Langkau ke kandungan utama

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 18

Adalah disarankan agar anda membaca terlebih dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan", atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.

hujah penulis
18. Yesus diutus untuk Bani Israel
"Jawab Yesus :" aku diustus hanya kepada domba-domba yang hilang dari Umat Israel." (Matius 15:24)
Pengakuan Yesus tersebut menunjukkan bahwa dia hanya benar-benar di utus untuk kaum tertentu saja, yaitu Bani Israel, bukan untuk seluruh kaum semesta. Jika Yesus itu Tuhan, pasti ajarannya untuk seluruh manusia, seluruh alam semesta. Tetapi dalam ayat tersebut Yesus katakana bahwa dia hanya diutus untuk kaumnya saja yaitu Bani Israel.
  • Setiap yang diutus Tuhan, pasti bukan Tuhan! 
  • Yesus diutus Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan.
Ini merupakan antara dakwaan yang popular terhadap kepercayaan Kristian. Kononnya, Yesus datang hanya untuk bangsa Israel.


Namun, penulis gagal mengambil kira kesudahan cerita ayat yang dipetik di atas. Walaupun Yesus telah berkata demikian, Dia tetap menyembuhkan anak wanita Kanaan tersebut. Perhatikan cerita keseluruhan ayat tersebut, Matius 15:22-28:
22 Seorang wanita Kanaan yang tinggal di kawasan itu datang kepada Yesus dan berseru, "Anak Daud, kasihanilah saya! Anak perempuan saya dirasuk roh jahat dan keadaannya amat teruk."
23 Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. Pengikut-pengikut-Nya datang dan memohon kepada-Nya, "Suruhlah wanita ini pergi. Dia mengikut kita dan membuat bising sahaja!"
24 Yesus berkata kepada wanita itu, "Aku diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat."
25 Mendengar kata-kata itu, wanita itu menghampiri Yesus dan sujud di hadapan-Nya. Dia berkata, "Tuan, tolonglah saya."
26 Tetapi Yesus menjawab, "Tidaklah patut mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya kepada anjing."
27 "Betul, tuan," jawab wanita itu, "tetapi anjing pun makan sisa yang jatuh dari meja tuannya."

28 Oleh itu Yesus berkata kepadanya, "Kamu seorang wanita yang sungguh percaya kepada-Ku! Apa yang kamu kehendaki akan berlaku!" Pada saat itu juga anak wanita itu sembuh.
Malah, Yesus sendiri mengatakan di dalam Injil Matius bahawa Berita Baik tentang keselamatan dikhabarkan kepada semua orang, bukan bangsa Israel sahaja.
Kamu akan diadili di hadapan penguasa dan raja kerana kamu pengikut-Ku, dan kamu akan mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada mereka dan kepada bangsa yang tidak mengenal Allah. (Matius 10:18)
Berita Baik tentang bagaimana Allah memerintah akan dikhabarkan ke seluruh dunia supaya semua orang mendengarnya. Setelah itu barulah tiba akhir zaman." (Matius 24:14)
18 Yesus menghampiri mereka lalu berkata, "Aku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi.
19 Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah.
20 Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman." (Matius 28:18-20)
Maka, agak ganjil apabila penulis memetik hanya Matius 15:24 untuk menyokong dakwaannya sedangkan konteks keseluruhan Injil Matius mengatakan Injil adalah untuk semua orang.

Penulis juga melakukan kesilapan apabila mendakwa Kisah Para Rasul 13:23 menyokong hujahnya. Beliau menulis,
Ayat Alkitab dibawah ini yaitu Kisah Rasul 13:23, lebih memperjelas kebenaran Al Qur'an :
"Dan dari keturunannyalah, sesuai dengan yang telah dijanjikan-Nya, Allah telah membangkitkan Juru selamat bagi orang Israel, yaitu Yesus." (Kisah Rasul 13:23)
Penulis melakukan kesilapan kerana cerita keseluruhan ayat ini sebenarnya menjelaskan hal yang sebaliknya. Di dalam cerita seterusnya, Paulus dan Barnabas dikecam oleh orang Yahudi kerana membiarkan orang bukan Yahudi mendengar Berita Baik pada hari Sabat. Apa yang dilakukan oleh Paulus dan Barnabas?
44 Pada hari Sabat berikutnya datanglah hampir seluruh kota itu berkumpul untuk mendengar firman Allah.
45 Akan tetapi, ketika orang Yahudi melihat orang banyak itu, penuhlah mereka dengan iri hati dan sambil menghujat, mereka membantah apa yang dikatakan oleh Paulus.
46 Tetapi dengan berani Paulus dan Barnabas berkata: "Memang kepada kamulah firman Allah harus diberitakan lebih dahulu, tetapi kamu menolaknya dan menganggap dirimu tidak layak untuk beroleh hidup yang kekal. Karena itu kami berpaling kepada bangsa-bangsa lain.
47 Sebab inilah yang diperintahkan kepada kami: Aku telah menentukan engkau menjadi terang bagi bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah, supaya engkau membawa keselamatan sampai ke ujung bumi."
(Kis 13:44-47)
Sangat jelas di sini, ayat yang dipetik oleh penulis sendiri menidakkan dakwaannya bahawa Yesus hanya datang untuk bangsa Israel.

Setelah membaca keseluruhan cerita yang sebenar, adakah Yesus hanya datang untuk bangsa Israel?

kembali ke indeks

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
gini ya masalahnya ajaran ini masih tak sempurna dan umat selepas wafat nya nabi isa penganutnya abad ke abad masih keliru maka tuhan telah
mengutus nabi terakhir iaitu muhammad utk menyempurnakannya dgn kitab alquran yang dijanji oleh Allah akan dipelihara hingga hari qiamat,alquran meyanjung nabi esa kerna sifatnya seorang nabi dan akan muncul dakhir zaman menentang si dajal perosak agama yang mengaku kononnya dialah tuhan,dajal maksudnya mahluk yg punya kelebihan luar biasa sehinggakan yang lemah iman akan terpesong dan mengakui si dajal ini adalah tuhan mereka maka rugilah mereka...dari amaran ini dapat kita fahami,bahayanya mengakui sessuatu roh itu adalah tuhan sedangkan Allah telah berjanji dia akan menemui hamba2 yg beriman kepadanya hanya di dalam syurga di akhirat kelak,lojiknya dunia ini adalah ujian,tak kan tuhan hari nak turun kebumi jumpa mahluknya
cukuplah dutusnya para rasul n melalui malaikat peyampai wahyu,contoh andai tuhan perlu turun pada sekian waktu dan untuk kaum tertentu pasti kaum lain di zaman lain akan mempersoalkan kenapa tuhan tak berjumpa kami...kalau tidak kami akan taat padanya 100%,yang jelas dunia ini adalah ujian utk menguji hambanya yang boleh gunakkan otak yg diberikan utk berfikir,01.Nabi Adam a.s. 02.Nabi Idris a.s.
03.Nabi Nuh a.s. 04.Nabi Hud a.s.
05.Nabi Salih a.s. 06.Nabi Ibrahim a.s.
07.Nabi Luth a.s. 08.Nabi Ismail a.s.
09.Nabi Ishaq a.s. 10.Nabi Ya’akub a.s.
11.Nabi Yusuf a.s. 12.Nabi Ayub a.s.
13.Nabi Syu’aib a.s. 14.Nabi Musa a.s.
15.Nabi Harun a.s. 16.Nabi Zulkifli a.s.
17.Nabi Daud a.s. 18.Nabi Sulaiman a.s.
19.Nabi Ilyas a.s. 20.Nabi Ilyasa’ a.s.
21.Nabi Yunus a.s. 22.Nabi Zakaria a.s.
23.Nabi Yahya a.s 24.Nabi Isa a.s.
25.Nabi Muhammad s.a.w
nyata islam beteraskan percaya pada tuhan yg menciptakan nabi tadi,mereka juga sujud pada Allah
di manakah silapnya islam? kalau anda kita adalah hamba Allah yg sejati berpeganglah pada talinya
iaitu alquran dan sunnah,kerna akhlak nabi muhammad saw adalah alquran itu sendiri, adalah contoh akhlak yg terbaik daalah nabi Muhammad itu sendiri,malaikat telah bedah dadanya utk keluarkan kotoran hitam hati utk melayakkan
berada di langit yg tertinggi menemui maha pencipta utk menerima printah solat 50 waktu lalu nabi musa meminta Muhammad memohon pada rab utk di kurangkan 5 waktu namun nabi musa minta kurang lagi tapi nabi Muhammad merasa malu kerna asyik memohon maka kekallah iamya 5 waktu utk sujud pada Allah,apa taknya kalu malaikat jibrail telah menampakkan dirinya yg sebenar ciotaan Allah yg maha agong sayap jibrail menutup timur dan barat dunia ini alangkah kagumnya nabi tahap kagum 1000000000000%maka bayangkan hebatnya Allah maha pencipta....silalah dalami sirah nabi Muhammad saw....jgnlah kita menutup hati kita padanya....tq berpesan ata kebenaran Allah hu aklam yg baik darinya yg lemah adalah dari saya hambanya yg memuliakannya ini.....ku pohon padamu keampunan ya tuhan amiiiin..
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tanpa nama (27 Jun 2013 8:48 PG),

Agak sukar membaca dan menangkap isi komen anda kerana anda tidak menulisnya (atau menaipnya) secara teratur. Namun, saya akan cuba memberikan respon sebaik mungkin.

Dalam membaca komen anda ini, terlintas di fikiran saya bahawa anda seperti tidak begitu tahu dengan kepercayaan anda sendiri. Kerana terdapat beberapa kenyataan anda yang bercanggah dengan apa yang diajarkan di dalam sumber kepercayaan anda sendiri.

Contohnya, anda menulis:
"gini ya masalahnya ajaran ini masih tak sempurna dan umat selepas wafat nya nabi isa penganutnya abad ke abad masih keliru maka tuhan telah
mengutus nabi terakhir iaitu muhammad utk menyempurnakannya dgn kitab alquran yang dijanji oleh Allah akan dipelihara hingga hari qiamat,
"

- Anda mengatakan ajaran ini (iaitu Kristianiti) masih tidak sempurna dan penganutnya selepas kewafatan Nabi Isa telah keliru.
- Namun, Al-Quran menyatakan sebaliknya! Perhatikan:
"(Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab - yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), - diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan." (Al-Ahqaaf ayat 12)

- Jelas di sini Al-Quran tidak mengatakan ajaran sebelum itu tidak sempurna, sebaliknya ia mendakwa mengesahkan ajaran sebelum itu, bukan menyempurnakan ajaran sebelum itu.

- Jadi, dari mana anda mendapat idea yang mengatakan "ajaran ini masih tak sempurna"?

Dan dari sini timbul suatu masalah, kerana, jika Al-Quran dikatakan datang untuk mengesahkan ajaran sebelum itu, mengapa banyak isi kandungan Al-Quran berbeza dengan apa yang terdapat di dalam Alkitab?

Jika anda mengatakan Alkitab telah diubah, bilakah ia diubah? Kerana hakikatnya, isi kandungan Alkitab yang ada hari ini adalah sama dengan isi kandungan Alkitab yang ada pada zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad, pada zaman semasa kehidupan Nabi Muhammad dan selepas kewafatan Nabi Muhammad. (saya ada menyentuh hal ini serba sedikit di sini.)

Anda memberikan senarai nama2 nabi, namun, itu membuktikan apa? Anda sepatutnya terlebih dahulu membuktikan bahawa senarai nabi-nabi ini menyembah Allah yang sama dengan yang disembah oleh Nabi Muhammad. Sebaliknya, anda tidak berbuat demikian dan hanya menyatakannya begitu sahaja.
Tiwas Tiwasok berkata…
Tanpa nama,

Anda juga menulis:
"tak kan tuhan hari nak turun kebumi jumpa mahluknya
cukuplah dutusnya para rasul n melalui malaikat peyampai wahyu,contoh andai tuhan perlu turun pada sekian waktu dan untuk kaum tertentu pasti kaum lain di zaman lain akan mempersoalkan kenapa tuhan tak berjumpa kami...kalau tidak kami akan taat padanya 100%,
"

- Mungkin anda terlupa (atau tidak tahu) bahawa Al-Quran juga mengatakan Tuhan telah datang bertemu dengan Musa dalam bentuk semak duri yang terbakar.
- Tidakkah ini menunjukkan Tuhan boleh datang ke bumi menjumpai mahkluk-Nya?

Anda juga menulis:
"kalau anda kita adalah hamba Allah yg sejati berpeganglah pada talinya
iaitu alquran dan sunnah,kerna akhlak nabi muhammad saw adalah alquran itu sendiri, adalah contoh akhlak yg terbaik daalah nabi Muhammad itu sendiri,
"

Al-Quran adalah contoh ahklak terbaik
- Maksud anda perbuatan memukul isteri adalah contoh ahklak yang terbaik? (An-Nisaa ayat 34)

- Menyerang, menawan dan membunuh bukan Muslim sebagai contoh ahklak yang terbaik? (At-Taubah ayat 5)

- Ada banyak lagi contoh-contoh "akhlak terbaik" ini di dalam Al-Quran.

Bandingkan dengan Alkitab:
"27 ¶ "Tetapi kepada kamu, yang mendengarkan Aku, Aku berkata: Kasihilah musuhmu, berbuatlah baik kepada orang yang membenci kamu;
28 mintalah berkat bagi orang yang mengutuk kamu; berdoalah bagi orang yang mencaci kamu.
29 Barangsiapa menampar pipimu yang satu, berikanlah juga kepadanya pipimu yang lain, dan barangsiapa yang mengambil jubahmu, biarkan juga ia mengambil bajumu.
30 Berilah kepada setiap orang yang meminta kepadamu; dan janganlah meminta kembali kepada orang yang mengambil kepunyaanmu.
31 Dan sebagaimana kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah juga demikian kepada mereka.
32 Dan jikalau kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah jasamu? Karena orang-orang berdosapun mengasihi juga orang-orang yang mengasihi mereka.
33 Sebab jikalau kamu berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kamu, apakah jasamu? Orang-orang berdosapun berbuat demikian.
34 Dan jikalau kamu meminjamkan sesuatu kepada orang, karena kamu berharap akan menerima sesuatu dari padanya, apakah jasamu? Orang-orang berdosapun meminjamkan kepada orang-orang berdosa, supaya mereka menerima kembali sama banyak.
35 Tetapi kamu, kasihilah musuhmu dan berbuatlah baik kepada mereka dan pinjamkan dengan tidak mengharapkan balasan, maka upahmu akan besar dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Mahatinggi, sebab Ia baik terhadap orang-orang yang tidak tahu berterima kasih dan terhadap orang-orang jahat.
36 Hendaklah kamu murah hati, sama seperti Bapamu adalah murah hati." (Lukas 6:27-36)

"Bagaimanapun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: kasihilah isterimu seperti dirimu sendiri dan isteri hendaklah menghormati suaminya." (Efesus 5:33)

Anda fikirkanlah...
Tanpa Nama berkata…
http://www.sarapanpagi.org/tanggapan-atas-tuduhan-101-bukti-yesus-bukan-tuhan-vt3345.htmltoeab
Jawaban anda keluar dari konteks... Anggaplah benar klaim anda bhw jesus diutus Tuhan untuk seluruh manusia.. LOGIKANYA:

Setiap yang diutus Tuhan, pasti bukan Tuhan!
Yesus diutus Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan.
Tiwas Tiwasok berkata…
Belanja Murah,
Masalahnya, anda tidak membaca keseluruhan konteks kata-kata dan kehidupan Yesus.
Yohanes 1:1-14 jelas mengatakan Firman adalah Allah, dan Firman telah menjadi manusia. Ketika Firman menjadi manusia, Dia diberikan nama Yesus. Dan semasa menjadi manusia, Dia menjadian diriNya sebagai utusan.

Maka, kesimpulan anda sebenarnya yang keluar dari konteks sebenar yang dinyatakan di dalam Alkitab (Bible).
saipul hasibuna berkata…
Timas tiwarok, andai saja kamu pake logika sedikit saja untuk ayat rujukan kamu itu

Pada saat dia jadi utusan (MANUSIA)siapa yang mengendalikan alam dan bumi,di seluruh penjuru dunia
Kan gak logis kan?
Lebih lebih dia bisa di siksa pula
Lucunya itu di bilang penebusan
Gak salah kamu
Tuhan jadi tebusan di tangan manusia
Itu gak lebih
Seperti pencipta yang mati karena ciptaannya
Cocok kah itu tuhan?
Saya kira hanya orang yang tak berpikir yang bilang itu tuhan
Tiwas Tiwasok berkata…
Saipul Hasibuna,

Anda nampaknya mempunyai pemahaman yang salah tentang kepercayaan Kristian.
- Kristian percaya kepada Triniti (Bapa, Anak dan Roh Kudus). Iaitu TUHAN itu Esa, namun di dalam keesaan-Nya wujud tiga Peribadi (bukan Tuhan).
- Yang turun menjadi Manusia adalah Firman (Baca Yohanes 1:1-14)
- Maka, tidak timbul soal siapa yang mengendalikan alam dan bumi.
- Kalau pun anda tidak percaya Triniti, adakah anda membataskan kuasa Tuhan apabila anda berkata Tuhan tidak mampu mengendalikan alam dan bumi saat Dia menjadi manusia?

- Dan, ketika Yesus mati di tangan ciptaanNya, itu terjadi kerana Yesus sendiri yang menyerahkan nyawaNya, bukan kerana ciptaanNya mampu membunuhNya. (Baca Yohanes 10:17-18)

Saya sarankan agar anda terlebih dahulu menyelidiki kepercayaan sebenar Kristian sebelum mempersoalkannya. Kerana jelas apa yang anda persoalkan mendedahkan anda tidak tahu kepercayaan sebenar Kristian.