

Fakta segera - Kitab Rut

Kitab Rut ini merupakan penyeimbang kepada keadaan tragik yang digambarkan di dalam kitab Hakim-Hakim. Peristiwa di dalam kedua-dua kitab ini terjadi pada zaman yang sama. Kitab Hakim-Hakim menunjukkan keruntuhan kerajaan Israel, kitab Rut pula mengingatkan kita bahawa wujud peribadi pada zaman tersebut yang kekal setia kepada Tuhan dan menurut perintah-Nya. Kitab ini juga mempunyai tujuan sejarah yang penting memandangkan Rut dan Boas, heroin dan hero di dalam kitab ini, adalah moyang kepada Daud, raja yang kemudiannya memimpin umat Tuhan menjadi sebuah kerajaan yang berkuasa dan membawa bangsa itu kembali menyembah Tuhan dengan sepenuh hati. Penulis kitab ini tidak diketahui. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 115. Rujukan Tambahan - Rut - Ruth - Kata Pengantar Kitab Rut, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 288.