Langkau ke kandungan utama

9.Nazar/Sumpah - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.


Nazar/Sumpah
Argumen SM
Bil 30:5, 12 Jika bapa/suami tidak mempersetujui nazar anak perempuannya/isterinya, maka nazar mereka tidak sah. Kerana wanita adalah milik bapanya sebelum berkahwin, atau milik suaminya selepas berkahwin. Namun, dalam Islam, nazar setiap Muslim, sama ada lelaki atau perempuan, mengikat mereka (dan dijelaskan di dalam surah 5:89), dan lelaki dan wanita pergi sendiri kepada Muhammad untuk menyatakan sumpah (surah 60:12).

Respon kami

Untuk dakwaan bahawa lelaki memiliki wanita, lihat bahagian ke-10. Berkenaan dengan melepaskan diri dari nazar/sumpah, beberapa perkara perlu diperhatikan:
  1. Suami dan bapa diberikan kebenaran untuk membebaskan isteri atau anak perempuan mereka dari nazar/sumpah, namun mereka tidak diberi kebenaran untuk memaksa wanita tersebut menerima pembebasan tersebut (iaitu, mereka tidak boleh menghalang wanita tersebut dari memenuhi nazar/sumpah tersebut.)
  2. Jika seorang isteri atau anak perempuan mahu menurut permintaan suami atau bapa dan tidak memenuhi nazar yang dibuat, maka, lelaki yang akan memikul tanggungjawab dan dia perlu menebus nazar tersebut; pihak perempuan tersebut tidak akan dipersalahkan. Namun, jika wanita tersebut tidak memenuhi nazarnya atas pilihanya sendiri, maka wanita itu sendiri yang perlu menebus dirinya.

seterusnya..
atau

Ulasan