Langkau ke kandungan utama

8.Zina - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.


Zina
Argumen SM
Alkitab menetapkan hukuman mati bagi kedua-dua penzina lelaki dan wanita (Imamat 20:10), begitu juga dengan Al-Quran (surah 24:2), namun, Alkitab hanya mempertimbangkan hubungan luar nikah dengan wanita yang telah berkahwin sebagai zina (Imamat 20:10, Ulangan 22:22, Amsal 6:207:27). Jika seorang lelaki meniduri wanita yang tidak bersuami, perbuatan ini tidak berdosa langsung. Hal ini demikian kerana wanita di dalam Alkitab dianggap sebagai harta suami. Al-Quran pula, menggambarkan perkahwinan sebagai 'kasih sayang, belas kasihan, dan aman; bukan harta dan 'double standard' (surah 30:21)

Respon kami

Dalam sudut tertentu, sudah pasti SM betul, Taurat memang membenarkan 'double standard'. Namun, begitu juga dengan Al-Quran kerana poligami itu sendiri adalah 'double standard'. Mengapa seorang lelaki boleh memiliki beberapa orang isteri sementara wanita hanya boleh memiliki seorang suami? Bukankah lelaki Muslim boleh memiliki sebanyak mana gundik yang diingininya, sama ada mereka sudah berkahwin atau tidak, sedangkan wanita Muslim tidak boleh melakukan hal yang sama?

Definisi zina di dalam Perjanjian Lama adalah gambaran toleransi terhadap poligami. Jika seorang lelaki meniduri seorang wanita, mereka perlu memperbetulkan kesalahan mereka dengan berkahwin. Lelaki yang belum atau sudah berkahwin mampu memenuhi kewajipan tersebut, sama seperti wanita yang belum berkahwin. Wanita yang sudah berkahwin pula, tidak dapat memenuhi bayaran kerugian tersebut, kerana dia tidak dibenarkan untuk mengambil suami kedua. Selagi poligami dibenarkan, definisi tentang zina seperti itu dapat difahami. Namun adalah penting untuk diperhatikan, walaupun ada tolak ansur, poligami bukanlah sesuatu yang dilihat sebagai ideal oleh Tuhan, ia juga tidak termasuk di dalam institusi perkahwinan asal yang dibinaNya di dalam Kejadian 2:24-25, dan ditegaskan semula di dalam Efesus 5:31-33.

Namun, melalui Perjanjian Baru, Yesus menurunkan tolak ansur Perjanjian Lama terhadap poligami. Bukan sahaja zina dilarang walau dalam apa juga bentuk, malahan lelaku diperintahkan untuk menjaga hatinya, kerana menurut pandangan Yesus, nafsu adalah dosa yang sama besarnya dengan zina itu sendiri. Yesus memberikan model kepada kita tentang kasih dan pengorbanan yang sepatutnya ada di dalam perkahwinan orang Kristian dan tauladanNya yang melihat keperluan orang lain lebih daripada diriNya sendiri diangkat di hadapan gereja sebagai tauladan tentang bagaimana seorang lelaki mesti melihat keperluan isterinya melebihi dirinya sendiri (contohnya, Ef 5:21).

Kita gagal untuk memahami bagaimana definisi Al-Quran tentang zina (iaitu 'hubungan luar nikah seorang lelaki yang telah berkahwin dan seorang wanita yang telah berkahwin') sepadan dengan kebenaran yang diberikan kepada lelaki Muslim untuk mengambil gundik (surah 4:24), dan tidak memperkatakan timbal balik, memandangkan wanita Muslim tidak dibenarkan memiliki 'gigolo'. Muhammad sendiri meniduri wanita yang belum dikahwininya (contohnya Maryam si Qibti); adakah ini menjadikannya seorang penzina? Hadis memberikan pelbagai rujukan tentang gundik-gundik Muhammad, kadangkala disebut sebagai 'hasil perang'. (lihat Barbara Freyer Stowasser in the Encyclopaedia of the Qur'an, Vol 5, Leiden-Boston: Brill, 2006, p. 508-509)

Menariknya, SM tersilap apabila memperkatakan surah 24:2 menetapkan hukuman mati untuk penzina, sedangkan ayat ini hanya menetapkan hukuman sebat 100 kali. Tanpa disedarinya, dia telah memperkenalkan hukuman tersebut, yang mana, menurut beberapa tradisi, dipraktikan oleh Muhammad sendiri, tetapi kini tidak lagi ditemui di dalam Al-Quran, yang menandakan terdapat perubahan terhadap kitab tersebut. Kenyataan bahawa ayat tentang rejam tidak ditemui di dalam Al-Quran, telah merisaukan mereka yang tahu bahawa ketiadaannya akan membawa masalah pada masa akan datang. Pertimbangkan:
  • "Jangan kamu lupakan ayat tentang rejam dan berkata: Kami tidak menemuinya di dalam Kitab Allah; Rasul Allah (s.a.w) telah memerintahkan rejam untuk dilaksanakan dan kami juga telah melakukannya, selepas dia. Atas nama Tuhan yang berkuasa atas nyawaku, jika aku tidak dituduh menokok-tambah di dalam Kitab Allah, aku pasti telah menuliskannya: Ash-shaikhu wash-shaikhatu ithaa zanayaa faarjumuu humaa (yang bermaksud: Lelaki dewasa dan perempuan dewasa itu mesti direjam). Kami telah membaca ayat tersebut. (Muwata Imam Malik, Buku 41, No.41.1.10).
  • Aku risau setelah suatu tempoh masa berlalu, ada yang akan berkata, 'Demi Allah, kami tidak menemukan ayat Rajam di dalam Kitab Allah', lalu mereka akan menyimpang dengan meninggalkan kwajiban yang telah Allah nyatakan. (Sahih Bukhari, no.6401)
Suatu perkara menarik yang perlu diperhatikan adalah Al-Quran memberikan andaian yang berbeza-beza tentang layanan terhadap wanita berkaitan dengan zina. Surah 4:15 menyebut bahawa wanita-wanita tersebut patut dikurung untuk suatu jangka waktu yang mana boleh berlanjutan sehingga ajal mereka, sementara ayat yang lain memberikan hukuman sebat 100 kali untuk lelaki dan wanita.

Yang terakhir, kita akan menghargai sebarang penjelasan kepada bagaimana mengizinkan lelaki untuk memukul isterinya (S. 4:34-35) adalah sepadan dengan perkahwinan ideal 'kasih sayang dan belas kasihan'. Kasih dan belas kasihan ini dinyatakan pada surah 30:21, 'Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir. Ayat ini juga menimbulkan beberapa isu penting, iaitu wanita dilihat sebagai 'ibu kepada', 'isteri kepada', 'wanita kepada' dan seterusnya, yang mana perhubungan wanita terhadap lelaki bukan secara autonomi.

Yang menariknya, SM gagal menyebut tentang konsep perkahwinan Mut'ah, yang disebut di dalam Al-Quran (surah 4:24) dan digalakkan oleh Muhammad. Sehingga hari ini, ramai pemimpin Shia percaya perbuatan ini masih relevan, sementara Sunni secara umumnya tidak beranggapan demikian, tetapi percaya ia hanya sesuai pada zaman kehidupan Muhammad. Alasan di sebalik perkahwinan Mut'ah ini kurang menyenangkan untuk mereka yang melihat kesucian seks di dalam atau di luar perkahwinan. Surah 4:24 menyatakan lelaki boleh membuat suatu 'kontrak', perjanjian dengan seorang wanita yang mulia untuk melakukan hubungan seksual dengannya berdasarkan sejumlah bayaran. Alasan kepada perkahwinan mut'ah ini, menurut ulamak Muslim, adalah untuk askar-askar Muhammad yang berada di medan peperangan pada suatu tempoh waktu yang lama. Hari ini, 'kontrak' atau 'perkahwinan' seperti ini dilihat sebagai 'pelacuran secara sah'. 'Jalan keluar' menurut Al-Quran untuk perbuatan ini adalah melalui pengajaran tentang gundik, dan hamba, atau secara harafiahnya 'hamba sahaya yang kamu miliki'. Jika seorang lelaki boleh memperoleh gundik-gundik, maka nafsu seksnya dapat dipuaskan. Namun, perkara ini bercanggah dengan zina yang diperkatakan menurut Al-Quran.

Seterusnya..
9. Nazar/Sumpah
atau
kembali ke indeks

Ulasan