Langkau ke kandungan utama

Apabila iman Kristian diuji - Bahagian 1

Saya telah menemui post ini yang cuba memberikan beberapa petua untuk berdakwah kepada Kristian. Penulis tersebut memberikan 3 isu utama yang menurutnya adalah "hujah yang sangat kuat". Apa kata kita lihat satu persatu isu tersebut tersebut.

Isu pertama: Tentang Tuhan Allah
Menurut penulis, 7 soalan diberikan semasa memperkatakan tentang Tuhan. Penulis juga memberikan kemungkinan jawapan dan reaksi yang akan diberikan oleh orang Kristian apabila disoal dengan ketujuh-tujuh soalan tersebut.

Pertama:
1) Pertama :Adakah Al-Kitab ini kamu gunakan secara keseluruhannya atau tidak?. Biasanya orang Kristian akan diam tanpa menjawab.Kita acah dia dengan menyatakan bahawa orang Islam menggunakan keseluruhan isi kitab Al-Quran.Maka, dengan segera dia akan menjawab “Kami juga menggunakan Al-Kitab keseluruhannya”.Terus kepada soalan yang kedua.
Persoalan di sini adalah maksud 'gunakan' yang dikatakan oleh penulis. Kerana cara Kristian menggunakan Alkitab adalah berbeza dengan cara Muslim menggunakan Al-Quran. Maka, penulis sebenarnya memberikan anggapan yang tidak benar terhadap cara Kristian menggunakan Alkitab.

Kedua:
2) Kedua :Jika seseorang Kristian itu tidak percaya satu ayat di dalam Al-Kitab, apakah hukumnya?.Katakan padanya jika seseorang Islam tidak percaya satu ayat dalam Kitab Al-Quran,maka dia akan menjadi kafir. Dia juga akan menjawab “Kami juga begitu iaitu akan menjadi kafir.Ajukan soalan seterusnya.
Sebenarnya, jika seseorang Kristian itu tidak percaya atau ragu-ragu terhadap sesuatu ayat di dalam Alkitab, itu tidak menjadikan seseorang Kristian itu kafir. Kerana dasar iman Kristian bukanlah Alkitab tetapi Yesus Kristus. Seseorang Kristian itu menjadi kafir hanya apabila dia tidak percaya kepada Bapa, Yesus Kristus dan Roh Kudus. Maka, soalan kedua ini sebenarnya tidak relevan dengan Kristianiti.

Ketiga:
3) Ketiga :Siapa nama Tuhan kamu?. Biasanya dia akan menjawab “Tuhan Jesus” tetapi kadang-kadang dia akan menjawab Allah. Sekiranya mereka jawab Allah, tanyakan pula siapa pula Jesus Kristus. Dia akan menjawab bahawa ia juga adalah Tuhan.Justeru itu, katakan padanya bahawa mereka telah mempunyai 2 Tuhan. Dia akan mengatakan bahawa Tuhan mereka tetap satu.Tanyakan soalan yang seterusnya.
Ya, Tuhan tetap satu. Ini hanyalah cubaan untuk mengelirukan konsep keTuhanan yang diajarkan di dalam Alkitab kerana jelas penulis menolak Triniti.

Keempat:
4) Keempat :Tunjukkan ayat yang menyatakan Tuhan itu Jesus Kristus. Dia tidak akan dapat menunjukkan ayat itu tetapi sekiranya kita tanya sama ada ayat itu ada atau tidak maka dia akan menjawab ada.Justeru, sekiranya ada, minta dia menunjukkan kepada kita.Pada hakikatnya, ayat tersebut tidak wujud.
Sebenarnya, penulis tidak sedar ayat tersebut wujud! Saya berikan beberapa petikan ayat tersebut:
Yesus diam sahaja dan tidak mahu berkata sepatah pun. Sekali lagi Imam Agung bertanya kepada-Nya, "Kamukah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Maha Suci?" Yesus menjawab, "Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!" (Markus 14:61-62)
Kamu memanggil Aku Guru dan Tuhan. Benarlah panggilan kamu itu, kerana Aku memang Guru dan Tuhan. (Yohanes 13:13)
Kemudian penulis memberikan hujah berdasarkan keempat-empat soalan tadi. Memandangkan penulis memberikan hujahnya tanpa menggunakan perenggan, saya akan memetik hujah beliau menurut kesesuaian dan isi hujah tersebut agar mudah dibaca.
HUJAH : TUHAN ALLAH
Sekarang kita pergi kepada hujah kita yang pertama.Buka bab ulangan fasal 4 ayat 35. Cara mencarinya ialah dengan membuka bab ulangan fasal 4.Pada bab ulangan, cari nombor 4 yang ditulis dengan besar kemudian di bawahnya bermula ayat 1 hingga seterusnya. Ayat 35 berbunyi “Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui TUHANlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia “. Begitu juga dengan ayat 39 yang berbunyi “Bahawa TUHANlah Allah yang dilangit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain”.Minta dia terangkan kepada kita tentang kedua-dua ayat tersebut kerana ayat itu terdapat dalam kitab mereka.
Maksud ayat Ulangan 4:35 tersebut adalah: Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui 'Yahweh'lah 'Tuhan', tidak ada yang lain kecuali Dia.

Bahasa asal untuk perkataan 'TUHAN' di dalam ayat Ulangan 4:35 tersebut adalah הוהי iaitu 'Yahweh'. Namun, penulis tersalah anggap bahawa ayat tersebut memperkatakan tentang 'Allah' menurut pemahaman Islam. Ia jelas apabila penulis meneruskan hujahnya seperti berikut:
Ayat tersebut adalah jelas.Tanyakan padanya sama ada dia percaya atau tidak percaya dengan ayat tersebut. Sekiranya dia mengatakan percaya,katakan padanya “Maka kamu adalah Islam, kerana ini adalah akidah (pegangan/kepercayaan) Islam “.
dan
Jelasnya ,orang-orang Kristian telah tersalah pegangan akidah kerana di dalam kitab kamu dinyatakan Tuhan ALLAH tetapi akidah orang-orang Kristian adalah tuhan Jesus.
Sebenarnya, ayat Ulangan 4:35 bertentangan dengan akidah Islam kerana tidak ada tertulis di dalam Al-Quran dimana Allah mempunyai nama khas 'Yahweh'. Malah, penulis sengaja menekankan perkataan 'ALLAH' seolah-olah perkataan 'Allah' di dalam Ulangan 3:35 adalah sama dengan 'Allah' menurut fahaman Islam. Sebenarnya, perkataan 'Allah' yang digunakan membawa maksud Tuhan secara am.

Contohnya, di dalam Keluaran 20:3, perkataan 'Allah' digunakan untuk merujuk kepada tuhan lain selain 'Yahweh'.
Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku. (Kel 20:3)
Perkataan Ibrani yang digunakan adalah םיהלא iaitu elohim yang mana juga adalah perkataan Ibrani sama yang digunakan untuk merujuk kepada 'Allah' di dalam Ulangan 4:35. Saya berikan ayat Ulangan 4:35 dan Keluaran 20:3 dalam bahasa Ibrani dan anda boleh melihat sendiri perkataan tersebut.
ודבלמ דוע ןיא םיהלאה אוה הוהי יכ תעדל תארה התא (Ulangan 4:35)
ינפ לע םירחא םיהלא ךל היהי אל (Keluaran 20:3)
Hujah penulis yang seterusnya tentang 'Tuhan Allah' menjadi tidak relevan kerana ia berdasarkan salah faham yang telah dijelaskan di atas.

Kita lihat soalan kelima,
5) Kelima:Tunjukkan ayat yang menyatakan bahawa agama Kristian adalah agama yang benar.Dia pasti tidak dapat menunjukkannya kerana ia sememangnya tidak wujud dalam kitabnya.Nyatakan padanya “Kami mempunyai ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan Agama Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah.Jadi apa hujah kamu yang menyatakan bahawa Kristian adalah agama yang benar .Kami tolak hujah kamu,adakah kamu setuju?, Sekiranya kamu tidak setuju,sila tunjukkan ayatnya”.
Masalah hujah ini adalah, perkataan 'Kristian' itu sendiri sebenarnya bermaksud 'pengikut Kristus'. Dan apa kata Kristus tentang diri-Nya?
Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku. (Yoh 14:6)
Jelas di sini Yesus mengaku sebagai satu-satunya jalan untuk datang kepada Tuhan.

Selain itu, hujah ini sebenarnya juga sangat lemah kerana jika kita percaya sesuatu agama itu benar hanya kerana ia mengaku sebagai benar, adakah itu membuktikan agama tersebut benar?

Keenam:
6) Keenam :Semasa Jesus hidup, adakah dia pernah menyatakan kepada orang ramai “Akulah tuhan,sembahlah aku?”. Kebanyakan orang Kristian menjawab tidak pernah, padahal orang Kristian percaya bahawa tuhan Jesus adalah tuhan yang dijelmakan sebagai manusia kerana dengan kasih sayang tuhan maka tuhan merendahkan dirinya menjelma sebagai manusia supaya dapat merasai bagaimana hidup sebagai manusia dan mengorbankan dirinya untuk menebus dosa semua manusia. Seterusnya katakan padanya “Mengapa kamu mengatakan tidak pernah, memang betul jika kamu mengatakan ‘tidak pernah’ kerana dia bukan tuhan. Sekiranya dia adalah tuhan maka semasa hidupnya dia pasti akan mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan sebagaimana seorang raja”.
Sebenarnya, penulis telah menjawab persoalan ini melalui kata-katanya sendiri! Lihat hujah penulis yang seterusnya:
”Andaikan jika saya pergi ke sebuah kampung dan seterusnya saya mengisytiharkan diri saya sebagai ketua kampung pastinya saya akan dicerca atau dipukul.Tetapi jika memang ketua kampung di situ yang mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kampung maka ia adalah benar dan tiada masalah”.
Tepat sekali, itulah yang terjadi apabila Yesus mengaku sebagai Juruselamat, iaitu Anak Allah Yang Maha Suci, Dia dicerca, dipukul dan Dia disalibkan. Mengapa? kerana Dia datang sebagai manusia.

Kemudian, penulis memberikan hujah yang tidak bersandarkan Alkitab (sedangkan di awal hujahnya dia mengatakan hanya akan menggunakan Alkitab) tetapi melalui kepercayaannya,
Ini jelas menunjukkan bahawa akidah ketuhanan Jesus Kristian adalah salah kerana Jesus (Isa) sendiri semasa hayatnya mengatakan dia adalah Nabi pesuruh Allah.
Maka, hujah tersebut menjadi tidak relevan.

Dan terakhir:
7) Ketujuh: Apakah pandangan Kristian terhadap orang-orang Islam ?. Biasanya sukar untuk dijawab olehnya. Oleh itu, tanyakan padanya “Nyatakan pada saya,di dalam ajaran Kristian,orang-orang Islam masuk syurga atau neraka?”Dia akan mengatakan bahawa orang Islam masuk syurga dan mereka juga akan masuk ke syurga”.Bagi pihak paderi mereka akan menjawab “Semua orang yang percaya pada tuhan akan masuk ke syurga tidak kira sama ada dia kristian,Islam mahupun Buddha”.Tanyakan padanya benarkah ajaran Kristian begitu.Jika dia mengatakan benar,maka kita mengiakannya tetapi katakan pula padanya “Di dalam Islam, hanya orang Islam sahaja yang layak untuk masuk ke syurga kerana hanya akidah orang Islam sahaja yang bertepatan dan berpandukan kitab Taurat, Injil (perjanjian baru) dan Al-Quran yang mana di dalam ketiga-tiga kitab tersebut tuhan yang disebutkan adalah Tuhan ALLAH sebagaimana akidah orang Islam”.
Sebenarnya, jawapan kepada persoalan penulis ini sangat jelas. Mereka yang tidak percaya Yesus Kristus adalah Tuhan dan Juruselamat tidak akan beroleh hidup yang kekal dan bertemu dengan Bapa di syurga.

Refleksi
Adalah menyedihkan apabila penulis memberikan hujah-hujah yang mana tidak berkaitan dengan kepercayaan Kristianiti. Pengetahuan penulis tentang isi Alkitab itu sendiri juga sangat cetek. Malah, lebih mengejutkan apabila penulis memberikan hujah yang bertentangan dengan akidahnya sendiri (lihat bahagian HUJAH:TUHAN ALLAH di atas) sebagai Muslim.

Namun, lebih menyedihkan jika ada orang Kristian yang jatuh di dalam imannya setelah mendengar hujah-hujah yang diberikan oleh penulis.

Isu kedua: Hujah Babi Haram

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
maaf bertanya..
bolehkah tuhan dibunuh hasil jadian sendiri?
tQ..
tiwas berkata…
Hai,
Tuhan tidak dapat dibunuh oleh ciptaan-Nya sendiri.
Tanpa Nama berkata…
Fikiran manusia x sama dengan cara pem8kiran Tuhan... justeru orang islam pertahankan agama dengan cara fikiran manusia yang lemah...
Tanpa Nama berkata…
Hi tanpa nama,

Saya ingin menambahkan jawaban dari Tiwas.

Pertanyaan : Bolehkan Tuhan dibunuh hasil jadian sendiri?

Saat manusia pertama yaitu Adam dan Hawa jatuh kedalam dosa, Tuhan menjanjikan Juruselamat yang akan datang kedunia dan mati untuk menanggung dosa seisi dunia. Pada zaman itu, Tuhan memerintahkan manusia untuk melakukan korban domba yang di sembelih. Maksud dari korban domba ini menunjuk pada Juruselamat yang akan akan datang dan mati untuk menebus dosa seisi dunia. Jadi memang Tuhan Yesus akan mati dibunuh karena kedatangannya kedunia untuk menggantikan manusia yang seharusnya mati masuk neraka tapi Tuhan yang menanggungnya sehingga manusia yang percaya kepada Tuhan Yesus akan memperoleh hidup yang kekal di surga tidak mati di neraka.

Terima kasih.
Tanpa Nama berkata…
lembab.. perlu kar seorng tuhan dibunuh demi menebus dosa seisi dunia.. bukan kar itu terang2 menunjukkan jesus adalah hanya manusia biasa,
Tanpa Nama berkata…
knpa harus di bunuh.. tdak ada ka cara lain selain dripada dibunuh?, dan pada ketika itu, tdak ada seorang pun yg menolong saat jesus dibunuh,..

jesus dibunuh kerana menebus dosa seisi dunia? haduiii.. apa bongok sangat la kpercayaan urg kristian ni.. urg lain yg buat dosa, urg lain pulak yg menanggunnya. ape hal
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tanpa nama (5 Januari 2015 3:48 PG dan 5 Januari 2015 4:00 PG),

Anda menulis,
lembab.. perlu kar seorng tuhan dibunuh demi menebus dosa seisi dunia.. bukan kar itu terang2 menunjukkan jesus adalah hanya manusia biasa,

- Ada beberapa salah faham dari kenyataan anda ini.
1. Anda mengandaikan Yesus adalah Tuhan atau manusia.
- Kepercayaan Kristian yang sebenar adalah Yesus adalah Firman (Yohanes 1:1) yang menjadi manusia (Yohanes 1:14).
- Sila rujuk post ini: Siapakah Kristus?

Tentang dosa dan kenapa harus Yesus mati menebus dosa manusia, saya berikan perumpamaan berikut:
- Katakan seorang lelaki A telah merosakkan sebuah kereta milik Lelaki B.
- Lelaki A tidak mampu membaikinya.
- Namun, lelaki B tidak meminta ganti rugi daripada lelaki A. Dia memaafkan begitu sahaja kesilapan lelaki A.
- Maka, siapa yang menanggung kerosakan kereta tersebut? Yang menanggungnya adalah lelaki B sendiri.

- Sama halnya dengan kita. Apabila kita berdosa, kita berdosa bukan kepada manusia tetapi kepada Tuhan.
- Apabila Tuhan mengampunkan dosa kita, adakah dosa itu hilang begitu sahaja?
- Tidak, akibat dosa itu kekal ada.
- Jika kita yang menanggung akibat dosa tersebut, maka kita akan masuk ke dalam neraka.
- Namun, oleh kerana Kasih Karunia Tuhan yang Maha Besar, Dia sendiri menanggung akibat dosa itu bagi pihak kita. Mengapa? Kerana hanya Dia yang mampu menanggungnya.

- Tuhan itu Maha Adil, Dia tidak akan membiarkan dosa dibiarkan begitu sahaja tanpa hukuman.
- Pada masa yang sama, Tuhan juga Maha Kasih di mana Dia sanggup mengampunkan kita dengan menanggung sendiri akibat dosa tersebut.
- Namun, ramai yang mahu menanggung sendiri dosa mereka walaupun adalah mustahil untuk menebus dosa kita sendiri dengan usaha kita sendiri.
Eka rospitasari berkata…
Syalom.
Mau nanya ni , Gimna dengan binatang yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.yang dikatakan dalam kitab Imamat, . Apakah sebgai org kristiani kita harus menjalankan isi dari kitab tersebut ? Mksh
Tiwas Tiwasok berkata…
Shalom Eka Rospitasari,
Imamat sebenarnya bukan sekadar tentang makanan, tetapi juga pakaian, gaya hidup, perkahwinan dan banyak lagi.

Namun, kita yang percaya kepada Kristus kini hidup bukan lagi di bawah hukum tetapi di bawah Kasih karunia (baca Roma 3 dan 6). Maka, kebanyakkan daripada ritual di dalam Imamat tidak lagi mengikat kita. Hal yang tidak mengikat ini termasuk makanan.