Langkau ke kandungan utama

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 7

> Bahagian 6
Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti.

Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di sini.
Dikatakan:
Triteisme
- Yesus adalah salah satu dari Triniti (Anak, Bapa, Roh Kudus)
- Bacchus adalah salah satu dari Tridewa (Baachus, Apolos, Yupiter)
Respon
- Kesilapan penting yang diberikan adalah menyamakan Triniti dengan Triteisme.
- Triteisme adalah tiga tuhan/dewa yang berbeza dan membentuk satu pakatan atau bekerjasama.
- Triniti pula adalah satu Tuhan yang mempunyai tiga peribadi yang berbeza.
- Bacchus pula bukanlah Tridewa kerana Apolos dan Yupiter adalah dewa yang berbeza. Malah mereka tidak bekerjasama dalam erti kata Triteisme.
- Apolos (atau Apollo) adalah anak kepada Zeus dan Leto, kembar kepada Artemis.
- Yupiter (atau Jupiter) adalah nama lain untuk Zeus.

Kesimpulan
- Persamaan ini tidak wujud dan didasarkan pada pemahaman yang tidak tepat tentang Triniti dan Triteisme.


Rujukan
Myths of Greece and Rome, by Jane Harrison

Ulasan