Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian akhir

> Bahagian 7 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Kedatangan kali kedua ke dunia - Yesus akan kembali menjelang kiamat - Bacchus akan kembali menjelang kiamat Respon - Yesus memang akan kembali untuk kali yang kedua pada hari kiamat. Itu tidak dinafikan. - Bacchus pula, tidak pernah dikatakan akan kembali menjelang kiamat. Malah, konsep hari kiamat di dalam mitologi Greek sangat berbeza dengan Kristianiti. - Di dalam Kristianiti, kiamat adalah hari penghakiman ke atas seluruh umat manusia dan hanya berlaku sekali. - Di dalam mitologi Greek pula, kiamat (atau apokalips) adalah hari di mana Zeus memusnahkan seluruh manusia dan kemudian memulakan suatu zaman baru untuk manusia. Tidak ada penghakiman dilakukan. Semua manusia menerima kesudahan

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 7

> Bahagian 6 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Triteisme - Yesus adalah salah satu dari Triniti (Anak, Bapa, Roh Kudus) - Bacchus adalah salah satu dari Tridewa (Baachus, Apolos, Yupiter) Respon - Kesilapan penting yang diberikan adalah menyamakan Triniti dengan Triteisme. - Triteisme adalah tiga tuhan/dewa yang berbeza dan membentuk satu pakatan atau bekerjasama. - Triniti pula adalah satu  Tuhan yang mempunyai tiga peribadi yang berbeza. - Bacchus pula bukanlah Tridewa kerana Apolos dan Yupiter adalah dewa yang berbeza. Malah mereka tidak bekerjasama dalam erti kata Triteisme. - Apolos (atau Apollo) adalah anak kepada Zeus dan Leto, kembar kepada Artemis. - Yupiter (atau Jupiter) adalah nama lain untuk Zeus. Kesimpulan - Persamaa

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 6

> Bahagian 5 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Kebangkitan - Yesus bangkit 3 hari selepas disalibkan - Bacchus bangkit 3 hari selepas dibunuh. Respon - Memang benar Yesus bangkit 3 hari selepas disalibkan. - Bacchus pula setelah mati, jantungnya yang terselamat ditanam di dalam tubuh Semele yang kemudian melahirkannya semula. - Jika ditelitikan, hal tersebut bukanlah kebangkitan. Dengan kata lain, "kebangkitan" Bacchus langsung tidak sama dengan kebangkitan Yesus. - "Kebangkitan" Bacchus lebih kepada dilahirkan semula. Kesimpulan - Persamaan tersebut sebenarnya tidak wujud. Rujukan Myths of Greece and Rome , by Jane Harrison Encyclopedia Mythica, Dionysus > Bahagian 7

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 5

> Bahagian 4 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Tujuan kematian - Yesus mati untuk menebus dosa manusia - Baachus mati untuk menebus dosa manusia Respon - Sebenarnya, Yesus mati bukan untuk 'menebus dosa manusia' tetapi 'menebus manusia dari dosa.'. Bukan dosa yang ditebus tetapi manusia. - Bacchus pula mati kerana diperdaya oleh Hera. Tidak ada sumber yang mengatakan dia mati untuk menebus dosa manusia (atau menebus manusia dari dosa). Kesimpulan - Persamaan ini sebenarnya tidak wujud. Rujukan Myths of Greece and Rome , by Jane Harrison Encyclopedia Mythica, Dionysus > Bahagian 6

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 4

> Bahagian 3 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Kematian - Yesus mati disalibkan. - Bacchus mati dibunuh. Respon - Untuk hal ini, agak jelas persamaan yang diberikan di atas bukanlah persamaan. Kerana hanya dikatakan Bacchus mati dibunuh, tetapi dia dibunuh dengan cara apa? - Persamaan di atas terlalu rapuh. Saya berikan ilustrasi berikut untuk menjelaskan maksud saya. Bacchus mati dibunuh. Hang Jebat mati dibunuh. Adakah ini bererti kematian Hang Jebat ditiru dari kematian Bacchus? - Saya mengatakan demikian kerana persamaan 'mati dibunuh' ini terlalu umum sehinggakan seluruh watak di dalam sejarah manusia yang 'mati dibunuh' terlibat secara langsung. - Memandangkan tidak dinyatakan bagaimana Bacchus mati dibunu

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 3

> Bahagian 2 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Lahir dari ibu perawan - Yesus lahir dari seorang perawan bernama Maria - Bacchus lahir dari seorang perawan bernama Demeter/Semele Respon - Yesus memang lahir dari perawan bernama Maria. Itu tidak dinafikan. - Bacchus pula sebenarnya tidak dilahirkan dari seorang perawan. Perhatikan cerita sebenar kelahiran Bacchus (atau Dionysos/Dionysus). Ibu Bacchus, Semele (manusia biasa) telah tidur bersama dengan Zeus (seorang dewa) dan mengakibatkan Semele mengandungkan Bacchus. Isteri Zeus, Hera marah dan membuat muslihat sehingga mengakibatkan Semele yang sedang mengandung dibunuh oleh Zeus sendiri. Zeus menyelamatkan kandungan Semele dengan mem

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 2

> Bahagian 1 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Pengharapan manusia - Yesus adalah Mesias yang ditunggu. - Bacchus adalah pembebas yang ditunggu. Respon - Yesus memang adalah mesias yang ditunggu-tunggu. Itu tidak dinafikan. - Bacchus pula bukanlah "pembebas yang ditunggu". Malah, tidak ada satu pun sumber yang mengatakan dia adalah pembebas yang ditunggu-tunggu. - Bacchus adalah dewa wain (arak anggur), pertanian, dan kesuburan alam semulajadi. Kesimpulan - Persamaan tersebut tidak wujud kerana Bacchus tidak pernah digambarkan sebagai pengharapan manusia dan pembebas yang ditunggu-tunggu. Rujukan Myths of Greece and Rome , by Jane Harrison Encyclopedia Mythica, Dionysus > Bahagian 3

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 1

Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di sini . Dikatakan: - Yesus lahir pada 25 Disember. - Bacchus/Dionysos/Dionysus juga dilahirkan pada 25 Disember. Respon - Sebenarnya, tidak dinyatakan di dalam Alkitab bahagian Perjanjian Baru bila Yesus dilahirkan. Tarikh 25 Disember ditetapkan sebagai tarikh 'rasmi' perayaan Hari Kelahiran Yesus yang sebelum itu dirayakan pada tarikh yang berbeza-beza. - Dengan kata lain, Kristian tidak pernah menganggap 25 Disember sebagai kelahiran sebenar Yesus Kristus. - Selain itu, Bacchus juga sebenarnya tidak dilahirkan pada 25 Disember. Malah, tidak ada sebarang tarikh yang signifikan diberikan sebagai tarikh kelahiran Bacchus/Dionysos/Dionysus. Kesimpulan - Persamaan yang diberikan sebenarnya tidak wujud kerana tarikh 25 Di

9.Nazar/Sumpah - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada  tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di  sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Nazar/Sumpah Argumen SM Bil 30:5, 12 Jika bapa/suami tidak mempersetujui nazar anak perempuannya/isterinya, maka nazar mereka tidak sah. Kerana wanita adalah milik bapanya sebelum berkahwin, atau milik suaminya selepas berkahwin. Namun, dalam Islam, nazar setiap Muslim, sama ada lelaki atau perempuan, mengikat mereka (dan dijelaskan di dalam surah 5:89), dan lelaki dan wanita pergi sendiri kepada Muhammad untuk menyatakan sumpah (surah 60:12). Respon kami

Wayne A. Grudem: tentang Dasar Iman Kristian

Mengetahui dan memahami dasar kepercayaan Kristian adalah penting untuk setiap orang Kristian. Mereka yang tidak tahu apa yang diajarkan di dalam Alkitab tidak akan dapat membezakan kebenaran daripada kesalahan, dan mereka akan menjadi seperti "menjadi anak-anak lagi, yang diumbang-ambingkan dan ditiup ke sana sini oleh angin ajaran orang licik" (Efesus 4:14). Namun orang Kristian yang mempunyai dasar yang kukuh akan menjadi lebih matang, tidak akan mudah disesatkan, mempunyai penilaian yang lebih baik, dan akan "terlatih untuk membezakan yang baik daripada yang jahat" (Ibrani 5:14). dipetik dan diterjemahkan dari buku Christian Beliefs , m/s 10. * terjemahan Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik

Mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah "Yesus hanya pengsan di kayu salib"

Dakwaan ini sangat popular popular di kalangan Muslim suatu ketika dahulu. Sehingga kini, sekali-sekala dakwaan ini akan diberikan. Dakwaan yang diperkatakan adalah "Yesus tidak mati di kayu salib tetapi hanya pengsan". Beberapa laman web yang menggunakan hujah ini * , * , * Sebelum itu, sedikit pengenalan ringkas tentang dakwaan ini. Dakwaan ini secara umumnya dikenali sebagai "Swoon Theory" (Teori Pengsan) atau "Swoon Hypothesis". Ia timbul seawal abad ke-18 [ 1 ]. Ia kemudian diguna pakai oleh pengasas fahaman Ahmadiyah, Mirza Ghulam Ahmad di dalam bukunya,  Jesus in India . Dan dakwaan ini kemudiannya dipopularkan oleh Ahmad Deedat di dalam bukunya, Crucifixion or Cruci-fiction . Mengapa Muslim tidak patut menggunakan hujah "teori pengsan"? Perlu diketahui, untuk argumen ini berhasil, kita perlu menerima kenyataan-kenyataan berikut sebagai benar: Yesus disalibkan. (dasar utama "teori pengsan") Yesus masih belum mati s

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Matthew"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris . Artikel asal boleh dibaca di sini . Penulis memberikan artikel yang lebih panjang berbanding 2 artikelnya selepas itu ( ini dan ini ). Namun, hujah utamanya adalah berikut: Kalau Matthew yang menulis kejadian ini, kenapa ayat di Matthew 9:9 menunjukkan yang Matthew bukan lah penulis bagi INJIL Matthew? Penulis hanya memberikan hujah tersebut tanpa menjelaskan maksudnya tentang Matius 9:9. Namun, salah seorang dari pengunjung blognya memberikan penjelasan berikut: (KJV) matthew 9:9, And as Jesus passed forth from thence, he saw a man, named matthew, sitting at the receipt of custom: and he saith unto him, ‘Follow me’ and he arose, and followed him. KALAU Matthew yg menulis chapter ini, maka dia akan menulis begini: And as Jesus passed forth from thence, he saw ME, matthew, sitting at the receipt of custom: and he saith unto ME, ‘Follow me’ and I arose, and followed him. atau merujuk Kitab Suci Zabur dan Injil (2008,khazanah Bahari)

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Mark"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris . Artikel asal boleh dibaca di sini . Penulis memberikan kata-kata pengenalan yang agak panjang lebar. Namun, kita akan terus melihat hujah yang diberikannya. Penulis memulakan dengan memperkenalkan Alkitab yang digunakannya iaitu Red Letter Edition . Penulis kemudian menyatakan perkataan yang dicetak dengan dakwat hitam adalah daripada Markus (atau Mark) dan dakwat merah adalah daripada Yesus. Cara penulis menyatakan hal ini seolah-olah hanya perkataan berwarna merah yang asli sementara yang berwarna hitam adalah palsu apabila beliau menulis: kenapa ajaran JESUS ditokok tambah dengan penulisan berwarna hitam yang pastinya BUKAN AJARAN JESUS? Kemudian, penulis mempersoalkan identiti Markus dengan menulis: Siapa St Mark, setakat yang saya membaca INJIL St Mark, dia tidak pernah disebut oleh JESUS sebagai salah seorang anak muridnya. Dan dalam catatannya, dia tidak pernah diiktiraf sebagai salah seorang pengikut atau anak murid JESUS. Ja

Timothy Paul Jones: tentang permulaan Kristianiti

Pada satu titik di mana pertemuan iman dan sejarah dilihat dengan penuh kewaspadaan, saya masih mendapati diri saya tidak dapat lari dari keyakinan ini: Kubur tersebut kosong kerana apa yang kelihatan seperti penghujung kepada suatu cerita sebenarnya adalah kelahiran suatu permulaan yang baru, kerana maut bertukar menjadi kehidupan, kerana apa yang sangat tidak berkemungkinan menjadi mungkin, nyata dan benar. Lebih dari itu, saya percaya Perjanjian Baru mengandungi kesaksian oleh wanita dan lelaki yang merupakan saksi pertama kepada permulaan ini. Tidak ada perkara lain yang dapat menjelaskan bukti-bukti yang saya temui bukan sahaja di dalam Kitab Suci malah di luar Kitab Suci, serta di dalam kesaksian bapa-bapa gereja awal sepanjang empat abad pertama. Secara ringkasnya ia "sepadan dengan lubang kunci". dipetik dan diterjemahkan dari buku Misquoting Truth , m/s 146.

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Luke"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris . Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini . Menurut penulis blog tersebut, Yesus tidak disalibkan dan ia dapat dibuktikan dengan membaca Injil menurut Lukas. Penulis kemudian memberikan gambar berikut: Sumber Penulis kemudian memberikan hujah berikut: Penulis bagi GOSPEL LUKE mengakui yang dia bukan saksi bagi semua penulisannya. Dia menggunakan perkataan INVESTIGATE. Dalam bahasa melayu ia bermaksud menyiasat. Adakah menyiasat dikira sebagai saksi? Analisis dari siasatan yang dia buat menjadi kesimpulan yang dibukukan dan di masukkan sebagai salah satu isi BIBLE dan sebuah Kitab Perjanjian Baru. Ok, sekiranya ini adalah SIASATAN. Kesimpulan yang saya ambil disini, St Luke tidak tahu melainkan mengambil maklumat dari orang orang yang sudah menulis dizamannya dan menjadikan ia sebagai penulisannya dan ia tidak lebih sekadar ANDAIAN. ANDAIAN dan kemungkinan tidak boleh dijadikan sebagai bukti kukuh didalam mahmakah a

Menjawab: "Ramai orang Kristian dahulu menolak Trinity" - bahagian I

Polemik ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini . (Terdapat beberapa buah blog dan laman web lain yang memaparkan artikel yang sama, namun, blog Hikmatun adalah yang paling awal memaparkan artikel tersebut menurut carian Google ) Kata-kata pendahuluan artikel tersebut agak panjang, namun, saya akan menumpukan terus kepada dakwaan yang diberikan oleh penulis blog tersebut. Sebenarnya, ramai di kalangan Kristian peringkat awal dulu sendiri pun tidak bersetuju dan menentang konsep Trinity ini. Kumpulan2 seperti Ebonites, Corinthians, Basilidians, Capocratians, dan Hypisistarians tidak tahu-menahu pun tentang konsep Trinity ini. Manakala Arians, Paulicians dan Goths menerima Yesus sebagai seorang rasul sahaja dan menentang Trinity. *Terdapat kesilapan di dalam nama kumpulan yang diberikan oleh penulis blog Hikmatun. "Corinthians" sepatutnya adalah "Cerinthians", "Capocratians sepatutnya "Carpocratians"

Mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah "Kristian menciplak kepercayaan pagan"

Saya pernah menyentuh hal ini serba sedikit pada post ini pada bulan September yang lalu. Pada artikel kali kini, saya akan cuba menjelaskan dengan lebih terperinci mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah atau argumen ini. Sedikit pengenalan... Argumen ini sering digunakan oleh Muslim sebagai hujah untuk menidakkan Kristianiti. Jika kita melakukan pencarian ringkas melalui Google, kita akan menemui argumen ini pada laman-laman web seperti blog, laman sosial, forum, dan sebagainya, oleh Muslim. Saya berikan beberapa pautan berikut, * , * , * , * Malah, kebanyakan argumen yang diberikan adalah berulang-ulang atau sama. Mungkin kerana dari sumber yang sama.

8.Zina - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada  tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di  sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Zina Argumen SM Alkitab menetapkan hukuman mati bagi kedua-dua penzina lelaki dan wanita (Imamat 20:10), begitu juga dengan Al-Quran (surah 24:2), namun, Alkitab hanya mempertimbangkan hubungan luar nikah dengan wanita yang telah berkahwin sebagai zina ( Imamat 20:10 , Ulangan 22:22 , Amsal 6:20 – 7:27 ). Jika seorang lelaki meniduri wanita yang tidak bersuami, perbuatan ini tidak berdosa langsung. Hal ini demikian kerana wanita di dalam Alkitab dianggap sebagai harta suami. Al-Quran pula, menggambarkan perkahwinan sebagai 'kasih sayang, belas kasihan, dan aman; bukan harta dan 'double standard' (surah 30:21) Respon ka

Gary R. Habermas: tentang Apologetik

Saya telah berkata-kata di sini seolah-olah satu-satunya tujuan disiplin ini adalah untuk mencapai mereka yang tidak percaya, atau sekurang-kurangnya mencabar mereka dalam erti kata pra-penginjilan, melalui kuasa Roh Kudus. Namun, apologetik bukan sahaja sangat berguna untuk orang percaya, ia juga mempunyai nilai yang sangat besar. Ia adalah bahagian di mana kita perlu mempraktikkan teori di dalam kehidupan melalui pelbagai cara, secara radikal. Komitmen kita terhadap tugas pelayanan secara praktikal ini, haruslah sama seperti komitmen kita dalam menambahkan pengetahuan ilmiah. dipetik dan diterjemahkan dari buku Five Views on Apologetics , m/s 98.

Yesus vs Krishna

Untuk topik ini, saya sekali lagi akan menggunakan artikel dari blog Hikmatun yang mendakwa kisah Yesus diciplak dari dewa kepercayaan Hindu iaitu Krishna. Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini . Artikel tersebut memperkatakan peniruan lain tetapi saya hanya akan menumpukan kepada Krishna. (Sebelum ini saya telah memberikan respon tentang dakwaan persamaan Yesus dan Baal di blog tersebut di sini .)

7.Memberi kesaksian - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada  tulisan ini . Artikel asal boleh dibaca di  sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Memberi kesaksian Argumen SM Al-Quran pada surah 2:282 menyatakan bahawa kesaksian untuk urusan perniagaan bagi 2 wanita dalah sama dengan 1 lelaki, namun di dalam surah 24:6-11, jika seorang lelaki menuduh isterinya tidak menjaga kehormatan, wanita itu boleh bersumpah bahawa dirinya tidak bersalah, dan tiada apa-apa yang akan dilakukan ke atas dirinya. Di dalam Alkitab, Sarah dicatatkan sebagai menipu ( Kej 18:9-16 ) dan beberapa orang rabbai telah menganggap ia bererti semua wanita adalah penipu. Bil 5:11-31 memberikan cara perbicaraan melalui ujian untuk wanita yang dituduh melakukan zina, dan Ul 22:13-21  memberikan ibu bapa ta

Michael Licona: tentang kebangkitan Yesus

Namun berkenaan dengan kebangkitan Yesus, kita mendapati kitab-kitab Injil sepadan dengan genre biografi kuno. Kita tahu biografi kuno ditulis sebagai sejarah pada tahap yang berbeza-beza. Kita mempunyai laporan awal yang tidak dapat dijelaskan sebagai perkembangan lagenda, kita mempunyai banyak sumber berkecuali, kita mempunyai saksi-saksi, dan kita mempunyai bukti sokongan dari pihak luar (bukan Kristian). Kita juga mempunyai pengesahan oleh musuh; iaitu, pengesahan daripada individu-individu seperti Saul dari Tarsus, yang mana merupakan pengkritik Kristianiti sehinggalah dia melihat bukti yang ada dengan matanya sendiri iaitu Yesus telah bangkit dari kematian. dipetik dan diterjemahkan dari buku The Case for the Real Jesus , m/s 109

Apologetik Kristian

Artikel ini adalah terjemahan. Artikel asal (dalam Bahasa Inggeris) boleh dibaca di sini . Oleh Rick Wade Pengenalan Sepanjang sejarah gereja, Kristian telah diminta untuk menjelaskan mengapa kita percaya dengan apa yang kita percayai. Rasul Paulus menyatakan pelayanannya sebagai "membela dan mempertahankan Berita Baik itu." Petrus berkata kita perlu "sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki." Aktiviti gereja ini kemudian dikenali sebagai apologetik yang bermaksud "mempertahankan". Namun, jika mempertahankan iman adalah penting, bagaimana kita melakukannya?

Yesus vs Baal

Untuk topik ini, saya akan menggunakan artikel dari blog Hikmatun yang mendakwa kisah Yesus ditiru/diciplak dari kisah Baal sebagai platform. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini . Artikel tersebut sebenarnya memperkatakan peniruan lain (seperti Mithras, Osiris dan Bacchus), namun, saya hanya akan menumpukan kepada Baal sahaja. ( Update : Artikel tentang "kisah Yesus ditiru/diciplak dari kisah Baal" telah dipadam oleh pemilik blog Hikmatun. Namun, anda masih boleh membaca artikel yang sama tersebut di sini .) Baal Mithras Sebelum itu, terdapat satu masalah di dalam artikel tersebut. Gambar yang diberikan adalah patung Mithras, sedangkan nama dewa untuk persamaan yang diberikan adalah Baal. Tidakkah penulis blog tersebut sedar Mithras dan Baal adalah dua dewa yang berbeza? Saya andaikan penulis tidak sengaja membuat kesilapan ini. Namun, jika penulis ada menyelidiki topik artikel yang ditulisnya ini dengan lebih teliti, kesilapan ini sepatutnya dapat di

William Lane Craig: tentang percaya kepada Kristus

Oleh itu, apabila seseorang menolak untuk datang kepada Kristus, ia bukan semata-mata kerana kekurangan bukti atau halangan intelektual: pada dasarnya, dia menolak kerana dia dengan sedar tidak mempedulikan dan menolak panggilan Roh Tuhan di dalam hatinya. dipetik dan diterjemahkan dari buku Reasonable Faith , m/s 47

Fakta segera - Terjemahan dan versi Alkitab

Mengapa terdapat banyak terjemahan Alkitab? - Kerana terdapat banyak bahasa berbeza di dunia. Terjemahan dibuat berdasarkan bahasa tersebut agar lebih ramai yang dapat mendengar tentang Injil melalui bahasa yang difahami mereka. Mengapa terdapat banyak versi Alkitab seperti NIV, KJV, NET, Terjemahan Lama, Terjemahan Baru, dan lain-lain? - Kerana bahasa sentiasa berubah dan berkembang. Contohnya istilah, ejaan, tatabahasa dan lain-lain adalah berbeza jika dibandingkan dengan 100 tahun dahulu. Bayangkan jika tidak ada versi kemaskini seperti Alkitab NIV atau NET dan kita kekal menggunakan Alkitab KJV versi lama, dapatkah kita memahami sepenuhnya bahasa Inggeris klasik yang digunakan? Atau jika Alkitab Terjemahan Lama Bahasa Indonesia kekal digunakan (tidak ada Terjemahan Baru), adakah kita dapat memahami sepenuhnya mesej Alkitab sedangkan konteks bahasa zaman tersebut sudah berbeza berbanding konteks bahasa zaman ini? - Selain itu, penemuan-penemuan baru serta kajian Alkitab yang

Apa Sebenarnya Kata Yesus?

Baru-baru ini, saya menemui sebuah blog yang menterjemahkan buku tulisan Misha’al ibn Abdullah yang bertajuk "What Did Jesus Really Say?". Penulis Blog ini adalah blogger sama yang menterjemahkan buku "Women in Islam versus women in the Judeo-Christian Tradition: The Myth & The Reality" di blog  ini . Saya telah memberikan respon terhadap blog/tulisan tersebut secara bersiri di sini . Berkenaan dengan buku "What Did Jesus Really Say?", sebenarnya, sudah ada respon diberikan terhadap buku tersebut dalam Bahasa Inggeris. Sesiapa yang berminat meneliti argumen kedua-dua pihak, boleh membacanya melalui link berikut. Dakwaan - Apa sebenarnya Kata Jesus?  atau di sini  (dalam Bahasa Inggeris). Respon - What Indeed Did Jesus Say?  (dalam Bahasa Inggeris). Jika ada kesempatan, saya akan menterjemahkan respon tersebut di dalam Bahasa Malaysia.

Siapakah Kristus?

Artikel ini diterjemahkan dari buku Christian Beliefs , m/s 67-70. - terjemahan ayat Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik. Melalui peribadi Yesus Tuhan telah datang ke dunia kita secara fizikal. Tuhan yang kekal datang untuk tinggal di dunia yang sementara. Dia, yang mengetahui situasi yang sepatutnya wujud datang ke tempat situasi yang adalah sebaliknya. Di dalam Yesus, Tuhan dan manusia menjadi satu peribadi, peribadi yang tidak sama seperti peribadi-peribadi lain di dunia dan tidak akan ada yang seperti itu. Yesus Kristus adalah, dan selama-lamanya demikian, Tuhan sepenuhnya dan manusia sepenuhnya di dalam satu peribadi. Dan peribadi tersebut telah mengubah haluan sejarah selama-lamanya.  Yesus – Manusia Sepenuhnya

6.Perempuan tidak bersih, tidak suci? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Perempuan tidak bersih, tidak suci? Argumen SM Im 15:19-23 - haid menjadikan wanita tidak suci, dan semua yang disentuhnya mesti dibersihkan. Namun, di dalam Islam, haid adalah bahagian yang normal di dalam kehidupan. Mereka hanya tidak dibenarkan bersetubuh semasa haid, dan dikecualikan daripada sembahyang dan berpuasa. Respon kami

Rekomendasi laman web Kristian

Terdapat pelbagai laman web yang memperkatakan isu-isu berkaitan dengan Kristianiti, terutamanya apologetik. Berikut adalah beberapa laman web yang menurut pandangan peribadi saya sangat baik dalam mengembangkan lagi pemikiran kita. Jika anda juga mengetahui laman web lain tentang Kristianiti, saya sangat menghargai jika anda memberikan pautan/link laman web tersebut di dalam ruangan komen di bawah. Senarai ini tidak bertujuan memberikan 'senarai muktamad' dan tidak semestinya saya bersetuju dengan kesemua isi kandungan yang terdapat di dalam laman web yang disenaraikan. Saya hanya memberikan saranan untuk kita selidiki bersama. Sesuai dengan tema blog ini. Kebanyakan laman web ini adalah dari luar negara. Agak sukar mencari laman web Kristian yang berasal dari Malaysia.

Sherlly Lee: tentang mengampuni

Mengampuni orang yang telah menyebabkan kita terluka bukan mudah. Ia memerlukan ketelusan seluruh jiwa kita. Kita memerlukan campur tangan Tuhan dan kuasa Tuhan yang luar biasa itu untuk memampukan kita mengampuni. dipetik dari buku Saat aku ditinggalkan , m/s 26.

Fakta segera - Bilakah keempat-empat kitab Injil ditulis?

Bilakah kitab-kitab Injil di dalam Perjanjian Baru berkemungkinan ditulis? Berikut adalah tarikh yang kebanyakan pengkaji--termasuk pengkaji bukan Kristian--berikan ke atas kitab-kitab Injil ini: - Injil Matius : Sekitar tahun 75 dan 85, namun ramai pengkaji percaya Injil ini di dalam bahasa Aramaik lebih dahulu tersebar iaitu sekitar tahun 60 atau lebih awal lagi. - Injil Markus : Sekitar tahun 65 dan 70. - Injil Lukas : Sekitar tahun 65 dan 85. - Injil Yohanes : Sekitar tahun 75 dan 95. * semua tahun adalah Selepas Masihi. dipetik dan diterjemahkan dari buku Misquoting Truth , m/s 85.

5.Pendidikan perempuan - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Pendidikan Perempuan Argumen SM 1 Kor 14:34-35 melarang wanita dari berbicara. Bagaimana seorang wanita harus belajar jika beliau tidak dibenarkan bercakap dan harus tunduk sepenuhnya? Al-Quran pula menunjukkan peristiwa di mana seorang wanita berhujah dengan Muhammad dan kemudian diadili sebagai benar di hadapan Tuhan (surah 58 ). Respon kami

Yesus vs Mithras

Artikel ini dipetik dan diterjemahkan dari buku The Case for the Real Jesus , muka surat 170-173.     Saya mengeluarkan sebuah senarai tentang persamaan di antara Yesus dan Mithras. "Pertama, penulis popular mendakwa bahawa Mithras dilahirkan oleh seorang perawan." Saya bertanya, "Adakah ini benar dan diajarkan di dalam Mithraism?"     Yamauchi kelihatan sedih mendengarnya, "Tidak, hal itu sangat tidak benar," tegasnya. "Dia dilahirkan dari seketul batu."     "Batu?"     "Ya, kelahiran dari batu ini sering digambarkan di dalam tinggalan Mithraic," jelasnya. "Mithras lahir dalam keadaan dewasa dan tidak berpakaian kecuali sebuah topi Phrygian, dan dia memegang obor serta sebilah pisau. Di dalam penceritaan lain, api keluar dari batu tersebut, atau dia memegang sebuah glob di tangannya."     Saya tertawa kecil, "Jadi, melainkan kita menganggap batu tersebut sebagai perawan, persamaan ini dengan Yesus hilan

4.Anak-anak perempuan yang memalukan? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon terhadap tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Anak-anak perempuan yang memalukan? Argumen SM Bible mengatakan bahawa tempoh masa ibu tidak suci adalah dua kali lebih lama jika beliau melahirkan anak perempuan (Imamat 12:2-5), dan Eklesiastikus [kitab apokripa] yang mempunyai banyak perkara negatif tentang anak perempuan. Islam pula mengutuk perbuatan membunuh bayi perempuan oleh penduduk Arab sebelum kedatangan Islam (surah 16:59 ; 43:17 ; 81:8-9 ) dan ia menganggap kelahiran bayi perempuan lebih diberkati berbanding bayi lelaki (surah 42:49 ). Hadis pula merujuk kepada Muhammad memberkati mereka yang membesarkan anak perempuan mereka dengan baik (Bukhari&Muslim). Respon ka

Ravi Zacharias: tentang Kebenaran

Definisi kebenaran adalah bersifat eksklusif. Jika kebenaran adalah bersifat inklusif, tidak akan wujud perkara yang palsu. Dan jika tidak ada perkara yang palsu, apa maknanya benar ? Selain itu, jika tidak ada perkara yang palsu, adakah benar  jika kita mengatakan semuanya adalah palsu? Ia segera menunjukkan bahawa menolak kebenaran sebagai sesuatu yang mutlak berakhir dengan menidakkan diri sendiri atau mengakibatkan kita tidak memberikan pernyataan yang benar tentang kebenaran. dipetik dan diterjemahkan dari buku The Kingdom of The Cults , m/s 10.

Fakta segera - Malaikat

Malaikat adalah... - Ciptaan Tuhan ( Neh 9:6 ) - Wujud dalam keadaan 'roh' ( Ibr 1:14 ), dan 'roh' tidak mempunyai tubuh fizikal seperti manusia ( Luk 24:39 ). - Tidak dapat dilihat dengan mata kasar melainkan Tuhan membuka mata kita (seperti Bileam di dalam Bil 22:31 ) atau ketika malaikat menjelma dalam bentuk manusia ( Mat 28:5 ). - Menjaga manusia semasa melakukan aktiviti harian ( Mzm 91:11 ). - Bersama kita semasa menyembah Tuhan ( Ibr 12:22 ). - Mempunyai sifat moral kerana mereka "dapat berdosa" ( 2 Ptr 2:4 ). - Mempunyai kuasa dan dengan taat melaksanakan firman Tuhan ( Mzm 103:20 ). - Boleh datang dalam bentuk manusia sebagai orang yang tidak dikenali, meminta pertolongan ( Ibr 13:2 ). - Tidak boleh disembah ( Why 19:10 ). dirujuk dari buku  Christian Beliefs: Twenty Basics Every Christian Should Know , m/s 53-54.

3.Warisan Hawa - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Warisan Hawa Argumen SM: Alkitab Imej Alkitab untuk Hawa adalah seorang 'penggoda' dan semua wanita mewarisi kesalahan dan tipu muslihatnya. 'Oleh itu, mereka semuanya tidak boleh dipercayai, lebih rendah akhlaknya dan jahat. Haid, kehamilan dan melahirkan anak dianggap sebagai hukuman yang adil terhadap kesalahan abadi wanita yang merupakan kaum yang telah disumpah.' Pkh 7:26-28 menunjukkan tidak ada seorang pun wanita yang lurus. Kemudian SM memberikan banyak petikan dari sumber bukan Alkitab: sembilan kutukan terhadap wanita oleh Rabbi Yahudi, sebuah ayat dari kitab Pengkhotbah, dan doa harian lelaki Yahudi mengucap

2.Kesalahan Hawa? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Kesalahan Hawa Argumen SM Berbeza dengan Alkitab, Al Quran: meletakkan kesalahan yang sama rata kepada Adam dan Hawa mengatakan Hawa tidak menggoda Adam percaya Hawa tidak dipersalahkan sebagai punca kesakitan semasa bersalin Pengampunan di dalam Al Quran: Tuhan tidak menghukum seseorang disebabkan kesalahan orang lain (surah 6:164 ; 53:38 ). Tuhan mengampunkan kesalahan Adam dan Hawa. Respon kami

David R. Burfield: tentang doa

Doa salah satu kunci untuk menilai, merancang dan melaksanakan visi gereja. Berdoa sepatutnya menjadi cara hidup para pemimpin. Semua perbincangan dan keputusan para pemimpin patut disertai dengan doa yang sungguh-sungguh. Jemaah juga sepatutnya didorong untuk mendoakan projek gereja pada setiap kesempatan: kebaktian mingguan, persekutuan doa, kelompok sel, sekolah minggu dan doa peribadi. dipetik dari buku Gereja yang Hidup , m/s 160.