Langkau ke kandungan utama

Kisah Para Rasul 19:24

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini.

"Di kota itu ada seorang tukang perak bernama Demetrius, yang biasa membuat model kuil Dewi Artemis. Usahanya mendatangkan penghasilan yang besar bagi pekerja-pekerjanya."
(Kis 19:24)
Terdapat cukup banyak penulisan Greek (daripada teater kuno, sejarah, biografi, dll.) yang menyebut tentang Artemis--juga dikenali sebagai dewi Greek, Diana. Mari kita lihat dua contoh berikut:
"Pada mulanya orang-orang dari Efesus. Mereka mengatakan bahawa Diana dan Apollo tidak dilahirkan di Delos, sama seperti kepercayaan karut tersebut."
(Tacitus, Annals 3.61)
"Chersiphron adalah arkitek pertama di dalam pembinaan kuil Diana; seorang selepas dia kemudian memperbesarkannya, namun apabila Herostratus membakarnya, rakyat tersebut membina sebuah lagi yang lebih indah.Untuk tujuan itu mereka mengumpulkan barangan perhiasan wanita, sumbangan daripada harta persendirian, dan duit hasil jualan tiang-tiang asal kuil sebelum itu."
(Strabo, Geography 14.1.22)

Ulasan