Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - 1 dan 2 Samuel

Kitab 1 Samuel dan 2 Samuel sebenarnya digabungkan sebagai sebuah kitab di dalam Taurat (Perjanjian Lama Ibrani). Nama penulis tidak dicatatkan di dalam kitab tersebut. Walaupun ada spekulasi yang mencadangkan Natan sebagai penulis kitab ini, tidak ada sebarang cara untuk mengetahui siapa yang telah menulis kedua-dua kitab sejarah ini.

Namun, kedua-dua kitab ini sangat penting. Ia menceritakan kisah kepada hakim yang terakhir iaitu Samuel, tentang kerajaan Raja Saul yang tidak sempurna, dan kebangkitan Israel di bawah pimpinan pilihan Tuhan, Raja Daud. Sejarah Israel pada era ini sangat penting dan kritikal, secara sejarah dan secara teologikal. Daud bukan sahaja pemimpin ideal zaman keemasan Israel, malah juga adalah kiasan kepada Mesias, yang mana akan datang daripada keturunan Daud dan telah ditetapkan sebagai Pemerintah kepada seluruh dunia.

Rujukan
- The Bible Answer Handbook, m/s 117.

Rujukan
- Kata Pengantar Kitab 1 dan 2 Samuel, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 293, 332.

Ulasan