Langkau ke kandungan utama

15 mitos tentang terjemahan Alkitab

Artikel ini adalah terjemahan tulisan Daniel B. Wallace. Artikel asal boleh dibaca di sini.

1. Mungkin, mitos nombor satu tentang terjemahan Alkitab adalah kononnya terjemahan perkataan demi perkataan adalah yang terbaik. Jerome memberikan hujah menentang pendapat ini, dengan menyatakan bahawa terjemahannya terhadap Vulgate bukanlah perkataan-demi-perkataan tetapi maksud-demi-maksud. Begitulah yang sepatutnya. Sesiapa yang boleh bertutur lebih dari satu bahasa akan tahu bahawa terjemahan perkataan-demi-perkataan adalah mustahil jika seseorang mahu berkomunikasi secara berkesan menggunakan bahasa lain.

Akan tetapi, ironiknya sebilangan sarjana Alkitab yang mana sepatutnya lebih tahu tentang hal ini, kekal mengagung-agungkan terjemahan perkataan-demi-perkataan seolah-olah ia adalah yang terbaik. Mungkin, terjemahan Alkitab Bahasa Inggeris yang paling banyak menggunakan kaedah terjemahan perkataan-demi-perkataan ini adalah oleh Wycliffe, dibuat pada tahun 1380-an. Walaupun diterjemahkan daripada Latin Vulgate, ia diterjemahkan secara terus berdasarkan teks (Latin Vulgate) tersebut. Dan oleh kerana kaedah terjemahan tersebut, ia seakan-akan bukan Bahasa Inggeris.


2. Sama seperti poin pertama adalah kononnya terjemahan secara terus adalah versi yang terbaik. Sebenarnya, hal ini lebih kurang sama dengan konsep poin yang pertama. Contohnya, Perjanjian Baru dalam Bahasa Greek mengandungi sekitar 138,000 hingga 140,000 perkataan, bergantung kepada edisi yang digunakan. Namun, tidak ada terjemahan Bahasa Inggeris yang mengandungi jumlah perkataan yang sedikit seperti itu. Berikut beberapa contoh:
1. RSV            173,293
2. NIV             175,037
3. ESV            175,599
4. NIV 2011   176,122
5. TNIV          176,267
6. NRSV         176,417
7. REB            176,705
8. NKJV          177,980
9. NET            178,929
10. RV               179,873
11. ASV            180,056
12. KJV             180,565
13. NASB 95     182,446
14. NASB          184,062
15. NLT, 2nd ed  186,596
16. TEV             192,784
Adalah tidak mengejutkan apabila TEV dan NLT mempunyai jumlah perkataan yang paling banyak kerana kedua-duanya diterjemahkan secara parafrasa. Namun, terjemahan yang dianggap sebagai terjemahan terus disenaraikan di bahagian lebih bawah (lebih banyak perkataan berbanding Perjanjian Baru Greek). Ia termasuk KJV (#12), ASV (#11), NASB (#14), NASB 95 (#13), dan RV (#10). Malahan, semasa RV diterbitkan (1881), dikatakan salah satu tujuan penerbitannya adalah menjadi terjemahan yang agak terus/harafiah dan para penterjemahnya dengan sedar cuba menjadi lebih harafiah berbanding KJV.

Beberapa terjemahan Perjanjian Baru kepada bahasa-bahasa lain:
Modern Hebrew NT       111,154
Vulgate                           125,720
Italian La Sacra Bibbia    163,870
Luther                             169,536
French Novelle Version2 184,449
La Sainte Bible (Geneve) 185,859

3. Versi King James adalah terjemahan harafiah/terus.
Kata pengantar KJV sebenarnya menyatakan hal yang sebaliknya. Contohnya, dengan jelas diyatakan bahawa mereka tidak menterjemahkan perkataan asal terus kepada perkataan yang sama di dalam bahasa Inggeris namun telah cuba menangkap maksud perkataan asal:
"An other thing we thinke good to admonish thee of (gentle Reader) that wee have not tyed our selves to an uniformitie of phrasing, or to an identitie of words, as some peradventure would wish that we had done, because they observe, that some learned men some where, have beene as exact as they could that way. Truly, that we might not varie from the sense of that which we had translated before, if the word signified the same thing in both places (for there bee some wordes that bee not of the same sense every where) we were especially carefull, and made a conscience, according to our duetie."
Terjemahan: Satu hal lagi yang mungkin perlu kami jelaskan kepada anda (pembaca budiman) bahawa kami tidak membataskan diri kami kepada penggunaan perkataan yang seragam, atau terhadap maksud perkataan-perkataan, seperti yang diingini oleh beberapa pihak untuk kami lakukan, kerana menurut mereka, ada orang berpelajaran di tempat lain, telah cuba menjadi sama seperti itu. Sesungguhnya, kami tidak memberikan maksud yang berbeza dengan apa yang telah kami terjemahkan sebelum ini, jika sesuatu perkataan itu memberikan maksud yang sama di tempat masing-masing (kerana ada perkataan tertentu yang walaupun sama tidak mempunyai maksud yang sama di semua bahagian) kami telah dengan cermat, dan membuat keputusan, sesuai dengan tugas kami.

4. Versi King James adalah sempurna.
Mitos ini kekal disebarkan hari ini, walaupun para penterjemah KJV sendiri tidak pasti beberapa kali tentang tafsiran mana yang sesuai, membenarkan pembaca untuk membuat keputusan sendiri. Sekali lagi, kata pengantarnya mencatatkan:
"Therfore as S. Augustine saith, that varietie of Translations is profitable for the finding out of the sense of the Scriptures: so diversitie of signification and sense in the margine, where the text is not so cleare, must needes doe good, yea is necessary, as we are perswaded… They that are wise, had rather have their judgements at libertie in differences of readings, then to be captivated to one, when it may be the other."
Terjemahan: Seperti yang dikatakan oleh S. Augustine, kepelbagaian terjemahan adalah bermanfaat di dalam mengetahui maksud Kitab Suci: maka, nota kaki yang memberikan maksud pelbagai, apabila sesuatu teks itu tidak jelas, diperlukan untuk kebaikan, seperti yang kami sarankan... Mereka yang bijaksana, lebih menginginkan penilaian mereka berdasarkan kepelbagaian terjemahan, daripada dikongkong oleh satu terjemahan sahaja, sedangkan mungkin terjemahan yang sebenar adalah berbeza.

KJV asal mempunyai 8000 nota kaki, namun telah dikeluarkan di dalam percetakan moden versi Authorized. Selain itu, beberapa kesilapan ejaan yang ketara di dalam KJV tahun 1611 kekal ada di dalam teks walaupun ia telah berkali-kali melalui proses pembetulan ejaan (mencapai lebih dari 100,000 kali pembetulan) sehingga edisi 1769. 

Contohnya, di dalam Matius 23:24, KJV mencatatkan,"Ye blind guides, which strain at a gnat and swallow a camel." Maksud Greek yang sebenar adalah "strain out a gnat". Atau perkataan di dalam Ibrani 4:8, yang tertulis, "For if Jesus had given them rest, then would he not afterward have spoken of another day." Bukan Yesus yang dimaksudkan tetapi Yosua. Di dalam Bahasa Greek, kedua-dua perkataan untuk nama ini adalah sama. Namun pembaca pasti tidak akan terfikir bahawa nama sebenar adalah Yosua apabila membaca 'Yesus' di ayat ini kerana nama 'Yosua' banyak di dalam Perjanjian Lama.

5. Versi King James sukar difahami ketika ia mula-mula diterbitkan.
Sekali lagi, kata pengantarnya menyatakan:
"But we desire that the Scripture may speake like it selfe, as in the language of Canaan, that it may bee understood even of the very vulgar."
Terjemahan: Tetapi kami ingin agar Kitab Suci dapat menyatakan maksudnya yang sebenar, seperti bahasa yang digunakan oleh orang-orang Kanaan, dan ia boleh difahami walaupun oleh orang yang tidak berpendidikan sekali pun.

Realitinya, KJV diterbitkan dengan tujuan ia mudah difahami, namun hari ini, versi yang berusia 400 tahun ini sebahagian besarnya sukar difahami.

6. Tidak pernah ada versi Authorized untuk KJV.
KJV telah melalui 3 kali pengemaskinian sehingga tahun 1769, melibatkan lebih 100,000 perubahan (sebahagian besar perubahan ini hanyalah tentang pembetulan ejaan). KJV yang digunakan hari ini selalunya adalah versi 1769. Versi Kemaskini pada tahun 1885 adalah versi Authorized KJV. Ia menggunakan teks Greek yang berbeza dengan terjemahan Perjanjian Baru KJV sebelum itu.

7. Kitab-ktab Apokripa hanya ada di dalam Alkitab Katolik Roma.
Walaupun kitab-kitab Apokripa [atau dipanggil sebagai kitab-kitab Deutrokanonikal oleh Katolik] adalah sebahagian daripada terjemahan Alkitab Katolik Roma, beberapa buah Alkitab Protestan juga mengandungi kitab-kitab tersebut. Malahan Alkitab King James, yang mana adalah versi Protestan, memasukkan kitab-kitab Apokripa di setiap cetakannya sehingga pertengahan abad ke-19. Untuk kepastian, kitab-kitab apokripa ini diletakkan selepas Perjanjian Lama, untuk membezakannya (tidak seperti Alkitab Katolik Roma). Yang pasti, kitab-kitab tersebut ada disertakan.

8. Unsur homoseksual mempengaruhi penterjemahan NIV. Memang benar seorang wanita yang kemudiannya mengaku sebagai lesbian pada asalanya adalah editor untuk reka bentuk NIV. Namun menurut Dr. Ken Barker, salah seorang editor penuh NIV, wanita berkenaan tidak terlibat di dalam hal berkaitan isi kandungan NIV.

9. Tidak ada terjemahan lain yang boleh dianggap sebagai Firman Tuhan kecuali Alkitab King James.
Mungkin kita seperti sedang mengulang-ulang isu yang sudah lama lapuk, tetapi golongan hanya-King James kekal memperjuangkan hal ini di dalam kumpulan tertentu. Di dalam kata pengantar Alkitab KJV, para penterjemahnya menyatakan bahawa ucapan raja kekal sama walaupun ia diterjemahkan di dalam bahasa yang lain. Selain itu, menurut kata pengantar KJV ini, terjemahan Alkitab yang tidak baik juga layak dipanggil sebagai Firman Tuhan. Sedangkan, dalam semua perincian, hanya teks asal dalam bahasa Greek dan bahasa Hebrew boleh dianggap sebagai Firman Tuhan. Sesuatu hal selalu pasti akan hilang semasa proses penterjemahan.

10. Terjemahan-terjemahan moden telah menghilangkan/mengeluarkan beberapa perkataan dan ayat di dalam Alkitab.
Kebanyakan sarjana di dalam bidang Alkitab [konservatif dan liberal] akan mengatakan bahawa KJV yang telah menambah perkataan dan ayat, dan bukan dikeluarkan dari terjemahan moden. Hal ini disebabkan kerana manuskrip paling tua dan dipercayai tidak mengandungi ayat-ayat tambahan seperti yang terdapat di dalam KJV.

11. Doktrin asas berhadapan dengan ancaman melalui terjemahan-terjemahan moden.
Sebenarnya, tidak ada doktrin yang penting keselamatan terganggu oleh terjemahan, sama ada kuno atau moden--melainkan ia disengajakan oleh kumpulan 'cult' tertentu. Contohnya, orang-orang Inggeris yang menandatangani Pengakuan Iman Westminster pada abad ke-17 menggunakan KJV, namun adalah ia kekal sebuah pengakuan doktrin yang diterima sebagai kebiasaan oleh berjuta-juta Protestan hari ini walaupun mereka menggunakan terjemahan-terjemahan moden.

12. Terjemahan "perempuan muda" pada Yesaya 7:14 di dalam RSV adalah disebabkan oleh bias yang bersifat liberal.
Sebenarnya, 'perempuan muda' adalah terjemahan yang paling tepat untuk perkataan Hebrew, 'almah. Walaupun hal ini menimbulkan ketegangan pada tahun 1952 semasa RSV diterbitkan, Alkitab NET sendiri yang diterjemahkan oleh para penginjil, menggunakan 'perempuan muda'. TEV, REB, dan NJB juga menggunakan 'perempuan muda' pada ayat ini. Dan ia dijadikan nota kaki di dalam NIV 2011, TNIV, dan NLT. NSRV mempunyai nota kaki yang menyatakan bahawa terjemahan Bahasa Greek untuk Yesaya 7:14 menggunakan 'perawan' pada ayat tersebut.

13. Terjemahan yang bersifat 'gender-inclusive' didorong oleh agenda sosial.
Dalam kes-kes tertentu, hal ini mungkin benar. Namun, bukan kesemuanya. Contohnya, NIV 2011, berusaha untuk menjadi terjemahan yang tepat dan difahami oleh pentutur Bahasa Inggeris hari ini. Dan para penterjemah sedar bahawa bahasa Inggeris sedang berubah. Hakikatnya, terjemahan 'gender-exclusive' lama mungkin memberikan pemahaman Alkitab yang salah kepada pembaca hari ini jika mereka membaca perkataan seperti "lelaki", "saudara", dan lain-lain perkataan yang sama sebagai hanya khusus kepada lelaki. Terjemahan mesti berjalan seiring dengan perubahan bahasa.

Contohnya, RSV (1952) menulis Mazmur 50:9 sebagai, "I will accept no bull from your house." Di dalam bahasa Inggeris hari ini, ayat ini membawa maksud yang jauh berbeza dengan maksud sebenar yang hendak disampaikan! NRSV kemudian menterjemahkannya sesuai dengan pemahaman hari ini iaitu, "I will not accept a bull from your house."

14. Alkitab edisi perkataan merah memberikan perkataan sama yang diucapkan oleh Yesus.
Para pengkaji sebenarnya tidak pasti kosa kata perkataan yang diucapkan Yesus. Penulis sejarah kuno lebih menitikberatkan isi yang hendak disampaikan oleh seseorang itu, dan tidak semestinya ketepatan perkataan yang diucapkan. Perbandingan di antara Injil-injil Sinoptik (Matius, Markus, Lukas) menunjukkan bahawa para penginjil tidak semestinya merekodkan apa yang diucapkan Yesus sama sepenuhnya seperti yang Dia ucapkan.

Istilah ipsissima verba dan psissima vox digunakan untuk membezakan jenis ungkapan dominikal yang kita miliki di dalam kitab-kitab Injil. Istilah pertama bermaksud "perkataan sama yang diucapkan", dan istilah kedua bermaksud "suara sama yang diucapkan". Masing-masing bermaksud perkataan sama dan maksud yang sama. Terdapat beberapa cubaan untuk mengharmonikan penceritaan-penceritaan ini, namun ia dimotivasikan oleh agenda teologikal yang mana mengaburi penilaian seseorang dan memesongkan fakta-fakta yang ada.

Sebenarnya, walaupun Alkitab edisi perkataan merah mungkin akan memberikan keyakinan kepada orang-orang percaya bahawa kita memiliki perkataan sama seperti yang telah diucapkan oleh Yesus, ia adalah keyakinan palsu.

15. Bab/fasal dan nombor ayat adalah ilham daripada Tuhan.
Semua itu ditambah beberapa abad kemudian. Nombor fasal ditambah oleh Stephen Langton, Ketua biskop Canterbury, pada awal abad ke-13. Nombor ayat tidak ditambah sehinggalah tahun 1551. Robert Estienne (juga dikenali sebagai Stephanus), seorang pencetak dari Paris, menambahkan nombor ayat di dalam edisi keempat Perjanjian Baru bahasa Greeknya.

Hasil dua jilid sebesar poket tersebut (yang mana boleh dilihat di laman www.csntm.org) mempunyai 3 kolum selari, satu dalam Bahasa Greek dan dua dalam Bahasa Latin (satu teks Latin oleh Erasmus, satu lagi oleh Jerome). Untuk memudahkan perbandingan dilakukan, Stephanus menambahkan nombor ayat. Walaupun kebanyakan pecahan nombor tersebut kelihatan biasa, terdapat beberapa yang agak pelik. Kedua-dua nombor bab dan nombor ayat bukanlah diilhamkan oleh Tuhan.

Ulasan