Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #30: Bukan Jesus yang disalib?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 56 hingga 58, penulis sekali lagi cuba mengatakan bukan Jesus yang disalibkan. Kali ini, penulis cuba memetik ayat Matthew 27:46 berikut: "Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?" (Matthew 27:46, TB) Namun, apa yang tidak dijelaskan penulis, Jesus sebenarnya sedang mengungkapkan semula ayat dari kitab Mazmur 22:1, "Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Rusa di kala fajar. Mazmur Daud. Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? Aku berseru, tetapi Engkau tetap jauh dan tidak menolong aku." (Mazmur 22:1, TB) Mengapa Jesus berseru menggunakan ayat Mazmur 22:1 tersebut? Ia untuk menarik perhatian terhadap Mazmur 22 yang mana pada ayat 11 hingga 18 adalah seperti berikut:

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #29: Percanggahan perincian kebangkitan Jesus?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 50 hingga 53, penulis cuba menimbulkan keraguan kepada peristiwa kebangkitan Jesus dengan mendakwa terdapat percanggahan pada perincian kisah kebangkitan tersebut. Berapa orang wanita? Penulis cuba mengatakan wujud percanggahan kerana " Wanita-wanita yang diceritakan datang ke kubur tidak sama dalam ketiga-tiga Gospel Sinoptik ". Penulis mendakwa percanggahan ini wujud kerana " Gospel of John hanya menyebut seorang wanita bernama Maria Magdalena ". Namun, penulis sendiri kemudian memberikan penjelasan kepada percanggahan tersebut apabila berkata " Namun, dalam Gospel of John wanita itu menggunakan kata ganti nama 'kami' semasa bercakap, seolah-olah dia mempunyai teman ". 

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #27: Injil Barnabas?

Senarai siri ini lengkap di sini . Pada muka surat 39 hingga 46, penulis sekali lagi menggunakan Injil Barnabas sebagai "bukti" bahawa Judas yang disalibkan menggantikan Jesus. Injil Barnabas sudah saya perkatakan di dalam poin 9 sebelum ini . Ia bukanlah Injil asli dan sudah terbukti palsu. Bukan di dalam siri ini sahaja, Injil Barnabas juga telah diperkatakan beberapa kali di dalam blog ini . Malah, terdapat sarjana Muslim yang mengakui Injil Barnabas adalah injil palsu. [1] Apa yang menariknya, penulis telah memberikan terjemahan Bahasa Melayu kepada Injil Barnabas. Setakat ini, tidak ada terjemahan Bahasa Melayu bagi Injil Barnabas. Mungkin ia terjemahan penulis sendiri? Sudah banyak yang diperkatakan tentang kepalsuan Injil Barnabas ini, Tindakan penulis menggambarkannya sebagai injil "benar" menunjukkan penulis sama ada tidak tahu atau sengaja menggunakan tipu helah untuk menyokong dakwaannya. Penulis mencatatkan Injil Barnabas disusun pada abad...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #26: Bagaimana Judas mati?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 36 hingga 39 buku ini, penulis cuba memberikan beberapa "kemungkinan" bagaimana Judas mati. Apa yang menariknya, penulis sendiri tidak pasti dan mengakhiri setiap "kemungkinan" dengan ungkapan hanya Allah mengetahuinya . Penulis cuba menggambarkan cara kematian Judas yang diceritakan di dalam Alkitab bercanggah. Penulis memetik Matthew 27:3-8 yang mengatakan Judas membunuh diri dengan menggantung dirinya. Kemudian, penulis memetik Acts 1:18-19 yang menceritakan Judas jatuh dan tubuhnya terbelah sehingga semua isi perutnya terkeluar. Penulis kemudian menulis, Melalui kedua-dua versi cerita ini, yang mana kita dapat jadikan pegangan? Judas membunuh diri dengan cara menggantung diri ataupun Judas mati tersungkur dan isi perutnya terkeluar. (m/s 38) Perhatikan ungkapan yang digariskan pada kenyataan penulis. Beliau mengatakan "mati tersungkur" sedangkan jika kita membaca Acts 1:18-19, tid...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #25: Jesus berubah wajah?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 34-35, penulis cuba memberikan hujah bahawa " Jesus mempunyai mukjizat mengubah wajah " sehingga Dia " dapat mengaburi mata tentera Rom, Yahudi, dan murid-murid beliau ". Dan untuk menyokong hujahnya, penulis memetik Luke 24:13-18 dan Matthew 27:3-6. Kemudian, berdasarkan ayat-ayat ini, penulis cuba mengatakan bahawa Jesus telah mengubah wajahnya menyerupai Judas! Penulis menulis, Sekiranya kita mendakwa orang yang disalib adalah Judas, maka orang yang kelihatan seperti Judas tadi sebenarnya adalah Jesus. Ketika saya membaca dakwaan penulis ini, saya benar-benar terkejut betapa terdesaknya penulis ini sehingga sanggup memutar belitkan ayat Bible yang begitu jelas tidak menyokong dakwaannya! Jika kita membaca kisah selanjutnya Luke 24:13-18 yang cuba digunakan penulis, kita akan serta merta mengetahui bahawa penulis memberikan dakwaan yang tidak berasas. Perhatikan kisah selanjutnya,

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #24: Siapakah Judas?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 31 buku ini, penulis berkata, Agama Islam mempunyai konsep sendiri iaitu orang yang disalib bukan Jesus, tetapi orang lain yang wajahnya ditukar supaya menyerupai Jesus. Siapakah "orang lain" tersebut? Pada muka surat 32-34, penulis memberikan penjelasan yang panjang lebar tentang Judas, iaitu murid yang mengkhianati Jesus menurut Bible. Penulis sangat menekankan tentang Judas. Mengapa? Kerana ini merupakan poin penting untuk beliau meneruskan dakwaannya yang seterusnya, iaitu: Jesus dikatakan berubah wajah menjadi Judas dan Judas pula berubah wajah menjadi Jesus (m/s 36). Siapakah Judas? Bible dengan jelas menyatakan bahawa dia adalah. 1. Salah seorang daripada 12 murid Jesus ( Matius 10:2-4 ). 2. Yang akan mengkhianati Jesus ( Markus 14:10-11 ). 3. Mati menggantung diri dan perutnya terbelah ( Matius 27:5; Kisah Para Rasul 1:18 ). Apa yang menarik, sumber penjelasan yang diberikan oleh penulis tent...

Siri 10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian

Senarai penuh siri ini. -  #1: Perjanjian Baru adalah penulisan Kristian terawal yang kita miliki -  #2: Semua penulisan Apokripa ditulis pada abad kedua atau lebih lewat -  #3: Kitab-kitab Perjanjian Baru adalah unik kerana berkaitan secara langsung dengan para rasul -  #4: Beberapa orang penulis kitab Perjanjian Baru memetik penulisan Perjanjian Baru yang lain sebagai Kitab Suci -  #5: Keempat-empat kitab Injil telah pun diterima sepenuhnya sebelum penghujung abad kedua -  #6: Pada penghujung abad kedua, Fragmen Muratorian telah menyenaraikan 22 buah daripada 27 buah kitab Perjanjian Baru

Siri Injil Barnabas

Senarai lengkap Siri Injil Barnabas. #1. Injil Barnabas dan Surat Barnabas #2. Injil Barnabas dan Abad Pertama Masihi #3. Injil Barnabas dan Islam #4. Injil Barnabas dan Abad ke-14 Masihi #5. Bilakah Injil Barnabas ditulis? #6. Bukti daripada Muslim terhadap kesahihan Injil Barnabas #7. Mengapakah Injil Barnabas ditulis? #8. Siapakah yang telah menulis Injil Barnabas? #9. Kesimpulan

Siri Good Friday & Easter: Misteri 500

Diterjemahkan dari buku The Case for Christ  muka surat 231-233. *Senarai lengkap siri ini di sini . -------------------------------------------------------------------------------- Pengakuan iman di dalam 1 Korintus 15 adalah satu-satunya penulisan kuno yang mendakwa Yesus telah menampakkan diri-Nya kepada 500 orang sekaligus. Keempat-empat Injil tidak menyebutkan hal ini. Tidak ada seorang pun penulis sejarah yang mencatatkannya. Bagi saya, hal ini menimbulkan keraguan.     "Jika hal ini benar-benar terjadi, mengapa tiada sesiapa pun yang memperkatakannya?" Saya bertanya kepada Habermas. "Para rasul pastinya akan memperkatakan hal ini sebagai bukti ke mana pun mereka pergi. Seperti yang dikatakan oleh seorang Ateis, Michael Martin, 'kita perlu menyimpulkan bahawa adalah sangat tidak mungkin untuk hal ini benar-benar terjadi' dan maka dengan itu, 'secara tidak langsung menimbulkan keraguan ke atas Paulus.'"

Siri Good Friday & Easter: Yakinkan saya bahawa ia adalah sebuah pengakuan iman

Diterjemahkan dari buku The Case for Christ , muka surat 229-231. *Senarai lengkap siri ini di sini . -------------------------------------------------------------------------------- Pada mulanya, saya ingin mengetahui mengapa Habermas, Craig , Bloomberg , dan yang lain begitu yakin bahawa bahagian ini (1 Korintus 15:1-8) adalah sebuah pengakuan iman gereja awal dan bukan sekadar kata-kata Paulus sendiri, yang telah terkandung di dalam suratnya kepada jemaat di Korintus. sumber     Cabaran saya kepada Habermas ringkas dan jelas: "Yakinkan saya bahawa ia adalah sebuah pengakuan iman."     "Saya boleh memberikan anda beberapa sebab kukuh. Pertama, Paulus menulisnya dengan menggunakan kata kuterima  dan kusampaikan , yang mana adalah istilah-istilah yang akan digunakan oleh guru-guru Yahudi dalam menurunkan suatu tradisi kudus."

Siri Good Friday & Easter: Orang mati tidak melakukan hal seperti itu

Diterjemahkan dari buku The Case for Christ  muka surat 227-229. *Senarai lengkap siri ini di sini . -------------------------------------------------------------------------------- Habermas yang sedang duduk di sebalik mejanya, menggulungkan lengan bajunya sambil saya memasang perakam untuk memulakan temuramah kami.     "Bukankah benar," saya memulakan dengan nada seperti seorang pendakwaraya, "bahawa langsung tidak ada saksi mata untuk kebangkitan Yesus?"     "Tepat sekali, tidak ada kesaksian saksi mata yang terperinci untuk Peristiwa Kebangkitan tersebut," akui Habermas yang mana akan mengejutkan mereka yang hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang peristiwa ini.

Senarai lengkap Siri Good Friday & Easter

Berikut adalah senarai lengkap Siri Good Friday & Easter di dalam blog ini. Siri pertama - Seksaan sebelum disalibkan . - Kesengsaraan di atas salib . - Punca kematian . - Menjawab mereka yang tidak percaya/ragu-ragu . - Argumen terakhir . Siri kedua - Orang mati tidak melakukan hal seperti itu - Yakinkan saya bahawa ia adalah sebuah pengakuan iman - Misteri 500 - Kesaksian dari kitab-kitab Injil - Penutup Markus yang hilang - Adakah wujud sebarang alternatif lain? - Tiada keraguan yang rasional - Kebangkitan Debbie

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #23: Mengapa Jesus disalibkan?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 31 buku ini, penulis berkata, " bukti Jesus disalib, direkodkan dalam empat gospel iaitu Gospel of Matthew , Gospel of Mark , Gospel of Luke dan  Gospel of John . " Apabila membaca kenyataan ini, saya tertanya-tanya: Jika bukti Jesus disalib ada direkodkan di dalam keempat-empat gospel (Injil), maka, mengapa penulis cuba memetik ayat-ayat dari keempat-empat gospel ini untuk mengatakan Jesus tidak disalibkan? Bukankah perbuatan itu jelas menunjukkan penulis memetik ayat-ayat tersebut di luar konteks asal?  Dengan kata lain, penulis tahu dan sedar bahawa keempat-empat gospel ini memang mengajarkan tentang penyaliban Jesus!  Penulis kemudian melontarkan persoalan berikut: Adakah Jesus seorang penjahat sehingga dihukum salib? Ataupun beliau disalib kerana selama ini beliau melawan hakim Pilatus dengan mengaku dirinya sebagai 'raja orang Yahudi' dan penyelamat bangsa Yahudi? Namun, bila dan di mana Je...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #22: Agama Kristian adalah agama ketika Jesus masih hidup?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 30, penulis memberikan kenyataan berikut: Terdapat dua persepsi berbeza berkaitan peristiwa Jesus disalib iaitu antara Islam dan Kristian. Agama Kristian adalah agama ketika Jesus masih hidup manakala Islam, agama yang wujud selepas kematian Jesus. Islam membawa maklumat yang berbeza berkaitan cerita Jesus disalib. Perhatikan bahagian yang saya tebalkan, penulis mendakwa agama Kristian adalah agama KETIKA Jesus masih hidup! Namun, di awal buku ini, penulis berkata, Menurut sejarah, agama Kristian diperkenalkan dan dikembangkan oleh Paul, iaitu 40 tahun selepas Jesus tiada . (m/s xi) Di sini, penulis mengatakan agama Kristian diperkenalkan 40 tahun SELEPAS Jesus tiada![ 1 ] Mungkinkah penulis terlupa apa yang ditulisnya sendiri? Bukan itu sahaja, penulis juga berkata, Oleh itu, penulis percaya Jesus atau Isa Al-Masih adalah Muslim, bukan Kristian. (m/s xi) Tetapi, di muka surat 30 ini pula, penulis sendiri m...

Sisipan Risalah/Pamflet Apologia Kristian

Kali ini saya ingin mengongsikan 7 sisipan risalah/pamflet Siri Apologia Kristian. Risalah-risalah ini khusus untuk membantu orang-orang Kristian dalam memberikan respon terhadap persoalan yang diberikan tentang dasar-dasar kepercayaan kita. * Gambar-gambar yang disertakan hanyalah sebahagian daripada sisipan tersebut. Untuk mendapatkan keseluruhan sisipan tersebut, link download diberikan di hujung artikel ini. Siri Apologia Kristian: #1 Memperkatakan tentang penyaliban Yesus Kristus. Adakah ia benar-benar terjadi? Bagaimana dengan teori-teori yang cuba menafikan peristiwa penyaliban ini? Semua ini dijelaskan dengan ringkas di dalam sisipan ini. Siri Apologia Kristian: #2 Memperkatakan tentang kebangkitan Yesus. Adakah kebangkitan Yesus dapat dibuktikan? Semua ini diberikan respon di dalam sisipan ini. Siri Apologia Kristian: #3 Memperkatakan tentang keilahian Yesus. Adakah Yesus adalah Tuhan? Beberapa bukti diberikan tentang keTuhanan Yesus di dalam sisipan...

Siri persoalan umum: Adakah dipanggil sebagai "Kurios" menunjukkan keilahian?

Diterjemahkan dari artikel ini . Semua petikan ayat Alkitab diambil dari terjemahan Alkitab Terjemahan Baru Lembaga Indonesia (TB LAI) melainkan dinyatakan sebaliknya. - Senarai lengkap Siri Persoalan Umum ini di sini . ----------------------------- Soalan: Apologis-apologis Kristian mendakwa bahawa perkataan Kurios  (Tuan/Tuhan), yang terdapat di dalam semua terjemahan Greek untuk Perjanjian Lama (juga dikenali sebagai Septuagint [LXX]) dan Perjanjian Baru, berfungsi sebagai kata Greek yang seerti untuk nama perjanjian Tuhan, Yahweh. Para apologis ini menyimpulkan hal ini berdasarkan fakta bahawa Perjanjian Baru memanggil Yesus sebagai Yahweh kerana Dia dipanggil dengan panggilan Kurios . Namun, perkataan Greek ini juga digunakan ke atas ramai individu lain di dalam Perjanjian Baru dan tidak ada Kristian yang menafsir bahawa individu-individu lain tersebut juga adalah Yahweh. Jika demikian, mengapa Kristian menyimpulkan bahawa Yesus adalah Yahweh hanya kerana Perjanjian...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #21: Lebih dari sekadar nabi?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 23 buku ini, penulis memberikan dakwaan berikut:  Kristian memandang Jesus sebagai anak Allah yang diberanakkan . Kemudian, penulis memberikan dalil berikut: Allah tidak beranak dan diperanakkan . Walaupun tidak dinyatakan oleh penulis, dalil tersebut sebenarnya dipetik dari Al-Quran, surah Al-Ikhlaas ayat 3 . Apa maksud penulis dengan "beranak dan diperanakkan"? Untuk memahami pemahaman penulis (dan juga Muslim) tentang frasa ini, saya petik tafsiran surah Al-Ikhlaas ayat 3 yang diberikan oleh Muslim sendiri: "Maksudnya ialah hakikat Allah itu adalah hakikat yang wujud abadi dan azali lagi. Hakikat Allah tidak dipengaruhi oleh keadaan demi keadaan. Dia mempunyai sifat yang sempurna dalam segala keadaan. Makna peranakan ialah kelahiran dan lanjutan keturunan . Peranakan merupakan satu kewujudan yang lebih selepas kurang atau selepas tidak ada dan semuanya ini mustahil pada Allah. Peranakan juga memerluk...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #20: Apakah maksud "Anak Allah"?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 22, penulis cuba mendefinisikan maksud "Anak Allah" sebagai bermaksud " rasul atau pun nabi ". Beliau memetik penulisan Kiyai Haji Bahaudin Mudhary untuk menyokong definisi tersebut. Masalahnya, penulis tidak menjelaskan dengan lebih lanjut hal ini. Malah, beliau tidak memetik mana-mana sumber penulisan Kristian yang menjelaskan apakah maksud sebenar "Anak Allah" yang digunakan ke atas Jesus. Akibatnya, pembaca yang tidak tahu penggunaan sebenar istilah "Anak Allah" ini ke atas Jesus mungkin akan keliru dengan dakwaan tanpa penjelasan yang diberikan penulis.  Maka, apakah maksud sebenar penggunaan "Anak Allah"  ke atas Jesus ini menurut Bible/Alkitab?

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #19: Bukan kehendak Jesus sendiri?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 20 dan 21 buku ini, penulis memberikan kenyataan berikut: "Dan Aku iaitu Jesus bukan datang atas kehendakku sendiri, tetapi Dia yang mengutus aku." ( John : 8:42) Ayat ini menunjukkan Jesus hanyalah utusan Allah dan dia menjadi Rasul bukan atas kehendaknya tetapi atas kehendak Allah. Sekiranya Jesus adalah anak Allah ataupun Allah, pasti Jesus menjadi rasul mengikut kehendaknya sendiri, bukan kerana kehendak tuhan. Ini kerana tuhan dan Jesus adalah satu dalam tiga ataupun triniti. Penulis sekali lagi memetik ayat Alkitab di luar konteks, dan kali ini, penulis tidak memetik keseluruhan ayat John 8:42. Saya berikan ayat tersebut: "Kata Yesus kepada mereka: "Jikalau Allah adalah Bapamu, kamu akan mengasihi Aku, sebab Aku keluar dan datang dari Allah. Dan Aku datang bukan atas kehendak-Ku sendiri, melainkan Dialah yang mengutus Aku." (Yohanes 8:42, TB) Jesus dengan jelas mengatakan Dia k...

Selamat Tahun Baharu 2015!!

Mungkin sudah sedikit terlewat. Namun, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2015 kepada anda yang melawat blog ini. Maaf kerana blog ini sudah agak lama tidak dikemaskini. Akan saya cuba usahakan untuk mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa pada tahun 2015 ini. Sebagai post pertama tahun 2015 ini, saya berikan pautan kepada sebuah buku bertajuk "Konsep Utama Dalam Alkitab" yang boleh dibaca dan dimuat-turun di sini . Selamat membaca dan jumpa lagi di post akan datang. Tuhan memberkati.