Kitab 1 dan 2 Raja-Raja adalah buku sejarah yang mana merangkumi umur kerajaan Israel, sejak pemerintahan Raja Salomo (971-921 sebelum masihi) hingga kejatuhan Yerusalem ke dalam tangan Babel pada tahun 586 sebelum masihi. Di dalam himpunan kitab-kitab Ibrani, kedua-dua kitab ini dilihat sebagai sebuah hasil penulisan sahaja. Penulisnya yang tidak diketahui ini lebih menekankan tentang bagaimana ketaatan atau ketidak-taatan seseorang pemimpin itu kepada Tuhan memberi kesan ke atas keadaan bangsa tersebut. Maka, tumpuan yang diberikan adalah tentang kebaikan atau kejahatan pemimpin-pemimpin tersebut. Pada zaman tersebut, kerajaan Raja Daud dan Raja Salomo telah terpecah kepada dua bahagian yang saling bersaing: Israel di bahagian utara dan Yehuda di bahagian selatan.
Rujukan
- The Bible Answer Handbook, m/s 139
Rujukan Tambahan
- Kata Pengantar kitab 1 dan 2 Raja-Raja, Alkitab Berita Baik B.M, m/s 366, 403.
Ulasan