Langkau ke kandungan utama

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian akhir

> Bahagian 7
Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti.

Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di sini.
Dikatakan:
Kedatangan kali kedua ke dunia
- Yesus akan kembali menjelang kiamat
- Bacchus akan kembali menjelang kiamat
Respon
- Yesus memang akan kembali untuk kali yang kedua pada hari kiamat. Itu tidak dinafikan.
- Bacchus pula, tidak pernah dikatakan akan kembali menjelang kiamat. Malah, konsep hari kiamat di dalam mitologi Greek sangat berbeza dengan Kristianiti.
- Di dalam Kristianiti, kiamat adalah hari penghakiman ke atas seluruh umat manusia dan hanya berlaku sekali.
- Di dalam mitologi Greek pula, kiamat (atau apokalips) adalah hari di mana Zeus memusnahkan seluruh manusia dan kemudian memulakan suatu zaman baru untuk manusia. Tidak ada penghakiman dilakukan. Semua manusia menerima kesudahan yang sama, iaitu dimusnahkan.
- Di dalam mitologi Greek juga mengatakan kiamat (atau apokalips) sudah berlaku beberapa kali.

Kesimpulan
- Persamaan yang diberikan tidak wujud.


Rujukan
Myths of Greece and Rome, by Jane Harrison

Ulasan

biT berkata…
salam sejahtera,
saya berminat mengkaji perbandingan agama2 terutamanya Kristian dan Islam..
walaupun baru dalam ilmu blogging,semoga blog ini dapat saya jadikan sebagai tempat bertanya berkenaan Kristian..=)
Unknown berkata…
Hai,
selamat melayari blog ini. Anda boleh bertanya apa sahaja asalkan ia sesuai dengan polisi komen blog ini.