Sebelum memberikan review atau ulasan untuk buku "Suatu Wahyu Ilahi Tentang Neraka" (A Divine Revelation of Hell) ini, perlu ditekankan bahawa saya percaya syurga dan neraka itu wujud, sesuai dengan yang dinyatakan di dalam Alkitab. Ulasan ini juga hanya akan meneliti isi kandungannya dan bukan bermaksud menyerang peribadi penulis buku tersebut.
(Saya menggunakan terjemahan Bahasa Indonesia buku ini ketika menulis review/ulasan ini. Anda boleh membaca terjemahan Bahasa Indonesia buku tersebut di sini.)
Mungkin anda pernah membaca buku ini. Ia agak popular suatu masa dahulu, terutamanya sekitar tahun 90-an. Kali pertama saya membaca buku ini juga pada pertengahan tahun 90-an. Ketika itu saya tidak tahu sama ada apa yang dinyatakan di dalam buku ini adalah Alkitabiah atau tidak. Yang pasti, jalan ceritanya sangat mengaktifkan imaginasi saya.
Antara perkara yang paling saya ingati selepas membaca buku ini adalah, (1) neraka berbentuk tubuh manusia dan terletak di perut bumi, (2) iblis dan syaitan akan menyeksa manusia yang masuk ke dalam neraka, (3) neraka adalah sebuah tempat yang sangat mengerikan dan tempat iblis dan syaitan memerintah, (4) jika kita tidak cukup baik di hadapan Tuhan Yesus, kita akan dimasukkan ke dalam neraka.
Akibatnya, saya menjadi takut. Saya berusaha menjadi seorang Kristian yang baik. Saya tidak mahu masuk ke dalam neraka. Saya menyangka dengan berbuat baik, saya akan dapat mengelak dari dimasukkan ke dalam neraka. Saya mulai menyandarkan usaha saya sendiri dengan menjadi lebih 'alim' agar berkenan di hadapan Tuhan Yesus.
Saya percaya ramai orang yang membaca buku ini juga melalui pengalaman sama yang saya alami. Namun, ada satu hal penting yang tidak saya lakukan ketika membaca buku ini. Malah, ramai orang lain juga tidak melakukannya. Apakah hal tersebut? Menyelidikinya dan mengujinya berdasarkan Firman Tuhan iaitu Alkitab.
Maka, saya menulis review/ulasan ini dengan harapan anda yang telah atau belum membaca buku ini akan menilai isi kandungannya berdasarkan Firman Tuhan iaitu Alkitab.
Mengapa kita perlu menyelidiki/menilai/menguji buku ini?
Sebab utama kita perlu mengujinya adalah kerana penulis buku ini memberikan suatu dakwaan yang menuntut suatu penilaian diberikan ke atasnya. Penulis buku ini memberikan dakwaan berikut,
"Sesudah Tuhan menampakkan diri kepadaKu di tahun 1976 dan memberitahukanku bahwa saya telah dipilih untuk suatu tugas yang khusus, Dia berkata, "AnakKu, Saya akan menunjukkan diriKu sendiri kepadamu untuk membawa orang2 ke luar dari kegelapan ke dalam terang. Karena Tuhan Allah telah memilihmu untuk suatu tujuan: untuk menulis dan membuat sebuah laporan tentang hal2 yang Saya akan tunjukkan dan beritahukan kepadamu."" (m/s 3).
Dengan jelas penulis buku ini (Mary K. Baxter) mendakwa telah menerima kunjungan daripada suatu entiti yang dikatakannya adalah Tuhan. Apa yang dikatakan di dalam Alkitab tentang situasi ini? 1 Yohanes 4:1 memberikan jawapannya,
"Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Janganlah percaya kepada semua orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai Roh Allah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui sama ada roh yang ada pada mereka itu berasal daripada Allah atau tidak. Hendaklah kamu berbuat demikian kerana banyak nabi palsu telah pergi ke serata tempat."(terjemahan Alkitab Berita Baik Bahasa Malaysia, TMV)
Selain itu, penulis buku ini juga mendakwa telah menerima 'nubuat' daripada Yesus (m/s 109). Apa yang dikatakan di dalam Alkitab tentang nubuat? Saya berikan 1 Tesalonika 5:20-21 berikut sebagai jawapan,
"dan janganlah anggap rendah nubuat-nubuat. Ujilah segala sesuatu dan peganglah yang baik."
(Terjemahan Baru Bahasa Indonesia, TB)
Jelas bahawa kita perlu menyelidiki/menilai/menguji buku ini kerana ia mendakwa mengandungi wahyu serta nubuat yang diberikan oleh Tuhan.
Bagaimana kita menguji buku ini?
Dengan merujuk kepada Firman Tuhan iaitu Alkitab. Jika terdapat pengajaran, doktrin, fakta yang bercanggah dengan Firman Tuhan, maka ini menunjukkan kita mesti menilai semula dakwaan penulis buku ini yang mengatakan telah menerima wahyu daripada Tuhan. Kerana, jika benar penulis telah menerima wahyu daripada Tuhan, wahyu tersebut tidak sepatutnya bercanggah dengan fakta, pengajaran, dan doktrin yang terdapat di dalam Alkitab.
Penulis juga seperti menakut-nakutkan pembacanya melalui amaran berikut:
Penulis menceritakan:
Mungkin kesimpulan ini agak keras, namun, berdasarkan percanggahan-percanggahan yang telah kita lihat, Mary K. Baxter tidak mungkin telah menerima suatu 'wahyu' daripada Tuhan. Lebih-lebih lagi apabila Mary K. Baxter mendakwa apa yang diterimanya adalah "daripada Tuhan Yesus" sendiri. Mengapa? Kerana adalah mustahil Tuhan akan memberikan wahyu yang bercanggah dengan Firman yang telah diberikannya sebelum ini. Adalah mustahil untuk Yesus memberikan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan apa yang telah diajarkan-Nya kepada murid-murid-Nya seperti Yohanes, Matius, Yakobus, dll.
Adakah ini bererti penulis buku ini berbohong? Saya tidak mengatakan demikian. Mungkin beliau benar-benar telah mengalami suatu 'pengelihatan' yang disangkanya adalah daripada Tuhan. Namun, berdasarkan percanggahan-percanggahan yang telah kita lihat, besar kemungkinan apa yang dilihatnya hanyalah sekadar 'mimpi buruk' yang dipengaruhi dengan ketakutannya sendiri terhadap neraka.
Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan "review" ini. Jika anda tidak bersetuju, saya menyeru kepada anda untuk meneliti sendiri kenyataan-kenyataan di dalam buku ini berdasarkan Firman Tuhan iaitu Alkitab.
Seperti yang saya nyatakan di awal "review" ini, saya percaya neraka dan syurga itu ada. Namun, saya tidak memerlukan buku "Suatu Wahyu Ilahi Tentang Neraka" untuk meyakinkan saya. Kerana semua perkara yang perlu kita ketahui tentang kewujudan neraka dan syurga sudah pun dinyatakan dengan lengkap oleh Yesus sendiri, melalui apa yang tertulis di dalam Alkitab. Maka, jika semua hal yang perlu kita ketahui untuk diselamatkan daripada neraka sudah lengkap di dalam Alkitab, mengapa Tuhan memberikan suatu wahyu baru tentang neraka untuk kita sekali lagi? Seperti perumpamaan yang diberikan oleh Yesus,
Tentang buku ini..
Biar saya berterus terang: saya tidak merekomenkan buku ini. Banyak isi kandungan buku ini yang menimbulkan persoalan dan rasa was-was terhadap kesahihannya sebagai 'wahyu' yang benar-benar diberikan oleh Tuhan.1. Setaraf dengan Alkitab?
Di dalam buku ini terdapat banyak kenyataan-kenyataan yang diberikan secara langsung oleh Yesus sendiri seolah-olah kenyataan-kenyataan tersebut adalah benar dan asli daripada Tuhan Yesus Kristus. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya, iaitu, jika Yesus benar-benar telah memberikan kenyataan-kenyataan tersebut, ia memberikan buku ini status yang sama seperti Alkitab! Akibatnya, pembaca ditakutkan untuk menerima semua yang terkandung di dalam buku ini.Penulis juga seperti menakut-nakutkan pembacanya melalui amaran berikut:
"Kamu tidak memperhatikan kata2 dari hamba2Ku, nabi lelaki dan nabi perempuan. Kutukan2 sebagai ganti dari berkat2 telah datang padamu," (muka surat 69)Dengan kata lain, jika kita tidak memperhatikan apa yang dikatakan oleh penulis (kerana penulis dikatakan telah menerima kata-kata daripada Yesus), kita akan menerima kutukan-kutukan. Namun, benarkah seperti itu? Hal seperti inilah yang membuatkan ramai orang tidak berani menyelidiki kesahihan buku ini. Namun, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kita sebagai orang percaya sebenarnya dituntut untuk menyelidiki dakwaan-dakwaan penerimaan wahyu seperti ini berdasarkan Firman Tuhan.
2. Iblis dan syaitan berkuasa di neraka?
Di dalam buku ini, iblis digambarkan sebagai berkuasa dan berasa seronok di dalam neraka. Malah, kononnya terdapat suatu "pusat kesenangan" (muka surat 48) untuk iblis dan syaitan menyeksa manusia yang masuk ke dalam neraka. Bukan itu sahaja, buku ini menyatakan bahawa manusia-manusia lain yang dimasukkan ke dalam neraka juga berpeluang menyeksa manusia lain yang dimasukkan ke dalam neraka!"Satu persatu dari orang2 yang telah ditipu itu diijinkan untuk menyiksa orang2 yang telah menipu mereka." (muka surat 49)Sebenarnya, hal ini sangat bercanggah dengan apa yang tercatat di dalam Alkitab. Cuba kita bandingkan kenyataan di dalam buku ini dengan apa yang tercatat di dalam Alkitab.
Penulis menceritakan:
"...Saya melihat dan lucifer sedang berdiri dengan punggungnya menghadap ke kita dan dia berada di dalam api. Tetapi dia tidak terbakar; bahkan, dialah yang menyebabkan api itu. Sekarang dia berdiri diliputi api, menikmati teriakan2 dari roh2 yang kasihan dan hilang itu. Ketika lucifer menggoyang tangan2nya, bola2 api yang besar meluncur dari dia." (muka surat 50)
"Lucifer berjalan melalui api2 itu, dan api2 itu tidak dapat membakar dia." (muka surat 50-51)Alkitab pula menyatakan:
"Kemudian Raja itu akan berkata kepada kumpulan orang di sebelah kiri-Nya, ‘Pergi dari sini, hai kamu yang dikutuk Allah! Pergilah ke dalam api yang tidak dapat padam yang telah disediakan oleh Allah untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya!" (Matius 25:41, terjemahan Alkitab Berita Baik B.M, TMV)Jelas di dalam Alkitab bahawa sumber api neraka bukanlah daripada si Iblis (Lucifer). Sebaliknya, api tersebut disediakan sebagai tempat hukuman kepada Iblis dan malaikat-malaikatnya. Malahan, syaitan dan iblis takut dimasukkan ke dalam neraka. Contohnya, ketika Yesus melepaskan dua orang lelaki yang kerasukan syaitan,
"Apabila mereka melihat Yesus, mereka berseru, "Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap kami, hai Anak Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum waktunya?"" (Matius 8:29, terjemahan Alkitab Berita Baik B.M, TMV)Jika benar penulis telah menerima wahyu daripada Tuhan sendiri (malah menurut penulis, dikatakan oleh Yesus sendiri), mengapa terdapat pengajaran yang bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Alkitab?
3. Menokok tambah?
Di dalam kitab Wahyu 22:18-19, terdapat kenyataan berikut:"Aku, Yohanes, dengan sungguh-sungguh memperingatkan setiap orang yang mendengar kata-kata nubuat kitab ini: Jika seseorang menambahkan apa sahaja pada nubuat ini, Allah juga akan menambahkan hukumannya dengan malapetaka yang digambarkan di dalam kitab ini. Jika seseorang mengurangkan kata-kata nubuat di dalam kitab ini, Allah juga akan mengambil balik hak orang itu untuk makan buah pokok sumber kehidupan dan haknya untuk tinggal di kota suci itu, seperti yang digambarkan di dalam kitab ini." (terjemahan Alkitab Berita Baik B.M, TMV)Namun, penulis telah membuat perubahan ke atas pengelihatan yang telah diberikan kepada Yohanes di dalam kitab Wahyu. Perhatikan kenyataan penulis:
"Saya sekarang tahu bahwa ibu dari segala kejijikan di atas dunia datang dari neraka. Suatu kekuatan jahat dan sangat kuat memancar dari dia. Saya melihat berjuta-juta, orang2 dan segala bahasa berada di bawah dia. Dia mempunyai 7 kepala2 dan 10 tanduk2." (muka surat 66)Penulis mengatakan "ibu dari segala kejijikan" mempunyai "7 kepala dan 10 tanduk". Namun, di dalam kitab Wahyu, yang mempunyai "7 kepala dan 10 tanduk" adalah si "binatang":
"Kemudian aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut. Binatang itu mempunyai sepuluh tanduk dan tujuh kepala. Pada setiap tanduk ada sebuah mahkota dan pada setiap kepala tertulis satu nama yang mengkufuri Allah." (Wahyu 13:1)
"Lalu Roh Allah menguasai aku dan malaikat itu membawa aku ke padang gurun. Di situ aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang berwarna merah, yang seluruh badannya ditulisi dengan nama-nama yang mengkufuri Allah. Binatang itu mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk." (Wahyu 17:3)Bukan itu sahaja, penulis juga mendakwa terdapat sebuah "mesin" milik si "binatang" tersebut yang berfungsi sebagai "Mesin yang dapat menghapus pikiran" (muka surat 86). Maklumat kewujudan "mesin" ini tidak dinyatakan di dalam kitab Wahyu. Akan tetapi, penulis mengaitkannya dengan apa yang tertulis di dalam kitab Wahyu tentang "binatang" tersebut. Yang menjadikan hal ini meragukan adalah apabila penulis mendakwa:
"Semuanya ini diperlihatkan kepadaku oleh Tuhan Yesus Kristus di dalam suatu penglihatan yang terbuka." (muka surat 88)Persoalannya, mengapa di dalam kitab Wahyu tidak disebut tentang kewujudan "mesin" tersebut? Mengapa penulis tiba-tiba mendapat suatu maklumat tambahan ke atas wahyu yang diterima oleh Yohanes? Bukankah penambahan daripada penulis ini dengan jelas melanggar amaran yang diberikan oleh Yohanes di dalam Wahyu 22:18-19?
Kesimpulan
Sebenarnya, masih banyak yang boleh diperkatakan tentang buku ini. Contohnya, penulis mendakwa neraka berbentuk seperti tubuh manusia, neraka terletak di perut/pusat bumi dan terdapat pintu-pintu seperti pusaran untuk masuk ke dalamnya, neraka adalah pusat Iblis menghantar penyesat-penyesat, dan banyak lagi hal-hal yang sangat bercanggah dengan apa yang terkandung di dalam Alkitab.Mungkin kesimpulan ini agak keras, namun, berdasarkan percanggahan-percanggahan yang telah kita lihat, Mary K. Baxter tidak mungkin telah menerima suatu 'wahyu' daripada Tuhan. Lebih-lebih lagi apabila Mary K. Baxter mendakwa apa yang diterimanya adalah "daripada Tuhan Yesus" sendiri. Mengapa? Kerana adalah mustahil Tuhan akan memberikan wahyu yang bercanggah dengan Firman yang telah diberikannya sebelum ini. Adalah mustahil untuk Yesus memberikan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan apa yang telah diajarkan-Nya kepada murid-murid-Nya seperti Yohanes, Matius, Yakobus, dll.
Adakah ini bererti penulis buku ini berbohong? Saya tidak mengatakan demikian. Mungkin beliau benar-benar telah mengalami suatu 'pengelihatan' yang disangkanya adalah daripada Tuhan. Namun, berdasarkan percanggahan-percanggahan yang telah kita lihat, besar kemungkinan apa yang dilihatnya hanyalah sekadar 'mimpi buruk' yang dipengaruhi dengan ketakutannya sendiri terhadap neraka.
Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan "review" ini. Jika anda tidak bersetuju, saya menyeru kepada anda untuk meneliti sendiri kenyataan-kenyataan di dalam buku ini berdasarkan Firman Tuhan iaitu Alkitab.
Seperti yang saya nyatakan di awal "review" ini, saya percaya neraka dan syurga itu ada. Namun, saya tidak memerlukan buku "Suatu Wahyu Ilahi Tentang Neraka" untuk meyakinkan saya. Kerana semua perkara yang perlu kita ketahui tentang kewujudan neraka dan syurga sudah pun dinyatakan dengan lengkap oleh Yesus sendiri, melalui apa yang tertulis di dalam Alkitab. Maka, jika semua hal yang perlu kita ketahui untuk diselamatkan daripada neraka sudah lengkap di dalam Alkitab, mengapa Tuhan memberikan suatu wahyu baru tentang neraka untuk kita sekali lagi? Seperti perumpamaan yang diberikan oleh Yesus,
"27 ‘Jika demikian, Bapa Abraham,’ kata orang kaya itu, ‘saya memohon supaya bapa menyuruh Lazarus pergi ke rumah ayah saya.
28 Saya mempunyai lima orang saudara. Biarlah Lazarus pergi memberikan amaran kepada mereka, supaya setidak-tidaknya mereka tidak akan datang ke tempat penderitaan ini.’
29 Abraham berkata kepadanya, ‘Tidakkah mereka mempunyai Kitab Musa dan Kitab Nabi-Nabi yang memberikan amaran kepada mereka? Sepatutnya mereka mendengarkan amaran kitab-kitab itu!’
30 Tetapi orang kaya itu menjawab, ‘Hal itu tidak cukup, Bapa Abraham. Jika ada seorang bangkit daripada kematian lalu datang kepada mereka, tentu mereka akan bertaubat daripada dosa.’
31 Tetapi Abraham berkata kepadanya, ‘Jika mereka tidak mendengarkan ajaran Musa dan nabi-nabi, mereka tidak akan percaya juga sekalipun ada orang bangkit daripada kematian.’" (Lukas 16:27-31)
Ulasan