Langkau ke kandungan utama

7.Memberi kesaksian - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Memberi kesaksian
Argumen SM
Al-Quran pada surah 2:282 menyatakan bahawa kesaksian untuk urusan perniagaan bagi 2 wanita dalah sama dengan 1 lelaki, namun di dalam surah 24:6-11, jika seorang lelaki menuduh isterinya tidak menjaga kehormatan, wanita itu boleh bersumpah bahawa dirinya tidak bersalah, dan tiada apa-apa yang akan dilakukan ke atas dirinya.


Di dalam Alkitab, Sarah dicatatkan sebagai menipu (Kej 18:9-16) dan beberapa orang rabbai telah menganggap ia bererti semua wanita adalah penipu. Bil 5:11-31 memberikan cara perbicaraan melalui ujian untuk wanita yang dituduh melakukan zina, dan Ul 22:13-21 memberikan ibu bapa tanggungjawab untuk membuktikan anak perempuan mereka tidak bersalah jika dia dituduh sebagai bukan lag perawan semasa malam perkahwinannya (perempuan itu tidak boleh bercakap bagi dirinya sendiri).

Respon kami

Rujukan tentang Sarah adalah tidak relevan kerana Alkitab sendiri tidak memberikan maksud demikian. Lagipun, lelaki lain juga digambarkan sebagai menipu di dalam Kitab Suci. Ia adalah dosa yang dilakukan oleh kedua-dua jantina, yang mana akan menjadi jelas apabila kita membaca banyak penipuan yang direkodkan di dalam Kitab Suci, majoritinya dilakukan oleh lelaki.

Tafsiran yang diberikan terhadap Bilangan 5 langsung tidak menepati maksudnya yang sebenar. Wanita memang memberikan kesaksian bagi dirinya sendiri. Lebih dari itu, dia bersandar kepada Tuhan untuk menjadi saksinya. Perbicaraan melalui ujian tersebut adalah tindakan pengadilan Tuhan di mana TUHAN sendiri yang akan mengisytiharkan sama ada seseorang yang tertuduh itu benar atau bersalah.

Situasi menurut Islam pula, seorang wanita boleh sekadar mengaku lima kali sebagai tidak bersalah, adalah pelik, kerana ia bererti bahawa jika wanita itu berbohong, setelah dia mengaku lima kali, dia akan dibiarkan begitu sahaja. Jika demikian, di manakah keadilannya?

Berkenaan dengan Ulangan 22, pertama, adalah tidak munasabah untuk mengatakan wanita tidak dapat memberikan kesaksian untuk dirinya sendiri. Tidak seperti Al-Quran (surah 24:6-11), ayat tersebut, hanya menyatakan bahawa kesaksiannya tidak cukup untuk membuktikan dia tidak bersalah. Perkahwinan melibatkan penyatuan dua keluarga, bukan sekadar dua individu, dan kejujuran pihak ibu bapa dalam menyatakan anak perempuan mereka masih perawan kepada tunangnya juga dipertaruhkan jika tuduhan diberikan ke atas anak perempuan mereka. Memberikan bukti kepada keperawanannya juga membuktikan kehormatan wanita yang tertuduh tersebut dan juga mengesahkan kejujuran ibu bapanya.

Berkenaan dengan Al-Quran, adalah menakjubkan apabila dalam isu yang tidak begitu penting seperti urusan perniagaan, kesaksian dua orang wanita adalah diperlukan untuk menyamai kesaksian seorang lelaki, sementara tuduhan yang serius seperti zina pula, pengakuan wanita diterima begitu sahaja tanpa perlu menyiasat tuduhan tersebut. Dan sudah tentu, SM tidak menyebut tentang perlanggaran serius tafsiran ayat yang diberikannya ini di dalam dunia Muslim hari ini.

Sharif juga gagal menyebut tentang pandangan Muhammad terhadap wanita dan kesaksian mereka seperti yang dituliskan di dalam Hadis Sahih Bukhari,
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama” (sumber)

seterusnya...
8. Zina
atau
kembali ke indeks

Ulasan