Langkau ke kandungan utama

36 Tujuan Tuhan Dalam Penderitaan Kita

Artikel ini berdasarkan/terjemahan tulisan ini dan ini.

Apabila kesusahan, pencubaan, dan penderitaan terjadi di dalam kehidupan kita, selalunya soalan pertama yang akan kita tanya adalah, "Mengapa?" Mengapa Tuhan membenarkan hal ini terjadi? Mengapa Tuhan membenarkan penderitaan terjadi? Mungkin terdapat sebarang tujuan dalam penderitaan ini?

Joni Eareckson Tada telah mengalami sendiri kesusahan hidup dan mengongsikan pengalaman dan renungannya tentang penderitaan di dalam buku-buku tulisannya. Berikut adalah lampiran dari bukunya, When God Weeps: Why Our Sufferings Matter to the Almighty.


  1. Penderitaan digunakan untuk meningkatkan kesedaran kita terhadap kuasa pemeliharaan daripada Tuhan yang mana adalah sumber keberlangsungan hidup kita. (Mzm 68:19)
  2. Tuhan menggunakan penderitaan untuk memperhalusi, menyempurnakan, menguatkan, dan mengelakkan kita dari terjatuh (Mzm 66:8-9; Ibr 2:10).
  3. Penderitaan membolehkan hidup Kristus dinyatakan di dalam kehidupan kita (2 Kor 4:7-11).
  4. Penderitaan 'memufliskan' kita, membuatkan kita begantung kepada Tuhan (2 Kor 12:9).
  5. Penderitaan mengajar kita tentang kerendahan hati (2 Kor 12:7).
  6. Penderitaan menanamkan pemikiran Kristus ke dalam diri kita (Flp 2:1-11).
  7. Penderitaan mengajar bahawa Tuhan lebih melihat kepada sifat kita dan bukan tentang keselesaan (Rm 5:3-4, Ibr 12:10-11).
  8. Penderitaan mengajar kita bahawa yang terutama di dalam kehidupan sebagai Kristian bukanlah ketiadaan penderitaan tetapi menjadi sama seperti Kristus (2 Kor 4:8-10, Rm 8:28-29).
  9. Penderitaan boleh menjadi suatu hukuman daripada Tuhan terhadap dosa dan pemberontakan (Mzm 107:17).
  10. Ketaatan dan pengawalan diri timbul dari penderitaan (Ibr 5:8, Mzm 119:67, Rm 5:1-5, Yak 1:2-8, Flp 3:10).
  11. Dengan rela menderita adalah salah satu cara menunjukkan kasih Tuhan (2 Kor 8:1-2, 9).
  12. Penderitaan adalah sebahagian daripada perjuangan melawan dosa (Ibr 12:4-13).
  13. Penderitaan adalah sebahagian daripada perjuangan menentang orang jahat (Mzm 27:12; 37:14-15).
  14. Penderitaan adalah sebahagian daripada perjuangan demi Kerajaan Allah (2 Tes 1:5).
  15. Penderitaan adalah sebahagian daripada perjuangan demi Injil (2 Tim 2:8-9).
  16. Penderitaan adalah sebahagian daripada perjuangan menentang ketidakadilan (1 Pet 2:19).
  17. Penderitaan adalah sebahagian daripada perjuangan demi nama Kristus (Kis 5:41; 1 Pet 4:14).
  18. Penderitaan menunjukkan bagaimana orang percaya menjadi sebahagian di dalam penderitaan Kristus (2 Kor 1:5; 1 Pet 4:12-13).
  19. Tabah di dalam penderitaan akan diberikan ganjaran (2 Kor 4:17; 2 Tim 2:12).
  20. Penderitaan mendorong komuniti untuk melakukan perbuatan baik demi kebaikan bersama (Flp 4:12-15).
  21. Penderitaan menyatukan orang-orang Kristian untuk satu tujuan yang sama (Why 1:9).
  22. Penderitaan menghasilkan kebijaksanaan menilai, pengetahuan, dan mengajar kita tentang perintah-perintah Tuhan (Mzm 119:66-67, 71).
  23. Melalui penderitaan, Tuhan memperolehi hati kita yang hancur dan remuk, itu adalah keinginan-Nya (Mzm 51:16-17).
  24. Penderitaan mendisiplinkan minda kita dan menjadikan kita fokus terhadap harapan kita iaitu kasih karunia yang akan dinyatakan ketika Yesus datang kembali (1 Pet 1:6, 13).
  25. Tuhan menggunakan penderitaan untuk merendahkan hati kita supaya Dia boleh meninggikan kita pada masa yang sesuai (1 Pet 5:6-7).
  26. Penderitaan mengajar kita untuk menyedari usia kehidupan kita supaya kita dapat mempersembahkan kepada Tuhan hati yang bijaksana (Mzm 90:7-12).
  27. Penderitaan kadang kala perlu untuk menyelamatkan mereka yang hilang (2 Tim 2:8-10; 4:5-6).
  28. Penderitaan menguatkan dan membolehkan kita menghiburkan mereka yang juga menderita (2 kor 1:3-11).
  29. Penderitaan adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan nilai mengenal Kristus (Flp 3:8).
  30. Tuhan inginkan ketulusan hati kita yang terdalam dan salah satu cara Dia mendapatkannya adalah melalui penderitaan (Mzm 51:6; 119:17).
  31. Keadilan terhadap penderitaan akan diperolehi selepas kehidupan ini (Mzm 58:10-11).
  32. Penderitaan selalu didampingi oleh sumber kasih karunia yang lebih besar (2 Tim 1:7-8; 4:16-18).
  33. Penderitaan mengajar kita untuk bersyukur ketika berdukacita (1 Tes 5:17, 2 Kor 1:11).
  34. Penderitaan menguatkan iman (Yer 29:11).
  35. Penderitaan membolehkan Tuhan menyatakan kasih-Nya (Mzm 56:8).
  36. Penderitaan menguatkan harapan kita (Ayb 13:14-15).
Oleh kerana kasih-Nya yang sangat besar terhadap kita, Tuhan lebih berminat menjadikan kita anak-Nya seperti Kristus berbanding memberikan kita keselesaan jasmani. Kemuliaan yang diterima-Nya dalam menebus orang berdosa seperti kita dan menjadikan kita baru seperti gambar-Nya,  kelak akan menjadi pujian yang memenuhi syurga untuk selama-lamanya (Why 5:9-10). Maka, saat ini marilah kita bersukacita di dalam Tuhan.

Ulasan