Langkau ke kandungan utama

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 6

> Bahagian 5
Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti.

Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di sini.
Dikatakan:
Kebangkitan
- Yesus bangkit 3 hari selepas disalibkan
- Bacchus bangkit 3 hari selepas dibunuh.
Respon
- Memang benar Yesus bangkit 3 hari selepas disalibkan.
- Bacchus pula setelah mati, jantungnya yang terselamat ditanam di dalam tubuh Semele yang kemudian melahirkannya semula.
- Jika ditelitikan, hal tersebut bukanlah kebangkitan. Dengan kata lain, "kebangkitan" Bacchus langsung tidak sama dengan kebangkitan Yesus.
- "Kebangkitan" Bacchus lebih kepada dilahirkan semula.

Kesimpulan
- Persamaan tersebut sebenarnya tidak wujud.

Rujukan
Myths of Greece and Rome, by Jane Harrison

> Bahagian 7

Ulasan