Langkau ke kandungan utama

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 5

> Bahagian 4
Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti.

Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di sini.
Dikatakan:
Tujuan kematian
- Yesus mati untuk menebus dosa manusia
- Baachus mati untuk menebus dosa manusia
Respon
- Sebenarnya, Yesus mati bukan untuk 'menebus dosa manusia' tetapi 'menebus manusia dari dosa.'. Bukan dosa yang ditebus tetapi manusia.
- Bacchus pula mati kerana diperdaya oleh Hera. Tidak ada sumber yang mengatakan dia mati untuk menebus dosa manusia (atau menebus manusia dari dosa).

Kesimpulan
- Persamaan ini sebenarnya tidak wujud.

Rujukan
Myths of Greece and Rome, by Jane Harrison

Ulasan