Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - 1 dan 2 Tawarikh

Tiada penulis dikenal pasti untuk kitab 1 dan 2 Tawarikh, yang mana dilihat sebagai sebuah kitab sahaja di dalam Perjanjian Lama Ibrani. Kitab ini merangkumi sejarah Israel. Fasal pertama menggunakan susur galur keturunan untuk mengulas sejarah bermula daripada Adam sehinggalah kematian Raja Saul. Bahagian seterusnya kitab ini mengulas tentang sejarah Raja Daud dan juga bangsa Yahudi sepanjang mereka ditawan oleh bangsa Babel.

Walaupun kitab-kitab ini memperkatakan hal yang sama seperti yang terdapat di dalam kitab 1 dan 2 Samuel serta kitab 1 dan 2 Raja-Raja, isi yang ada disusun dengan suatu tujuan yang jelas. Penulis kitab ini yang mana menulis kepada sekumpulan kecil bangsa Yahudi yang baru sahaja kembali ke tanah Yudea setelah tempoh penawanan mereka berakhir, menekankan tentang kesetiaan Tuhan terhadap perjanjian yang telah dibuat-Nya. Sejarah Israel telah menunjukkan bahawa Tuhan mendatangkan malapetaka kepada bangsa tersebut apabila mereka berdosa, dan memberkati bangsa tersebut apabila mereka taat kepada-Nya. Ia suatu pembakar semangat untuk mereka yang sedang bergumul di tanah Yudea ketika itu dan juga suatu peringatan kepada kita tentang betapa pentingnya untuk menjalani kehidupan yang dekat dengan Tuhan!

Rujukan
- The Bible Answer Handbook, m/s 154.

Rujukan Tambahan
- Kata Pengantar kitab 1 dan 2 Tawarikh, Alkitab Berita Baik B.M, m/s 439, 472.

Ulasan